• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Tinggal Serumah

Siapa bilang gadis Melayu tak menawan
Kini sudah ada tinggal bersama pasangan
Tanpa nikah semua boleh jalan
Canggih sungguh wartawan buat liputan

Wahh ini cerita terbaru dari murai
Sahihnya memang sukar nak dihurai
Jangan nanti wartawan murai kena kirai
Oleh VIP yang penuh dengan perisai

Sudah tidak ada lagi adap dan sopan
Tidaklah hamba tahu segala tujuan
Jauh sekali berkenal dengan Dara pujaan
Tapi ini sudah melebihi batasan

Terlalu sukar untuk hamba membeza
Pertanyaan atau fitnah yang melanda
Satu bulan ada dua cerita
Yang menggegarkan dunia si Dara

Tidak lama dulu berita di terima
Berbulan madu jauh di luar negara
Ataupun bertunang mendahului cerita
Peliknya tinggal serumah dengan Uda

Wahai murai tulisan hamba memang tidak kemana
Tapi ingatlah kita ni manusia yang hina
Jangan ditambah kehinaan yang ada
Dengan menimbul cerita tiada buktinya

Kerja wartawan menulis cerita
Janganlah fikir gossip ditulis mengikut suka
Nanti hamba bimbang Allah turunkan bala
Tak sempat mengucap mati dalam dosa

Hamba ni bukannya manusia mulia
Cuma sedih dengan perangai orang kita
Bila nama naik dengan bakat yang ada
Membantu tidak menjatuhkan pula

Dah terang juga Dara berkata
Memang benar Uda datang kerumahnya
Pasti sudah diketahui ayah dan bonda
Kerana Dara masih tinggal bersama keluarga

Nak dibuat apa tuduhnya begitu
Apakah murai sendiri yang mahu tahu
Hubungan insan senyum menggoda selalu
Sehingga gambarpun dicari begitu

Entahlah murai…hamba hanya ingin berpesan
Janganlah diikut sangat kehendak nafsu dan syaitan
Menulis juga sumber pendapatan
Biarlah berkat orang terus mendoakan

Kepada Dara yang menjadi bahan
Harap bersabar menghadapi dugaan
Walaupun pastinya ada api kemarahan
Selawat dan zikir mohon kekuatan

Semoga Allah terus memberi
Rahmat dan juga dilindungi
Dari fitnah dan segala keji
Yang benar akan terbukti juga nanti

Sokongan hamba sekadar menulis disini
Tidak dapat untuk lebih memberi
Bersama doa juga hamba iringi
Teruskan usaha janganlah berhenti

Owned and written by : Sanaa 19/01/11

******

Teks: zyzamani

KUALA LUMPUR 19 JAN 2011: Baru sahaja menginjak populariti, nama aktres Tiz Zaqyah tidak henti diselubungi kisah kontroversi. Satu per satu kisah kurang enak mengenainya diperkatakan bermula dengan kisah cintanya bersama aktor Remy Ishak, diikuti kisah dicop sebagai penganggu cinta Fasha dan kekasihnya Jejai, dan selepas itu gosip menagih cinta anak golongan kenamaan (VVIP) pula kedengaran.

Belum pun surut segala kisah tersebut, nama Tiz kembali menjadi tumpuan apabila kisah cintanya bersama Remy dibangkitkan semula. Keintiman mereka semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula.

Menafikan perkara tersebut jelas aktres berusia 22 tahun itu, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

“Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya,” katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi.

Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini.

“Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya,” jelasnya lagi.

Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, wanita berbintang Scorpio ini menjelaskan cinta masih belum bertamu dalam dirinya sementelah dia masih lagi muda dan banyak lagi perkara perlu difokuskan.

“Fokus saya kini hanya untuk kerjaya. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memperkembangkan kerjaya dan diri saya. Saya masih muda dan belum terfikir ke arah cinta.Biarlah masa dan waktu menentukannya,” katanya mengakhiri perbualan.

Compiled by : Sanaa 19/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: