• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Jomlah Ke Menara

Hamba mendapat email segala
Bertanya apakah kabarnya Uda dan Dara
Mengharap hamba menyampai berita
Kalau-kalau ada pertemuan rahsia

Jeng jeng jeng…pertemuan rahsia?
Terbeliak mata hamba membacanya
Issh itu pasti bukannya Uda dan Dara
Mereka jumpa cari-cari barang sahaja

Apakah barang yang mereka cari
Nak kata beli tersilap istilah di beri
Kalaulah hamba yang bertanya cjoli
Pasti hamba terima jawapan pasti

Lalu hamba hantar carpet dan teropong
Mencari dimanakah mereka menghilang
Daftar masuk telah diulang-ulang
Tiada nama tertera mereka bilang

Kenapa dicari di KLIA saja
LCCT dan Subang ada pesawat juga
Aduhh itulah bahana
Sebab lama tak buat kerja

Apalah kamu sang pencerita
Buat story tanpa usul periksa
Dara shooting Uda tunggu dengan setia
Kamu bilang mereka keluar negara

Oh ya ke? Dara masih shooting rupanya
Eh betul ke Uda menunggu di sana
Hamba tak nampakpun kelibat Uda
Kamu lagi pandai mereka cipta

Lahh kereta hitam tu siapa yang punya
Kalau bukan milik si Uda
Sejak tadi dok parking bawah pohon sena
Hanya plate ditutup agar tidak diketahui sesiapa

Kepala tak gatal digaru hamba
Anak buahku lagi pandai rupanya
Kalah wartawan akhbar ternama
Speku direka kena dengan gaya

Gapena tu letaknya dimana?
Bertanya pula anak buah hamba
Entah saja jawapan yang ada
Kerana disitu katanya Dara bekerja

Uda tunggu dengan rela
Sambil melihat telatah si Dara
Terlupa skrip secara tiba-tiba
Sebab jeling menjeling dengan Uda

Uda buat tidak tahu sahaja
Geram Dara melihat pula
Memang tahu Uda mentertawakan dirinya
Suka Uda memang tak terkira

Oii wartawan jomlah sama
Ini baru speku kena mengena
Dalam Malaya tak terbang kemana
Adalah logik bukan sekadar cerita

Ishh teropong apa kamu berkata
Mencabar siapa tidak semena-mena
Sang Pencerita duduk relax saja
Tulis cerita datangnya dari hamba

Baju merah di pakai Uda
Kekuningan pula baju si Dara
Rambut lurus nampak cengkung pula
Kasihan sungguh hamba melihatnya

Penat bekerja sekian lama
Belum berehat sepenuhnya
Lepas ini tentu Uda yang bawa
Ke gerai makan kesukaan berdua

Topi adalah identiti Uda
Dipakai olehnya hampir setiap masa
Klik camera hamba merakam segala
Penantian Uda berakhir juga

Jalanlah mereka bersama-sama
Menuju ke kereta pulang berdua
Teropong dan carpet bersiap sedia
Mengikuti mereka kedestinasi selanjutnya

Dalam kereta Uda bertanya
Sayang abang nak makan dimana
Dara membalas dengan senyum manja
Kemana saja asalkan bersama

Aduhh nasib baik carpet berhati-hati
Kalau tidak pasti terjatuh tadi
Mendengar jawapan cjoli beri
Cair agaknya hati moli

Ok kalau macam tu kita jalan sahaja
Seloroh pula Uda pada Dara
Janganlahhh rayu Dara disisinya
Lapar dah niii…Dara terus berkata

Tadi dinda juga yang berkata
Kemana saja asalkan bersama
Tapi kanda yang bertanya
Nak makan dimana?

Salahkah jawapan yang dinda beri
Jangan diputar belit kataku ini
Perut sudah lapar sejak tadi
Ada nanti kanda ku jadi santapan diri

Oh ya terlupa pula kekasihku ini
“Vampire” gelaran diberi
Kalau marah bagai gunung berapi
Diriku sanggup dijadi santapan diri

Kanda ada tempat untuk kita hari ini
Di atas menara jom kita pergi
Hehh tak mahu…jeritan Dara beri
Uda ketawa wajah Dara berubah kini

Cubitan juga hinggap dipipi
Sakitlah…jerit Uda tak terperi
Rasakan…siapa suruh menyebut tadi
Geram Dara pada sibuah hati

Hehehe kami dengarpun ketawa
Itulah usik mengusik bawa bahagia
Hamba pun reka saja cerita
Untuk senyum-senyum lepas tension bekerja

Andainya pengumuman dibuat mereka
Memang hamba tak tidur jawabnya
Kasihan sungguh pada tukang cerita
Yang heboh diakhbar sana

Penatlah cerita Dara di reka
Tidak ada seorangpun yang percaya
Hati yang satu telah ada empunya
Berdiri kukuh dalam segala cuaca

Begitu juga halnya dengan si Uda
Sayang abang itulah dia
Dirindui pabila lama tidak bersua
Bila bertemu bergaduh pula

Itulah merpati dua sejoli
Yang diteropong sejak tadi
Untuk disiarkan berita terkini
Jam 8 ke Menara kita pergi

Selamat bertugas cjolimoli
Baik-baik jaga diri
Sokongan kami padu tahan diuji
Hujan panas walaupun gunung berapi

Buat teman-teman sekalian
Inilah coretan sekadar selingan
Untuk tatapan teman budiman
Ketika berehat minda dan badan

Owned and written by : Sanaa 17/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: