• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Alahai Duit

Sejak pagi memulakan kerja
Tidak sempat nak berangan adanya
Walaupun Uda dan Dara di depan mata
Hendak menulis hilang pula idea

Di waktu rehat sang pencerita membaca
Akhbar Berita Harian menulis rencana
Satu kemalangan berlaku diLebuhraya
Melibatkan kenderaaan membawa syiling adanya

Kemalangan berlaku diLebuhraya Utara Selatan
Wang syiling dilapurkan bertaburan
Lalu berhenti orang-orang dijalan
Mengutip wang yang berserakan

Anehnya tidak pula ditulis dalam berita
Apakah yang terjadi kepada kenderaan yang membawa
Pemandu dan mungkin juga kelindan yang ada
Terukkah mereka ataupun cedera ringan sahaja

Tak sayang nyawa agaknya semua
Sanggup mengutip duit di atas jalanraya
Dahlah duit itu bukan kita yang punya
Kalau ada kereta bukankah merbahaya

Rencana ditulis tidak sempurna
Lapuran hanya turut berkata
Plus menyodok duit tutup jalan sementara
Apa yang terjadi pada tuan empunya

Lalu teringat hamba sewaktu bekerja
Perihal duit yang dibawa kesini sana
Menunggu juga amatlah tersiksa
Kerana jadual tidak diberitahu sepenuhnya

Pengawal keselamatan tugas bahaya
Membawa duit untuk semua
Dihantar kepada bank-bank ternama
Untuk urusan perniagaan berjalan sempurna

Pengalaman hamba ngeri juga
Menunggu wang dari tempat rahsia
Tidak muncul-muncul van yang membawa
Akhirnya diberitahu van dirompak pengawal tercedera

Bila berita itu yang hamba baca
Tidak sanggup untuk berkata-kata
Boleh pula orang berebut mengutip segala
Tidakkah sayang nyawa yang ada

Andainya ada kereta yang datang
Tidak sempat lari bagai mengundang malang
Lalu dilanggar patah tulang
Berbaloikah mengutip duit orang?

Memanglah duit banyak guna
Dikutip begitu senang sahaja
Tanpa berfikir segala bahaya
Lalu dibelanja ikut suka

Hmm entahlah sang pencerita tidak terkata
Pantun ini sekadar mengingat sahaja
Andainya ada kejadian yang serupa
Ingatlah keselamatan diri dan bahaya

Mungkin yang membawa saudara kita
Pengalaman yang ada mengajar hamba
Kasihanilah mereka yang bekerja
Harapnya duit dikutip dipulang semula

Semoga ada sambungan rencana
Apa yang terjadi kepada sipembawa
Kerana berita tidak melapurkannya
Harapnya tidaklah teruk tercedera

Itulah yang dapat hamba cerita
Pengalaman dilalui sedih terasa
Walaupun kemalangan tidak meragut nyawa
Namun tetap tugas membawa wang adanya

Selamat menikmati makan tengahari
Kepada teman dan rakan hamba di sini
Nanti hamba cari dimana cjolimoli
Kita sambung cerita petang nanti

Owned and writted by : Sanaa 19/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: