• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Inilah Bahagia (1)

Inilah Bahagia di tulis hamba
Ketika berangan cjolimoli sudah berkeluarga
Anak perempuan adalah yang ketiga
Zahrah Sophea diberi nama

Lalu teringat kisah lama
Bagaimana boleh hamba bercerita
Sejak pagi Yezz melambai mesra
Hamba tatap hingga terleka

Terbayang Amina Sophea depan mata
Ayah dan Ibu duduk di antara
Itulah panggilan buah hati tercinta
Zahrah Sophea hadir menambah bahagia

Nampaknya Sophea nama bermakna
Dalam hidup sepasang teruna dara
Mulalah angan hamba terbang merata
Di atas buaian Sophea dan ayah duduk bercerita

Ayah ayah…anak yang comel memanggil mesra
Ayah sayang ibu banyak mana
Tersenyum ayah mendengar soalan anaknya
Lalu ibu tersembul di muka pintu pula

Senyum meniti untuk isteri
Yang hadir duduk di hadapan kini
Sophea tanyalah ibu sekali
Permintaan ayah Sophea penuhi

Ibu Ibu…ibu sayang ayah banyak mana
Hmmm kenapa tiba-tiba Sophea bertanya
Lahhh…ayah dan ibu sama sahaja
Sophea tanya tak jawab pula

Ayah dan ibu terus ketawa
Melihat telatah anak yang comel dan manja
Entah kemanalah perginya abang berdua
Kerisauan ibu hadir secara tiba-tiba

Sophea masih dipangkuan ayahanda
Entah apa dingomel mata liar pandang sini sana
Banyak mana Sophea sayang ayah dan ibu pula
Ibu bertanya Sophea yang manja

Mata Sophea memandang berdua
Ayah dan ibu berselang seli adanya
I love you ibu…Sophea berkata
I love you ayah…ciuman ayah terima

Sophea memandang ayah penuh manja
Lalu turun mendakap ibu pula
Erat sungguh dakapannya
Ibu membalas dengan penuh kasih yang ada

Dari jauh kedengaran bunyi
Suara anak berdua datang berlari
Kayuh basikal laju sekali
Penatlah atok yang mengekori

Duduk di kampung enak sekali
Bersama atok ke kolam ikan keli
Usaha ayah dalam projek tani
Kini hasil telah dapat di nikmati

Ayah…tadi kami panjat pokok rambutan
Terbeliak mata ibu mendengarkan
Cool ibu kami bukan orang perempuan
Abang berdua menyahut cabaran

Cabaran dari siapa?
Dada ibu kini turun naik pula
Risau mendengarkan anak berdua
Memanjat pokok bila ayah tiada bersama

Atok cabar kami sejak tadi
Jadi kami sahut cabaran di beri
Ayah dan ibu tidak boleh ketahui
Sekarang Atok hutang kami makan KFC

Amboi amboi pandainya cucu berdua
Beritahu ayah dan ibu perkara yang tiada
Sejak bila pandai bohong pula
Hmmm atok geram tidak terkata

Ok Ok…ibu dah sedia maklum taktik semua
Atok cucu ayah sama sahaja
Nak kenakan ibu dengan segala cerita
Belakang ibu kamu semua ketawa

Eh eh kenapa ayah dituduh juga
Tidak tahupun rancangan mereka
Janganlah sayang abang nak marah pula
Tengok tu muka dah merah menyala

Helo helo atok berkata
Jangan gaduh ibu tak menang punya
Kita berempat ibu seorang saja
Lagilah ibu tarik muka

Give me five…cucu dan atok bersenda
Ibu menjeling ayah ketawa
Alahai sayang abang…pipi dibelai manja
Darah ibu naik tak semena-mena

Ibu menahan marah yang ada
Oleh kerana geram pada semua
Atok anak suami sama sahaja
Kalau berpakat ibu yang kena

Cepat-cepat mandi semua
Atok beri arahan pada cucu berdua
Hah ibupun siaplah sama
Nanti kita keluar atok yang belanja

Yeah yeah tepuk sorak dari cucu bertiga
Gembira kerana Atok bersama mereka
Beruntung sungguh Uda dan Dara
Hidup berkeluarga penuh bahagia

Kini kehidupan mereka sempurna
Anak-anak membesar dengan kasih ibu bapa
Contoh yang baik untuk kita semua
Hidup bermuafakat dari sejak mula

Masa mula berumahtangga
Uda dan Dara duduk di luar negara
Jauh dari segala fitnah melata
Membina keluarga mencari rezeki juga

Angan-angan hamba berhenti di sini
Bila-bila senang sambung lagi
Mungkin ada flashback majlis kenduri
Gilang gemilang akad nikah cjolimoli

Kalau rasa tension datanglah sini
Tak ketawapun senyum sendiri
Blog ini tiada gossip semua happy
Temberangpun jabatan cukai tak cari

Selamat beristirehat buat teman-teman
Jangan stress dan keresahan
Nanti sakit masuk angin satu badan
Tiada kerja yang dapat dibereskan

Bye bye hingga bertemu lagi
Teruskan doa untuk cjolimoli
Untuk menang pelakun popular ABPBH tahun ini
Dapat berita untuk lompat tinggi-tinggi

Owned and written by : Sanaa 13/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: