• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Lama Dan Baru

M. Nasir dan Jamal Abdillah

Ghazal Untuk Rabiah

Jamal:
Kilauan intan berkelip-kelip di langit tinggi
Dan cahaya menari-nari di langit biru
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku
Yang rindukan kehadiran kasih

M. Nasir:
Gemersik irama merdu buluh perindu
Dan nyanyian pari-pari dari kayangan
Tidaklah dapat tenteramkan sanubari
Yang mendambakan kepastian kasihmu

Jamal:
Rela lepaskan segala-gala yang ku ada
Andai itu yang kau hajatkan

M. Nasir:
Rela terima apapun syaratnya dan dugaan
Untuk ku buktikan cintaku

Jamal:
Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera
ditumpaskan cinta

M. Nasir:
Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa
Yang menagih kasih

Duet:
Yang halus yang tulus
Yang mulus yang kudus

Jamal:
Semoga malamku tidak lagi jadi medan airmata
Menusuk segenap kalbuku

******

Anugerah Juara Lagu yang ke 25 baru saja berakhir. Beberapa hari sebelum pertandingan sekali lagi saya berkongsi pendapat dengan adik saya mengenainya. Perbualan kami hanya perbualan biasa mengenai lagu-lagu sekarang yang hanya sedap di dengar hari ini tapi bila ada lagu baru keluar nanti lagu sebulan dulu di lupakan. Seperti yang kita tahu ombak Justin Bieber melanda anak-anak muda di Malaysia. Rata-rata anak-anak yang berumur di antara 10 hingga 15 tahun kenal siapa Justin Bieber dan mungkin yang lebih kecil juga mengenali siapa Justin Bieber. Rancangan Glee yang disiarkan di saluran TV juga membawa arus perubahan dalam nyanyian kanak-kanak sekarang. Secara jujurnya saya boleh mendengar lagu-lagu ini mungkin sekali dua, lepas itu hilanglah thrill lagu-lagu itu tadi. Baik lagu Melayu atau Inggeris lagu lama juga yang masih sedap di dengar. Apakah sebabnya?

Ketika demam Westlife dan Back Street Boys melanda, kebanyakan lagu mereka di awal rakaman adalah merakam semula lagu lama sehingga sepupu saya bertanya kepada ibunya…eh mana mak tahu lagu ni? Ini lagu baru dan kumpulan anak muda. Tanpa di sedari oleh sepupu saya ialah nyanyian Westlife adalah lagu lama yang di perbaharui sedikit dari segi tempo dan susunan muzik tapi tidak pada liriknya. Perkara ini membawa saya kembali kepada penyanyi-penyanyi muda tanahair yang lahir dari rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan mungkin cungkilan bakat baru oleh syarikat-syarikat rakaman. Amat beruntungnya anak-anak sekarang kerana kebanyakan ibu bapa mampu mengeluarkan biaya bagi rakaman lagu namun yang sedihnya kebanyakan mereka tidak menjalani latihan vokal yang sewajarnya.

Faizal Tahir, Shahrir, Adira dan Ana Raffali serta Yuna begitu juga Noh dan Mizz Nina adalah di antara pelapis muda industri muzik yang sedang pesat membangun. Kehadiran mereka telah mewarnai industri muzik dengan trend muzik masa kini namun sejauh mana lagu-lagu mereka boleh mempengaruhi pendengar tempatan. Saya memuji Faizal Tahir dan Sharir serta Adira dan percaya mereka boleh pergi jauh dan bertahan dalam seni suara. Pertanyaan timbul dari adik saya dan kawan beliau, siapakah yang akan membuat mereka bertahan dan dimanakah kukuhnya mereka di kala ini. Kerana kurang pasti saya bertanya maksud mereka di sebalik ini?

Jawapan dan logik kepada keadaan ini ialah, ketika zaman Allahyarham Sudirman, Zaiton Sameon, Nash, Francesca Peter, Jamal Abdillah dan juga M. Nasir mereka di sokong oleh komposer-komposer terkenal seperti A. Ali, Manan Ngah, Fauzi Marzuki, Johan Nawawi dan Ahmad Nawab. Habsah Hassan, Cenderawasih, dan keluarga Hassan (Adnan dan Azman yang saya ingati). Tidak di nafikan generasi muda ini boleh bertahan akan tetapi mereka juga perlukan sokongan orang-orang baru seperti komposer dan penulis lirik untuk menyokong mereka, selain peminat. Tanpa sokongan komposer dan penulis lirik yang begitu, lagu yang di hasilkan mungkin hanya boleh didengar hari ini dan akan di lupakan esok. Begitu juga melodi yang boleh menjadi siulan anak muda di alam percintaan atau yang sedang duduk mengelamun. Adakah kita mendengar Justin Bieber untuk menghayati malam yang penuh bintang? Bila direnung dan dikaji itulah kebenarannya dan kata-kata mereka hari itu disokong oleh kenyataan M. Nasir yang menjadi ketua juri pada Anugerah Juara Lagu ke 25. Mengikut kata M. Nasir patutnya semua lagu boleh menang tapi populariti tidak semestinya terbaik. Kekuatan lirik dan melodi tetap menjadi pilihan kerana itu kemenangan Ana Raffali dipertikaikan.

Kepada orang-orang lama tentu masih segar dalam ingatan lirik-lirik puitis Habsah Hassan seperti Salam Terakhir, Suratan atau Kebetulan, Hitam Putih Kehidupan, Menaruh Harapan dan banyak lagi. Lirik-lirik tulisan Habsah Hassan banyak bersandar kepada kisah sebenar yang dilaluinya ataupun kisah penyanyi itu sendiri seperti Salam Terakhir nyanyian Allahyarham Sudirman dan Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon. Lirik-lirik ini disokong oleh komposer-komposer seperti Manan Ngah dan A.Ali serta penyanyi-penyanyi kesayangan ramai seperti Sheila Majid, Francesca Peter, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad dan ramai lagi. Kalau tidak silap saya penulis lirik dan komposer juga memilih penyanyi untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka seperti juga pengarah filem yang mempunyai pelakon pilihan mereka. Alunan merdu suara penyanyi dengan puitisnya lirik di iringi melodi yang membuai rasa menjadikan lagu-lagu ini diingati sehingga kini.

Acara pembukaan AJL 25 menampilkan empat lagu yang masih “berhantu” hingga kini. Francesca dengan Sekadar di Pinggiran, Nash dengan “Ada Syurga di Wajahmu”, M.Nasir dengan “Tanya sama itu Hud-Hud” dan “Ghazal untuk Rabiah”. Ghazal Untuk Rabiah mempunyai sejarah tersendiri dalam hidup saya. Ketika lagu itu di umumkan menjadi juara saya bertanya lagu siapakah itu? Tak pernah dengarpun kata saya lalu saya carilah dalam youtube. Setelah mendengarnya buat kali pertama lagu itu berada dalam playlist saya untuk agak lama. Saya tertarik dengan irama ala timur tengah lagu itu dan aluran gemersik suara M.Nasir dan Jamal Abdillah.

Melodi dahulu ada yang mendayu, rancak, slow rock serta lirik yang menikam jiwa. Bagi mamat-mamat dan minah jiwang pastinya lirik-lirik puitis yang memuji alam akan di samakan dengan buah hati cinta mereka. Kalau tidak percaya cuba dengar kembali lagu Gadis Melayu nyanyian Jamal Abdillah ciptaan Othman Hamzah. Siapa yang tidak bergoyang kaki mari sini jumpa saya. Cuba tanya Kak Chah pula, apakah maksud di sebalik lagu Sekadar Di Pinggiran dan Aku Hanya Pendatang. Pasti Kak Chah kata lagu itu ditulis melalui pengalaman sendiri, begitu juga lagu Menaruh Harapan nyanyian Zaiton Sameon ada sejarah di sebaliknya. Tetapi oleh kerana puitisnya lirik yang ditulis ramai beranggapan itulah kisah cinta yang tidak kesampaian. Semua ini adalah tafsiran pendengar sendiri dan bagaimana penyanyi itu menyampaikannya. Kerana itu saya percaya penulis lirik akan membayangkan penyanyi juga sewaktu menulis lirik tersebut beserta dengan melodinya. Penggubah lagu boleh buat irama dan nada tapi kadang-kadang gagal memberi kata di sebalik nada yang dicipta.

Pada pendapat saya AJL bermaksud juara lagu bukan lagu popular. Pastinya kemenangan sesebuah lagu merangkumi semua. Gubahan asal, ciptaan lirik dan juga cara penyampaian diambil kira oleh pihak juri. AJL bukan anugerah lagu popular berdasarkan penerangan dari ketua juri M. Nasir dan di sokong oleh juri-juri lain termasuk Kak Chah. Kak Chah, Cenderawasih dan keluarga Hassan tidak banyak lagi menulis lirik untuk anak-anak muda sekarang. Alasan yang boleh saya fikirkan adalah tidak ada lagi penyanyi yang mungkin boleh membawa lagu-lagu ciptaan mereka dan juga tidak ada lagi penyanyi yang mempunyai suara seperti Francesca, Jamal, Nash, Sheila Majid dan ramai lagi orang lama. Suara lunak yang mengasyikan membuat lagu-lagu nyanyian orang lama juga di katakan menggamat suasana malam AJL. Walaupun saya tidak menonton sehingga akhir rancangan tapi pastinya nyanyian Kak Pah, Ziana dan Siti membawa kita kepada era kemenangan mereka dan dimana lagu mereka masih lagi jadi siulan anak muda masa kini.

Walaupun kurang arif dengan “sengketa” kemenangan Ana Raffali tahun ini mungkin ada baiknya orang-orang lama seperti Kak Chah, M Nasir dan lain-lainya cuba cipta lagu untuk Faizal Tahir, Shahrir, Adira, Yuna dan mungkin juga untuk Ana. Kita lihat pula bagaimana sentuhan orang lama ini menaikan nama generasi baru dan kita lihat juga sambutan dari orang ramai.

Banyak lagi lagu-lagu yang menikam jiwa seperti Senyumlah Kuala Lumpur, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Siapa Dia Sebelum Daku dan senarai akan menjadi lebih panjang andainya kita huraikan satu persatu. Saya sertakan lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama dengan liriknya sekali dan sekiranya ada yang boleh mentafsir dan merungkai maksud lirik lagu ini silalah berkongsi. Mungkin dari sini dapat kita fahami alasan yang diberi M. Nasir tentang kemenangan Ana Rafalli tahun ini.

Bagaimana pendapat anda wahai juri-juri yang berpengalaman? Saya tetap tabik lagu-lagu ciptaan anda serta lirik yang ada masih menyengat hingga kehari ini.

Owned and written by : Sanaa 11/01/11

2 Responses

  1. Tambah sikit. Tak salah kalau nak mengutarakan pendapat atau pendirian masing2 coz there is no right or wrong answer. It’s juz a matter of opinion.

  2. “hanya Jauhari yang mengenal Manikam”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: