• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Kekasih Hati

Duduk termenung di pagi hari
Membelek gambar cjolimoli
Hendak menulis cerita mereka kata hati
Namun idea telah ditelan bumi

Tiba-tiba datanglah email dari seorang teman
Bertanya kabaran dan juga coretan
Cerita bahagia Adam dan Nur di nantikan
Setelah lama tiada kedengaran

Terbayang-bayang wajah si manja
Amina Sophea itulah orangnya
Kecil halus petah berkata-kata
Hanya ibu dan ayah yang faham segala

Mata galak senyum menawan
Melihat Sophea pasti tertawan
Wajah comel puteri kesayangan
Bertambah nakal dan minta perhatian

Hujung minggu baru berlalu
Pulanglah Adam melawat ibu
Amina Sophea di sisi selalu
Bersama abang tempat mengadu

Nur tidak pulang bersama
Kerana demam dan batuk melanda
Tok bertanya Sophea yang manja
Ibu dimana lalu Sophea jawab dengan lajunya

Ibu atit ibu demam jawab Sophea

Ibu dah makan ubat ke belum? Tok pula bertanya

Ibu dah atan ubat dah, Sophea menjawab lagi

Ibu buat apa kat rumah? Mak Long pula bertanya

Ibu tido ibu atitlah, Sophea jawab dengan geram

Adam mendengar geleng kepala
Dah penat di ajar masih pelat juga
Cakap banyak dan laju pula
Tok dan Mak Long suka mendengarkannya

Berlarilah Sophea bersama tatak dan abang
Tak padan kecil penuh semangat juang
Ariff juga dah pandai lari sekarang
Sophea kini ada teman tidak lagi kebelakang

Ayah ayah Sophea datang berlari
Entah apalah pulak hendak di mengadu kini
Jatuh sedikit nanti mulut bagai murai menyanyi
Ayah menunggu buah hati hampir ke sisi

Ada apa sayang, ayah bertanya
Jari halus menunjuk arah ke kereta
Phea atuh tat tu tadi..dengan mimik muka sekali
Sakit tak? ayah bertanya dengan ciuman di beri

Sophea menggeleng bila ayah bertanya
Anak ayah dah besar dan kuat tulangnya
Kenyataan ayah disambut dengan tawa
Tangan di angkat tunjuk muscle pula

Wahhh strongnya anak Pak Long ni
Tegur Aidil pada Sophea yang sedang beraksi
Hehehe Sophea senyum dan ketawa lagi
Sambil bersalam dengan Pak Long tadi

Aliesya dan Ariff pula datang berlari
Melihat Walid di depan pintu kini
Ariff juga mengadu terjatuh tadi
Bila melihat Sophea dipangkuan kini

Amboi-amboi mulalah tu
Ummi pula datang menyerbu
Ariff hanya senyum tersipu-sipu
Ummi menggeletek kata Ariff tak malu

Hari juga beransur petang
Sekejap lagi Adam hendak pulang
Tidak mungkin ditinggal Nur seorang
Apabila malam mula menjelang

Walaupun demam Adam risau juga
Manalah tahu kalau denggi menjadi punca
Namun lega bila ujian kata clear semua
Cuma virus yang sedang melanda

Sampai dirumah Adam senang hati
Melihat isteri yang mula kebah kini
Salam ibu dan semua sekali
Doa mereka semoga Nur cepat sembuh nanti

Salam disambut senyuman di beri
Pada anak-anak dan juga suami
Gembira melihat mereka sudah sampai kini
Tidaklah bimbang terus di hati

Ibu ibu…saya Sophea jawab ibu
Tangan di hulur tanda rindu
Ibu mendukung Sophea mendakap pula
Alahai…ayah mengusik ibu ayah yang punya

Mine mine jawab Sophea
Kepala digeleng bila ayah rapat padanya
Muka masam mata bulat tak kelip pula
Anak dan ayah sama saja degilnya

Lagi kuat pautan Sophea
Jangan sayang ibu tercekik pula
Ayah ni janganlah nak mengusik saja
Ibu bukannya larat nak berdiri lama

Oh oh sorrylah wahai sayang
Hampir terlupa badan masih bergoyang
Tak kenapa kalau jatuh hanya terlentang
Abang urut tentu sakitpun hilang

Badan masih tak berdaya
Suami pula buat lawak mengada-ngada
Kalau tak demam tentu abang dah kena
Apalagi senyum senggehlah suami tercinta

Amsyar Amin…Nur memanggil pula
Tukar baju hari dah hampir senja
Maghrib nanti kita sholat bersama-sama
Baik ibu…jawapan serentak dari anakanda berdua

Itulah lakaran dalam sekelip mata
Terima kasih wahai teman di utara
Dapat pula hamba menulis sebaris dua
Cerita keluarga yang senantiasa bahagia

Kalau ada waktu kita bertemu lagi
Adam dan Nur dalam short story
Belum tahu segala intipati
Harapnya adalah yang sudi memberi

Kadang-kadang idea juga perlu dikongsi
Penulis ini agak gersang kebelakangan ini
Entah kemana perginya “kekasih” hati
Wahai cjolimoli kenapa terus saja menyepi

Manalah tahu dengan cerita ini
Ada kabaran yang bakal menemui
Persamaan dengan apa yang dihajati
Dari cjolimoli yang dirindui

Terima kasih sekali lagi
Atas sokongan yang tidak berbelah bagi
Hamba akan terus mengingati
Teman-teman dan pembaca di sini

Selamat bertugas di hari ini
Berhati-hati baik memandu atau berjalan kaki
Janganlah ada yang berduka di hati
Marilah sama-sama berhibur di sini

Owned and written by : Sanaa 11/01/11

3 Responses

  1. haaa…san..

    apa kata buat citer the making of NKTM pulak..gambarannya dah adakann..bolehla reka2 skripnya……tak slh rasanya..kita hanya buat mcm novel luv story ajaa…kot2 apa yg teka mengena….:P

  2. hahahaa.. Tq ..Tq dgn cerita Amina sophia..nasib baik pandai je ‘Mak Long’ nye Intepret.. klu tak jenuh jgk nk paham ni…

    • Dodin

      you are most welcome…thanks to you to

      Sup

      a good idea…ok nanti san cuba fikir jalan cerita

      Ary

      thank you for your sokongan…singgah2lah bila ada kelapangan…

      thank you all..take care pleasant evening

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: