• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Anak, Ayah dan Ibu

Hujung minggu baru berlalu
Tentunya keluarga datang bertamu
Adam dan Nur pulang ke kampung seperti selalu
Menziarah mak beranjak usia setiap waktu

Amina Sophea jadi mainan
Kerana keletah murah dengan senyuman
Mengada-ngada dan manja boleh tahan
Itulah perangai anak perempuan

Cakap pelat susah nak di fahamkan
Nasib baik penterjemah ada di kiri kanan
Ada perkara ibu juga tidak dapat huraikan
Kak Sulis dan abang penyelamat keadaan

Anak ayah nakal dan mengada-ngada
Nanti ayah cubit baru dia rasa
Sophea memandang tidak berkelip mata
Lalu dijawab apa yang ayah kata

Napa ayah akap ngan Phea cam tu? (Kenapa ayah cakap dengan Sophea macam tu)

Ibu tersenyum ayah diam tidak terkata
Anak bertanya kenapa cakap begitu gaya
Jawaplah ayah yang bijaksana
Pelat atau tidak Sophea sudah bertanya

Ayah dan anak main pandang-pandang
Mata melirik macam ada air bertakung
Gerun anak melihat ayah merenung
Sophea mengawal bagai nak bertarung

Phea aik tak aughty iibu (Sophea baik tak naughty ibu)

Ibu dan Tok duduk memerhati
Angguk tidak geleng tidak diam berdiri
Mata Sophea melirik lagi
Seolah-olah menagih simpati

Cakaplah dengan ayah…ibu meminta
Ayah gurau atau benar berkata
Sophea anak baik kerana ibu yang jaga
Nakal ayah Sophea yang mewarisinya

Adam memandang isteri dengan manja
Betulkan bang…tak salahkan Nur berkata
Mata dikenyit senyuman di beri mesra
Anak dan isteri memang pandai memujuknya

Aayah..phea tak aughty (Ayah, Sophea tak naughty)

Ayah memandang gelagat Sophea
Kaki melangkah berlari manja
Bila ayah senyum hulur tangan padanya
Dakapan ayah erat dirasa

Terbit pula hilai dan tawa
Bila Sophea di geletek ayah tercinta
Sophea tak naughty manja sahaja
Macam ibu dah terlebih lemak pula

Hehh jerit Nur dengan geram
Apalagi cubitan kena dengan mendalam
Aduhh sayang abang kalaupun nak terkam
Jangan siang-siang tunggu nanti malam

Lagilah cubitan datang bertubi-tubi
Ketawa Sophea turut mengiringi
Melihat ayah dan ibu bergurau kini
Jangan sayang…jatuh anak nanti

Sophea turun…ibu geram tak terperi
Tak puas selagi tidak dapat menyakiti
Gurauan suami yang tiada tapis lagi
Dah lama tidak dibuat tabiat begini

Nur nak tunjuk garang ya…Adam berkata
Mari Sophea kita kalahkan ibu..haik haik kata Sophea
Tangan di silang ibu diam seketika
Abang tak aci…Sophea diguna sebagai perisainya

Hehehe my advantage sweetheart…Adam mengusik lagi
Ibu alah ibu alah (ibu kalah)…Sophea ketawa geli hati
Oiiii dah tu…ada roboh rumah Tok nanti
Jerit Mak Jah dari dapur kini

Muuahh muuahh flying kiss Adam beri
Pada isteri yang geram tak terperi
Nanti abang…amaran di beri isteri
Of course abang tunggu layanan dari permaisuri

Oh chak kata Adam masih menyakat isteri
Cubitan hinggap di belakang ketika Nur mengejari
Bahu di peluk ciuman di beri
My two lovely girls…kata Adam dengan bangga diri

Senggeh dan senyum Sophea meniti
Nampak lesung pipit yang ada di pipi
Bilalah agaknya nak datang satu lagi
Sabarlah menunggu sang pencerita berilham kini

Aliya dan Tok senyum tak henti
Melihat telatah Adam suami isteri
Itulah bahagia yang mereka kecapi
Setelah dulu derita di harungi

Jealous Mak Long…Aliya berkata
Pipi Sophea di cubit mesra
Huhh Sophea menyapu pipinya
Atitlah ak long (sakitlah mak long)…cepat sahaja

Tok ketawa mendengarkan
Dah habis anak ayah dan ibu bercakaran
Sophea menggeleng macamlah tahu pertuturan
Ketawa semua oleh jenaka anak kemanjaan

Itulah ilusi sang pencerita
Setelah seharian bersama Sophea yang manja
Cakap banyak dan pandai pula
Pelat saja yang belum reda

Sophea memang suka berlari
Kalau di padang tak ingat lenguh di kaki
Berlari dan bermain girang di hati
Bahagia ayah dan ibu dengan sang puteri

Sang pencerita berhenti di sini
Ada ilham kita sambung cerita lagi
Selamat menikmati jamuan tengahari
Kepada semua kawan-kawan yang berkunjung di sini

Owned and written by : Sanaa 24/01/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: