• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Apa Dah Jadi?

(lagu sebagai hiasan dan boleh juga dijadikan panduan)

Kepala sakit tak semena-mena
Sejak semalam masih lagi terasa
Namum mata buntang bila dapat berita
Cjolimoli dilihat semalam bersama-sama

Lalu duduklah sang pencerita
Berangan kononnya nak menulis cerita
Cjolimoli bahagia bersama
Beli apa ya…seharian lama

Yang hanya terbayang dimata
Manja dan asyik bergurau senda
Melepas rindu kerana lama tidak bersua
Itu saja yang hadir dibayangan hamba

Ada dah jadi dengan segala imaginasi
Lokek sungguh sekarang cjolimoli
Tidak lagi membenarkan hamba meneliti
Kebahagian mereka akhir-akhir ini

Aduhh duhh mana tahan
Kalau sang pencerita kehilangan
Cerita jenaka pasangan sepadan
Haii kenalah berjumpa ahli nujum minta ditajamkan

Lalu hamba mencongak sendiri
Apakah kerana cinta dan kasih kukuh berdiri
Belum lagi mahu di kongsi
Bersama rakyat Malaysia yang ternanti-nanti

Ada juga kabaran diterima
Cinta mereka biarlah rahsia
Kalau dijaja menjadi cerita
Yang tidak elok di kata semua

Betul juga kabaran di bawa
Cinta dan kasih bukan untuk dunia
Sekadar hati mereka mengetahui segala
Dalamnya cinta yang dirasa

Ketat sungguh rahsia terkunci
Sehingga hamba gagal menembusi
Kalau dahulu dapat di telek sehari-hari
Sekarang sedikitpun susah nak cari

Setengah hari sudah duduk berangan
Hanya tawa dan senyum yang kelihatan
Gurau senda serta cubit-cubitan
Tidak dapat hamba bayangkan

Kabaran lagi hamba terima
Sayang abang panggilan buat Dara
Apa pula panggilan Dara untuk Uda
Abang sayang tak manja pula bunyinya

Haishh teropong dan carpet garu kepala
Apa dah jadi dengan sang pencerita
Semalam sudah dikabar mereka bersama
Masih tidak boleh menulis cerita

Wahai teropong bijak bistari
Apakah sudah ada paduan janji
Rahsia hati dikunci dipateri
Sehingga hamba gagal merasai?

Relax relax wahai sang pencerita
Tugas CSI baru nak bermula
Sudah dua malam katanya tak lena
Dah dibuka semula ke agensi lama?

Itulah carpet yang bijaksana
Sekarang cerita dah jadi serius adanya
Dah berbincang pula nak keluar negara
Selepas nikah kerana cjoli nak belajar semula

Sudah dua malam agensi membuat kupasan
Apakah cjolimoli sedang membuat perancangan
Mungkin meninggalkan bidang hiburan
Cjoli sambung pelajaran moli pula mulakan perniagaan

Oh no wonder no gurau senda
Mereka sedang serius membuat rencana
Janganlah sang pencerita berduka nestapa
Gurau senda ditulis esok lusa

Terima kasih carpert yang bijaksana
Dah diteropong apakah dibeli mereka
Barang besar ada orang berkata
Sehingga cjoli tidak tidur lena

Jangan difikir barang yang dibeli
Sekarang fokus pada cjolimoli
Manakah nanti destinasi ditujui
Pelajaran disambung sesudah menjadi isteri

Aduhai carpet hamba ini masih buntu lagi
Segala ruang tidak dapat hamba tembusi
Hanya dapat melihat cinta kukuh berdiri
Susah senang sama-sama diharungi

News update…cjoli memasang sendiri
Barangan yang dibeli bersama moli
Kini barang telah siap dirapi
Mungkin cjoli sedang mengemas lagi

Update dibawa oleh carpet tadi
Entah dari mana ditelek dan dicari
Kita terima pakai sajalah apa diberi
Supaya tidak ada yang ketinggalan keretapi

Kalau begitu cukup untuk hari ini
Apa kata kita telek malam nanti
Sekarang ini sang pencerita stress lagi
Relax cool mesti ada yang dapat ditembusi

Terima kasih sokongan berdua
Nanti malam kita cari mereka
Dashing road tour atau set Barajiwa
Untuk kita rakam segala cerita

Apa dah jadi tajuk utama
Oleh sang pencerita yang hilang punca
Cjolimoli makin pandai berahsia
Sekelumitpun tidak nampak dek hamba

Ok dulu wahai kawan-kawan
Mungkin stress yang keterlaluan
Sang Percerita hilang panduan
Untuk menulis perihal pasangan idaman

Akan tetap hamba usahakan
Semoga teman-teman tidak ketinggalan
Update semasa yang sering dinanti-nantikan
Cjolimoli pasangan sepadan

Owned and written by : Sanaa 21/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: