• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Wajarkah?

Irama dan lagu memang tidak boleh di pisahkan, itulah kata-kata yang di tinggalkan oleh seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Muzik juga sering di guna untuk menyatukan insan. Melalui muzik kita boleh menggabungkan orang ramai sepertimana yang sering di lakukan oleh penyanyi-penyanyi popular di barat. Mereka menggunakan pengaruh muzik untuk membuat amal dan juga membantu orang-orang yang memerlukan. Nama-nama seperti Rihanna, Beyonce, Usher, Kanye West, i am will, Kelly Clarkson dan ramai lagi di antara mereka yang telah menyumbang kepada badan-badan kebajikan antarabangsa. Ini adalah kerana mereka mampu untuk melakukannya dengan dana dan bayaran royalty yang mereka terima. Keadaan ini amat jauh berbeza dari kita di sini dan juga mungkin di rantau Asia.

Apakah kerana itu akhirnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKKM) telah mengambil langkah positif untuk membela nasib penghibur tanahair, pencipta lirik dan juga pengubah lagu di Malaysia? Setelah sekian lama FINAS bertapak untuk industri filem KPKKM kini mahu mewujudkan Jabatan Muzik Malaysia (JMM). Jabatan ini bertujuan menggabungkan kesemua warga yang terlibat dengan muzik termasuk persatuan yang sedia ada seperti Papita, Karyawan dan Seniman. Pemuzik bebas dan mungkin juga yang bernaung di bawah Orchestra Symphony Kebangsaan dan Orchestra RTM bakal bersama di dalam JMM. Apabila saya terbaca artikel mengenainya ini adalah satu langkah yang baik, dengan harapan dapat membantu menaikan taraf seni lagu tanahair dan juga muzik itu sendiri. Akan tetapi sebelum jabatan ini di buka dengan rasminya telah ada satu clause ataupun syarat yang besar kemungkinan tidak mampu untuk di penuhi oleh seorang pemuzik. Buat masa ini, Jabatan Muzik Malaysia masih mencari tokoh-tokoh terkenal dalam industri muzik untuk mengetuai jabatan yang di rancangkan. Nama-nama seperti Dato’ Fredie Fernandez, Dato’ Wah Idris, Mustafa Fuzer Nawi (konduktor Orchestra Symphony Kebangsaan), Dato’ Mokzani Ismail (Pengarah Muzik RTM) serta beberapa nama lagi telah di cadangkan bagi penubuhan jabatan tersebut.

Sebelum jauh melangkah salah satu syarat yang di kenakan oleh jabatan bertindak adalah kepada sesiapa yang terpilih untuk mengetuai jabatan tersebut, syarat pertama untuk di patuhi adalah mereka mesti meletakan alat muzik kesayangan mereka. Lalu saya membuat tafsiran bahawa sebagai ketua Jabatan Muzik Malaysia mereka tidak lagi di benarkan bermain muzik di khalayak ramai atau mengetuai mana-mana kumpulan muzik. Apakah syarat ini dapat di penuhi oleh seorang pemuzik untuk menerima jawatan tersebut? Saya menggunakan pemuzik di sini kerana secara rambang senarai nama yang di cadangkan adalah dari kalangan ahli muzik yang telah berpengalaman dan juga berlatar belakangkan “music academic”.

Saya berhasrat untuk bertanya dengan Mustafa Fuzer Nawi tentang perkara ini. Namun oleh kerana jadual tugas beliau yang sibuk saya masih belum berkesempatan untuk bertanya pendapat beliau mengenainya. Lalu saya bertanya sendirian andainya Mustafa dilantik untuk jawatan tersebut mahukah beliau meletakan muzik di belakangnya? Lahir dari sebuah keluarga seni, adik beradik beliau adalah pemuzik dan pelakon. Seorang violonist sebelum di lantik menjadi Chief Conductor dan Music Director bersama Orchestra Symphony Kebangsaan, pengalaman serta perjalanan beliau dalam bidang muzik terlalu jauh. Saya pasti kehidupan hariannya adalah dengan alat-alat muzik beserta dengan ahli-ahli muziknya.

Oleh kerana tidak dapat bertanya sendiri dengan Mustafa saya cuba bertanya dengan beberapa pemain muzik di dalam Orchestra Symphony Kebangsaan dan juga Malaysian Philharmonic Orchestra. Jawapan yang saya terima adalah pelbagai termasuk memberi contoh Datuk Dr Ahmad Nawab. Saya di tanya kembali andainya jawatan itu di beri pada Ahmad Nawab adakah beliau akan menerima? Sepanjang hayat, beliau meniup saxaphone dan mencipta lagu. Adakah Ahmad Nawab mampu duduk di kerusi empuk mengendalikan masalah orang lain dan tinggalkan dunia yang di senanginya, iaitu bermain saxaphone, mencipta dan mengubah lagu.

Ini membuatkan saya terfikir pentadbiran adalah sama sekali cabang yang berbeza. Contoh yang di beri amat bertepatan sekali. Ketika kecil sewaktu mula berjinak dengan alat-alat muzik ramai yang mengatakan itu sekadar hobi. Namun apabila hobi bertukar menjadi minat lalu di jadikan bidang kerjaya, liku-liku yang mesti di lalui juga banyak. Secara rambangnya ramai di antara kita yang mengetahui betapa sukarnya untuk memiliki segulung ijazah kedoktoran, guaman, arkitek, accountancy dan sebagainya. Hanya segelintir saja yang mengetahui pahit dan getir untuk memiliki segulung ijazah sarjana muda muzik dan seperti bidang-bidang lain ia tidak berhenti setakat itu sahaja.

Seperkara yang amat menyedihkan setahu saya sehingga hari ini bantuan atau biasiswa untuk menyambung pelajaran di bidang seni muzik dan cabang seni yang lain belum ada. Hampir kesemua anak-anak yang mengambil bidang seni mesti mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Seni muzik kepada anak-anak perlu dikenalkan ketika masih kecil, sekitar usia empat tahun. Muzik bukanlah keputusan yang boleh di buat setelah selesai menduduki peperiksaan SPM atau boleh di jadikan angan-angan atau cita-cita tanpa usaha sejak awal. Bayangkanlah perbelanjaan yang telah di keluarkan oleh ibu bapa mereka untuk memastikan satu hari nanti anak-anak ini menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Latihan, peperiksaan, kelas, buku bukanlah sesuatu yang murah dan buku pula terlalu payah pula untuk di dapati di sini. Kebanyakan buku di beli dari luar negara, sijil peperiksaan dari luar negara dan pemeriksa juga datang dari luar negara. Bayaran yuran yang kadang-kadang hampir sama dengan seorang pelajar perubatan.

Jangkamasa untuk mendapatkan sekeping diploma bagi pelajar muzik adalah empat tahun, begitu juga dengan degree dan belum lagi di ambil kira kursus-kursus tambahan yang berkaitan seperti composing, conducting dan muzik untuk seni teater. Belum juga di ambil kira lawatan atau kursus-kursus pendek ke sesebuah revertoire dan conservertoire. Sesetengah pelajar yang saya kenali juga mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapat khidmat tutor peribadi di Paris dan England bagi memantapkan permainan mereka. Mereka berhijrah sementara ke lokasi di mana guru menetap serta berpeluang bermain di sana dan belajar teknik-teknik persembahan. Begitu juga dengan Mustafa yang pernah menetap di Germany sebelum pulang ke tanahair untuk mengetahui Orchestra Symphony Kebangsaan.

Sebelum mengetahui apa-apa mengenai muzik saya sering tertanya apakah fungsi seorang conductor muzik? Kenapa mereka mesti berdiri di hadapan hanya dengan sebatang kayu yang pendek dan mengarah bilangan ahli muzik yang ramai? Akhirnya saya mengetahui tanpa conductor bilangan pemuzik yang ramai itu tidak akan dapat mendendangkan irama yang merdu kerana violonist A tidak tahu apa chellist A mainkan. Susun atur pemuzik di dalam dewan konsert juga bersebab. Oleh itu apabila melihat Mustafa berdiri di hadapan seramai lebih 50 orang ahli muzik dalam kumpulannya untuk sesebuah persembahan saya amati betapa tajamnya penglihatan dan pendengaran beliau kepada semua alat muzik yang terbabit. Ketika sessi latihan beliau tahu alat muzik mana yang tidak dibersihkan dengan sempurna dan mengeluarkan bunyi yang sumbang. Kesilapan-kesilapan begini tentu akan merosakan sesebuah persembahan.

Bagi kita yang tidak punya pendengaran setajam Mustafa mungkin tidak akan sedar akan kesilapan tersebut tapi bagi Mustafa adalah sesuatu yang amat mengecewakan andainya itu yang terjadi di waktu persembahan. Saya pernah melihat wajah kusam beliau apabila persembahan yang di anggap baik oleh penonton tapi tidak memuaskan hatinya. Ketajaman pendengaran juga adalah dari latihan sejak awal dan sehingga kini saya merasa amat kagum dengan kedua ibu bapa Mustafa, kerana berani melepaskan kesemua anak mereka ke bidang seni. Bidang yang amat di takuti oleh ramai ibu bapa sehingga kini.

Oleh itu saya bertanya lagi pada diri sendiri, apakah syarat itu wajar untuk di kenakan? Apakah mampu seorang pemuzik bertauliah menukar haluan bergelumang dengan kertas kerja dan meletakkan alatan muzik yang telah sebati dengan dirinya. Walaupun syarat-syarat lain tidak di senaraikan dan sejauh mana boleh seorang pemuzik melupakan alatan muziknya akan membuka kepada banyak soalan-soalan lain. Apakah mahu seorang pemuzik melakukan kerja-kerja pentadbiran yang tidak pernah menjadi asas pembelajaran mereka sejak mula? Pentadbiran yang ada hanyalah alatan muzik.

Sehingga artikel yang di lampirkan di tulis kabarnya Dato’ Mokzani telah menolak tawaran tersebut dengan alasan yang di anggap munasabah oleh KPKKM. Apakah agaknya sebab yang di berikan oleh Dato’ Mokzani? Menurut lapuran berkemungkinan Dato’ Mokzani lebih senang dengan jawatan sekarang dan bersama dengan alat muziknya. Mungkin dengan alasan yang diberikan oleh Dato’ Mokzani dapat di terima pakai oleh jawatankuasa bertindak dalam memilih calon bagi mengetuai JMM kelak.

Hajat dan hasrat yang di suarakan amat di nanti-nantikan oleh persatuan pemuzik tanahair namun sejauh mana implementasi ini berkesan, sama-samalah kita lihat nanti. Saya merasa pasti apabila arah tuju dan sasaran menepati matlamat yang hendak di capai, pencarian teraju utama akan menjadi lebih mudah. Mungkin kriteria yang amat perlu adalah seseorang yang amat berkaliber dalam soal pentadbiran dan mahir dalam undang-undang persatuan di samping mempunyai kecenderungan dalam seni muzik serta mempunyai cita-cita untuk melihat kejayaan seni muzik tanahair. KPKKM perlu berganding sama dengan JMM dalam merealisasikan impian ini dan punyai wawasan yang sama, begitu juga dengan persatuan-persatuan yang bernaung di bawah pentadbirannya nanti.

“BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT”

Owned and written by: Sanaa 07/01/11

*****

Giliran muzik dibela

BIDANG muzik di negara ini mungkin boleh dikategorikan sebagai kelas tercorot berbanding bidang-bidang seni yang lain. Kalau dunia perfileman contohnya, sudah lama mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Lihat sahaja penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang telah diwujudkan hampir 30 tahun lalu. Finas ditubuhkan sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK).

Perbadanan itu telah banyak memberi bantuan dalam usaha membangunkan industri perfileman di negara ini. Antaranya menerusi Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) berjumlah RM50 juta yang diperuntukkan kepada para penggiatnya tidak lama dulu.

Bidang seperti kraftangan juga sudah lama mendapat pembelaan daripada kerajaan. Buktinya dengan adanya Jabatan Kraftangan Malaysia yang juga terletak di bawah KPKK.

Sedangkan bidang muzik tempatan seperti terkontang-kanting tanpa adanya sebuah agensi khusus di bawah pengawasan kerajaan. Seolah-olah bidang muzik tidak menyumbang kepada perkembangan seni, budaya dan pemikiran masyarakat.

Jika dicongak daripada segi pendapatan industri rakaman tanah air misalnya, ia pernah menjana perolehan lebih RM200 juta setahun. Sebab itulah, sudah lama ada cadangan yang mahukan supaya sebuah jabatan atau perbadanan diwujudkan di bawah KPKK.

Lama juga isu itu ditimbulkan tetapi ia seakan-akan senyap begitu sahaja. Mungkin tidak banyak ‘kepentingan’ yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu daripada bidang itu.

Bagaimanapun, terbaru kementerian terbabit khabarnya sudah berura-ura untuk mewujudkan sebuah jabatan baru yang akan dikenali sebagai Jabatan Muzik Malaysia (JMM).

Bukan setakat itu sahaja, malah KPKK juga kini sedang giat mencari calon untuk jawatan Pengarah di jabatan tersebut. Jawatan ini memang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak terutamanya para pemimpin persatuan-persatuan artis.

Difahamkan, antara nama-nama yang timbul bagi mengisi jawatan itu ialah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan komposer Datuk Wah Idris. Tidak pasti sama ada mereka telah ditawarkan di jabatan atau agensi yang ke-19 di bawah KPKK itu ataupun sebaliknya.

Selain itu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail pula dikatakan pernah ditawarkan untuk jawatan itu. Namun, beliau telah menolaknya secara baik termasuklah dengan alasan-alasan yang boleh dianggap munasabah.

Mungkin Mokhzani lebih cintakan dunia muzik jazznya dan bergelumang dengan alunan muzik Orkestra RTM di bawah pimpinannya sekarang. Ini kerana, antara tugas awal Pengarah JMM ialah menyatukan kesemua persatuan dan pemuzik di bawah jabatan itu. Ia bukan suatu perkara yang mudah.

Cabaran itu bukan sedikit kerana banyak persatuan seperti Karyawan dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah Air (Papita) masih dikatakan ‘tidak akrab’ sehingga kini.

Tidak setakat Mokhzani, Freddie dan Wah, malah konduktor Orkestra Simfoni Kebangsaan, Mustafa Fuzer Nawi juga antara nama yang pernah disebut-sebut untuk menduduki kerusi tersebut.

Kesemua nama terbabit ada yang diterima dan tidak kurang juga yang ‘ditendang’ begitu sahaja. Ini kerana ada di antara mereka yang mempunyai ‘rekod-rekod kurang sedap’ didengar sehingga ia telah sampai ‘ke telinga’ pihak atasan di KPKK.

Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai juga, nama yang paling menjadi bualan hangat dan pilihan bagi jawatan itu ketika ini ialah Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) cawangan negeri Sabah, Sallehuddin Md. Salleh.

Sejauh mana desas-desus tentang kebenaran perkara itu, hanya pihak atasan kementerian terbabit sahaja yang tahu. Apatah lagi, kuasa melantik Pengarah JMM pula terletak atas Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Walau siapa juga yang dilantik sebagai Pengarah JMM, ia tidak penting. Sebaliknya, sejauh mana individu terbabit mampu menyatukan ribuan karyawan muzik tempatan seperti penyanyi, pemuzik, penulis lirik dan penggubah lagu di bawah satu bumbung.

Terlalu banyak isu dan masalah dalam industri muzik seperti perkara-perkara yang terkandung dalam Akta Hakcipta 1987 yang harus dikemaskini serta diperjuangkan oleh bakal Pengarah jabatan baru di KPKK itu kelak.

Malah, yang paling penting Pengarah JMM yang pertama kelak juga haruslah sanggup ‘meletakkan’ segala instrumens muzik, contohnya jika dia seorang pemuzik bagi memberi tumpuan kepada jawatan tersebut.

Ini kerana jawatan Pengarah JMM juga penuh dengan ‘sepak terajang’ dan politiknya yang tersendiri, sama seperti kerusi Ketua Pengarah Finas yang sentiasa ‘panas’ setiap kali tempoh kontraknya tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: