• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Gadis Melayu

Gossip adalah asam garam bidang hiburan
Cerita rekaan jadi bualan
Apakah motif di sebalik tohmahan
Menulis cerita tanpa silu dan segan

Mingguan Malaysia jadi tatapan
Gadis ayu duduk bersimpuhan
VVIP dan berkahwin cerita di muatkan
Sudah tu di bilang pula cerita ciptaan

Aduh aduh di manakah etika pekerjaan
Bukankah tulisan itu sumber pendapatan
Ada orang berkata ayat pembukaan
Kenapa di tulis tiada tapis-tapisan

Itulah malangnya industri seni
Bakat baru di ketengahkan kini
Ramai pula yang khianat dan dengki
Segulung ijazah yang sebati dengan diri

Tidak berpihak pada cjoli
Ataupun menuduh wartawan buat cerita ini
Memang seronok bila perkara di sensasi
Tercalar maruah tidak fikir akibatnya nanti

Andainya warga akhbar disaman joli
Membawa berita yang tidak di ketahui
Salahkah masyarakat memboikot nanti
Bila suratkabar tidak lagi di beli

“We are what we read”

Itulah kata-kata bijak pandai
Walaupun hiburan boleh juga dipakai
Sebagai selingan duduk bersantai
Mengetahui serba sedikit artis pujaan ramai

Siapa tikam siapa
Timbul pula persoalaannya
Adakah wartawan punca segala
Sehingga retak perhubungan dan rumahtangga

Warkah ini membuat hamba kecewa
Bukan bakat yang hendak diperkata
Soal peribadi yang tak masuk akal adanya
Ditulis pula dengan panjang berjela

Di manakah akta dan penguatkuasa
Bidang wartawan hilang etika kerja
Hello magazine banyak juga gossip dan cerita
Kejayaan di adun menarik jadinya

Jangan dibanding barat dan sini
Industri kecil ramai pula yang dengki
Apakah motif bila dibuat begini
Hamba tiba-tiba jadi lemah tangan dan kaki

Ingatkan nak sokong industri seni
Nampaknya biarlah hamba sokong saja cjoli
Lebih-lebih lagi kalau partner dengan moli
Tak mungkin lekang dari mengadap TV

Mungkin juga tidak dapat di nafi
Tarikan cjoli sebagai permata yang ditemui
Habis berebut orang mencari
Cerita berkisar cjolimoli

Tarikan gadis melayu yang masih ada
Sebagaimana kata Jamal dalam lagunya
Kalau tak sungguh tak mungkin akan jatuh…
Itulah sebenarnya yang orang asyik heboh-heboh

Tidak akan hamba percaya cerita begini
Lebih baik baca murai.com berkali-kali
Setidak-tidaknya hamba tahu siapa moli
Gandingan bersama yang tetap serasi

Sabarlah wahai cjoli
Inilah adat industri seni
Namun jangan biarkan menular lagi
Ambilah tindakan andainya melebihi

Hak asisi manusia jangan diketepi
Hamba pasti tulisan juga mesti dipatuhi
Ruang media mesti tahu undang-undang ini
Cuma kita yang masih baik hati

Masih padu sokongan kami di sini
Walaupun hanya doa saja yang dapat diberi
Semoga adik tabah melalui
Liku-liku hidup bergelar anak seni

Jagalah diri dan peribadi
Agar gossip tidak diberi perhati
Hamba percaya bakat yang dimiliki
Mampu untuk berada di persada seni

Pantun hamba tidak ceria hari ini
Kerana terasanya sakit di hati
Namun harap teman-teman mengerti
Perasaan dan perjuangan hamba di sini

Oleh itu hamba mohon berhenti
Harap kita bertemu lagi
Rasanya AJL pula topik di perhati
Kemenangan yang tidak direstui

Owned and written by : Sanaa 11/01/11

*****

Berkahwin dengan anak VVIP

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL
Solekan & dandanan WAWA (017-3652909)
Busana EZUWAN ISMAIL (012-2646871)

Bingung dari mana timbul cerita perkahwinannya itu sedangkan dia tidak punya skandal dengan mana-mana lelaki.

KESIMPULANNYA, 2010 yang baru seminggu berlalu merupakan tahun cukup sukar bagi diri pelakon Tiz Zaqyah. Tahun eksperimen selepas bergelar anak seni yang penuh laluan berduri, akhirnya berjaya ditempuhi selepas drama Nur Kasih, lakonannya diterima baik sekali.

Impak jangka pendek, pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini dilimpahi populariti.

Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan, nama Tiz lekas dikenali dek kerana kontroversi ciptaannya sendiri. Antara yang dirancang adalah hubungan istimewa dengan pelakon kacak Remy Ishak dan kekasih gelap kepada duda jutawan, Rizal Ashram atau Jejai.

Kecenderungan masyarakat setempat yang mahu mengetahui warna sebenar Tiz mendapat perhatian seluruh masyarakat. Soal cinta menjadi topik utama bagi menafsirkan peribadi sebenar wanita yang menginjak usia 22 tahun pada Oktober depan. Siapa sebenarnya lelaki yang bertakhta di hati pelakon berbintang Scorpio terus menjadi perhatian. Lama kelamaan, masyarakat mula menghidu hubungan cinta Tiz dengan golongan kenamaan (VVIP) pula.

Terbaru, Tiz dikatakan sudah berkahwin dengan anak ahli Parlimen yang berasal dari Pantai Timur. Mereka dikatakan punya hubungan istimewa dan sering keluar bersama termasuk ke luar negara.

Orang terdekat pernah melihat pasangan itu makan malam bersama di beberapa restoran eksklusif di ibu kota bersama dua lagi anak Parlimen dari negeri yang sama.

Menurut mata-mata sekeliling yang melihat pasangan tersebut, mereka tiba ke lokasi pertemuan menaiki dua kereta yang berasingan

Sejauh mana kebenaran khabar berita tersebut, pertemuan di Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) yang terletak di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur baru-baru ini menguraikan segala-galanya.

Sesi fotografi seawal pukul 8.30 pagi buat artis berkulit putih gebu itu dilakukan selepas Tiz siap didandan rapi oleh jurusolek Wawa. Cuaca sejuk di kala itu bertukar kepada ‘terik’ apabila menyentuh perkara tersebut.

‘‘Saya bingung sungguh, macam mana cerita berkahwin ini boleh timbul. Saya masih single, belum bertunang atau pun berkahwin seperti mana yang dihebahkan itu. Malah saya tidak kenal sama sekali siapa anak Parlimen yang dimaksudkan itu.

‘‘Lagi satu, masakan orang boleh tuduh saya sedemikian, sedangkan teman lelaki pun saya tak punya lagi. Dari mana ia tersebar, saya tak tahu menahu.

‘‘Sedangkan hakikatnya, saya bertungkus-lumus siang dan malam bekerja. Setiap hari pergi penggambaran, kadang kala tak pedulikan waktu. Tak sangka keluar pula cerita sebegini,’’ reaksi awal Tiz saat persoalan status dirinya dibangkitkan.

Katanya, gosip melibatkan air mukanya itu diketahui menerusi teman-teman sekolah yang mengkhabarkan perkara tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

‘‘Saya akui, memang pernah saya dihimpit dengan beberapa VVIP. Ada yang beralasan mahu berkawan dengan saya. Ada juga yang murah hati, nak menaja saya pun ada, tapi saya tolak baik-baik. Sebabnya, saya bukan semurah itu. Mudah meminta-minta, itu bukan saya.

‘‘Lagi pun saya masih muda untuk menggapai apa sahaja yang saya idamkan. Juga masih ada ibu bapa yang perlu didahulukan bila soal jodoh diutarakan. Mereka lebih arif dengan kehidupan peribadi anak mereka,’’ katanya berterus-terang.

Berhubung tentang isu perkahwinan, bapa Tiz yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Zak, 69, disifatkan sebagai insan paling prihatin dengan apa sahaja gosip melanda anak bongsunya itu.

Ceritanya, setiap kali keluar sahaja cerita kurang baik tentang Tiz, pelakon tele filem Gadis Semasa ini pasti akan bersoal siasat dengan bapanya. Kadangkala sampai berjam-jam lamanya.

‘‘Daddy adalah seorang yang sangat tegas dalam soal cinta. Saya tidak dibenarkan sama sekali membuat hubungan dengan mana-mana lelaki. Jadi kalau keluar cerita mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki, habislah saya kalau balik rumah.

‘‘Mesti saya kena menghadap daddy. Menjawab semua soalan-soalan dia sehinggalah dia berpuas hati. Tidak kurang dari itu, saya mesti mendengar nasihat dia, nak-nak dah bergelar artis. Daddy takut saya lupa diri. Sebagai anak, perlu akur sebab saya memang duduk dengan mereka,’’ cerita anak bongsu dua beradik ini membuka sedikit lembaran kisah keluarganya itu.

Mengenai soal ‘perkahwinan’ rekaan, pelakon drama Gol & Gincu ini memberitahu bahawa dia terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan menyebabkan dia kerap geleng kepala.

‘‘Saya cakap dengan daddy, mungkin wanita tersebut mirip muka saya. Sebab saya sama sekali tidak kenal dengan anak ahli Parlimen berkenaan. Dan bila masanya pula saya bercuti ke Switzerland sebab kebanyakan masa di tanah air sahaja.

‘‘Memang nak marah juga sebab secara tiba-tiba sahaja nama saya dikaitkan dengan anak ahli Parlimen tersebut. Orang pula sibuk cerita tentang skandal saya di sini, sana, sedangkan ia belum dibuktikan lagi,’’ katanya yang masih tidak berpuas hati dengan tuduhan tidak berasas itu.

Elak rakam gambar keluarga

Pada masa yang sama, Tiz juga berpendirian untuk tidak terlalu mendedahkan tentang keluarganya kepada khalayak. Termasuk menyembunyikan nama penuh ahli keluarga. Tiz punya alasan sendiri mengapa dia sengaja menyembunyikan perkara tersebut.

‘‘Saya sudah berjanji untuk tidak melibatkan keluarga saya. Saya kena hormati permintaan mereka, tidak mahu terlalu terdedah dengan lensa kamera media. Biarlah anak dia yang seorang ini sahaja yang terlibat dalam dunia glamor.

‘‘Sebab itu, saya angkat tangan awal-awal lagi kalau ada pihak yang mahu merakam gambar bersama. Bukan saya mahu mengelak tapi saya tak boleh buat apa-apa sebab itu adalah kehendak mereka,’’ katanya.

Prinsip Tiz juga mudah, mahu memperbanyakkan cerita tentang karier dirinya kepada khalayak. Kurangkan segala kontroversi atau sebarang perkara yang boleh mendedahkan dirinya dari terkena tempias cerita hangat.

Katanya, cukuplah cerita-cerita ‘kurang elok’ daripadanya pada tahun lepas. Sebab fokusnya kini mahu kepada cerita kejayaannya.

‘‘Tahun ini saya berharap dapat menambah baik mutu lakonan saya. Nak tak nak, saya akan paksa diri memberi lebih banyak sentuhan dan warna pada setiap persembahan.

‘‘Tidak bermakna menjadi lebih selektif kerana selepas ini saya mahu sedikit kelainan. Tidak mahu bergelar stereotaip atau pelakon kayu. Jadi, sebab itu, proses pembelajaran saya sentiasa berjalan dengan pengarah yang menjadi guru lakonan saya,’’ kata pelakon tele filem Suzana di TV3 dan Tujuh Lagu (Astro) ini.

5 Responses

  1. setuju dgnu san…….
    wartawan sengal tahap gaban….
    sebuk cari kisah percintaan mrk…selongkar sana elongkar sini…kata tiz cipta kontroversi ciptaan sendiri…mana diaorg belajar etika kewartawannan nie ..

    sabarlah tiz …nasib baik ade abang badang menggembirakan hati…hehe…

  2. ” Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan, nama Tiz lekas dikenali dek kerana kontroversi ciptaannya sendiri. Antara yang dirancang adalah hubungan istimewa dengan pelakon kacak Remy Ishak ” (SAN INI YG PALING I TAK SUKA BILA MEMBACA TUDUHAN DARI PIHAK YG MANA SATU ? WARTAWAN KAH ? KALU PEMINAT I DON’T SO ! )

    dan kekasih gelap kepada duda jutawan, Rizal Ashram atau Jejai (KALU BETOL PON THIS 1 PASAH SENDAT MEROYAN DI TWITTER) wartawan msia dgn ayat2 yg menjelekkan !

    • Salam Yatty

      sorry lambat reply…jawapan yg ada di sebalik semua ini adalah komplot dari sesetengah golongan yg cuba menggulingkan nama2 baru dan sedihnya nama yg nak di palit adalah Tiz dan Remy. Ini mungkin juga tuduhan tapi yg hairannya kenapa Tiz saja jadi sasaran skrg dan bahasa yg di gunakan dlm akhbar tempatan as what you said amat menjelekan. I terima gossip as part of rempah ratus dunia hiburan tapi kalau dah salah letak garam marahlah juga hati ne…ramai lagi artis dlm Malaysia dan kalau tak percaya tengoklah siapa behind them and kroni mereka yg mereka tidak terpalit dgn gossip or cara wartawan tulis baik2 saja. macam I kata bkn tak nak sokong industri seni tanahair…seni adalah dunia yg “berpenyakit” di Malaysia ne…

  3. san…sapa bilang gadis melayu x menarik….kalau x menarik x terkejar2 org cari berita terkini…siapa bertahta dihati…dan org berangan nak kawin dgn gadis melayu nie…hehemmg hot joli sekarang nie….

    namun akhirnya terungkai jugak….pak zak dah bagi keizinan pd seseorang utk jaga joli yg ayu nie…lepas tapisan ketat tu..hebatnya jejaka nie…harap2 jgn dipersiakan segala nya setelah menempuhi dugaan yg begini hebat…

    sapa jejaka hebat nie…lu pikirlah sendiri..hehehe

  4. I sokong cjoli moli….talented with brain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: