• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

VIP Access

Hari ini kerja banyak tak terkira
Kepala juga sudah berdenyut adanya
Tiba-tiba seorang teman berkata
Betulkah Dara sudah berpunya?

Soalan apa yang tuan hamba bertanya
Dara memang telah lama berpunya
Hanya nak tunggu berita di TV3
Seloroh teman-teman pejabat yang ada

Teman tadi baru membaca lapuran
Di Harian Metro cerita masih dikeluarkan
Aduhh rupanya dibaca setiap baris dan perkataan
Siapakah VIP yang menjadi tunangan?

Tersenyum hamba mendengar pertanyaan
Lalu Uda dan Dara menjadi topic perbualan
Sambil berehat dan bergosip-gosipan
Berbagai andaian dan juga kupasan

Apabila dibaca setiap baris dan perkataan
Hamba diam hanya mendengarkan
Lalu bertanya pula seorang teman
Apakah Uda yang menjadi tunangan?

Hampir tercekik makanan yang ditelan
Biar benar itulah anggapan
Benar sungguh tuan hamba jika diperhatikan
VIP tu adalah Uda..tidak lain dan tidak bukan

Nanti dulu wahai kawan-kawan
Kenapa kesitu fikiran dan tafsiran?
Ini gossip dah jadi keterlaluan
Sang Pencerita bimbang nanti dipersalahkan

Wahai sang pencerita yang budiman
Berpantun pula seorang rakan
VIP tu maksudnya orang yang pentingkan?
Uda dan Dara sering bersama mengikut lapuran

Ternganga terlopong teman yang ada
Mendengar tafsiran seakan percaya
Janganlah pening dan juga terpedaya
Risalah ini hanya untuk mengaburi mata

Uda dan Dara sering di lihat bersama
Andainya dah bertunang…siapakah orangnya?
Tidakkah cemburu tunang dibawa kesini sana
Oleh “teman” lelaki sepanjang masa?

Cubalah fikir logik perkara
Beriya benar teman ini berkata
CSI caripun tak boleh jumpa
Kak Rock tanya Dara hanya ketawa sahaja

Tidak silap dalam fikiran hamba
Betul tak teori hamba wahai sang pencerita?
Cuba ditulis dari mula berita
Marilah kita sama-sama menghuraikannya

Ishh pening sudah kepala sang pencerita
Anak buah sudah pandai pijak kepala
Cerita diakhbar hendak disiasat sahihnya
Kini berkata Uda adalah tunangan Dara

VIP Access kini melapur berita
Setelah diselidik dari segala sudut cerita
Kemana saja mereka berdua
Tentulah dah ada termeterai perjanjian bersama

VIP dan cari barang alasan semata-mata
Wujud VIP demi mengorek rahsia
Tidak diketahui VIP itu sentiasa disamping Dara
Siapa lagi kalau tidak Uda yang kacak lagi bergaya?

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Jangan nanti Uda datang bertandang
Menuntut bukti cerita tersebar

Alahai sang pencerita takut dicabar
Selama ini menulis tidak ke tersasar
Berita sensasi inilah kabar
Dinantikan orang dengan penuh sabar

Why la you duduk menung-menung
I tell you just on finger no ring
In heart says you are my darling
Let’s play around get wartawan pening

Now sang pencerita also tak terkata
This story VIP Access saja yang ada
You go and read setiap baris ditulis mereka
Anak buah sang pencerita jadi batu api pula

If this story go to TV3
Sure itu agensi akan berkata
Inilah doa dan masin mulut mereka
Bulan Oktober 2009…ingat tak semua?

Sang Pencerita kini sedang urut dada
Kerja yang banyak terbengkalai adanya
Uda dan Dara topic bercerita
Dari satu meja ke satu meja pula

Logiknya memang amat ketara
VIP tu bukannya mesti orang berniaga
Yang melekat dihati sayang sentiasa
Ahli keluarga dan kekasih VIP juga

Kepala yang pening hilang secara tiba-tiba
Satu panggilan menggamat suasana
Akhbar semalam yang ditatap mereka
Menjadi cerita kita disenja kala

Sah dan sahih itulah kata mereka
Janganlah dalih lagi wahai Uda dan Dara
Kasihanlah kami yang mengharap sentiasa
Bilalah pengumuman dari kamu berdua

Semua orang menadah tangan
Memohon doa semoga dipermudahkan
Perjalanan kekasih yang menjadi idaman
Kami menanti juga dalam debaran

Hasrat dan impian pertama tertunai sudah
“Adam dan Nur” dialam nyata nampak terserlah
Kini menanti saat jodoh dipermudah
Semoga Allah memakbul tanpa gundah

Itulah doa yang tetap ada
Tidak pernah lekang walau badai melanda
Benar sungguh wahai Uda dan Dara
Jangan sesekali dianggap kami gila

Pejabat kini kembali sepi
Kerana kerja tidak siap lagi
Namun selingan ini akan kembali berbunyi
Bila night shift datang melapur diri

Oleh itu biarlah hamba undur diri
Sebelum pantun lari dari isi
VIP Access cerita untuk hari ini
Ingin ku dengar comment cjolimoli

Sang Pencerita tersenyum sendiri
Bila membaca dan juga mengingati
Kisah cjolimoli memang tidak berhenti
Setiap hari ada saja diskusi

Esok esok kita cerita lagi
Manalah tahu terjah VIP menjadi
Front page ternganga dan terlopong nanti
Uda dan Dara telah bertunang kini

Hehehe memang sang pencerita syok sendiri
Kerana itu kena berhenti disini
Lagi panjang lagi mengarut nanti
Selamat malam teman-teman yang dikasihi

Owned and written by : Sanaa 18/01/11

2 Responses

  1. Personally, I think it’s high time for this couple to announce whether they r into each other or juz cloze friends. Let’s put an end to this matter. The fans deserve to know the true facts. What’s the point of keepin it as a secret when everybody knows that they often went out together. Udah le tu Remy dan Tiz. Buat press statement ajelah. Both of u are grown adults. Apa yg nak dimalu dan ditakutkan? Klu benar, maka benarlah dan klu tak benar, maka tak benarlah. Tapi klu tak benar, jgnlah slalu kelihatan bersama. Mcm2 berita bleh timbul esp from the media. Nnti penin dpat, sakit dpat dan malu pun dpat …. hehehe.

  2. red lompat tinggi tinggi…..cjoli moli tak pernah ku lupa mendoakan kamu…..yg gitu gitu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: