• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Di Tepian Pantai

Pohon nyiur enak melambai
Di tepi pantai desa nan permai
Pasir putih tenang dan damai
Menyambut kedatangan ombak ke pantai

Teringat hamba pada lagu lama
Nak di cari tidak tahu penyanyinya
Oleh itu biarlah angan-angan saja
Ramai orang bermain di sana

Ada sepasang teruna dara
Menyaksi ombak dengan cerita
Rahsia hati di padu mereka
Tidak di kongsi dengan sesiapa

Cuaca panas tidak terasa
Dek angin yang menyapa mesra
Terbuai Dara dengan iramanya
Bersandar pula di bahu si teruna

Lama sungguh duduk memerhati
Gelagat kekasih merpati dua sejoli
Sedang enak di buai mimpi
Jeritan anak-anak bermain tidak di dengari

Hanya angin menyampai kata
Awan cerah menyapa juga
Masih terlentuk Dara dengan angannya
Teruna pula hilang entah ke mana

Macam kenal saja kata hati
Apakah itu cjolimoli
Teropong dan carpet telah mengesyaki
Itulah orang yang dicari-cari

Jangan diganggu mereka lagi
Biarlah mereka berehat hanya di perhati
Terlena joli di bahu moli
Lapuran dari carpet sebentar tadi

Moli pula asyik memerhati
Tiupan angin dan ombak selari
Entah apa di tulis Moli
Sajak agaknya untuk kekasih hati

Sang Pencerita tidak boleh menembusi
Hati sepasang merpati dua sejoli
Rahsia hati di simpan kukuh terpatri
Cuma sekadar memerhati di sini

Dara terjaga dari lena
Mata mereka bertemu mesra
Senyuman menyampai kata
Bahu Dara di rangkul manja

Sekeping kertas di beri Uda
Dara membaca terjaga segera
Uda hanya mentertawakan sahaja
Melihat kekasihnya sudah menyinga

Sebelum di cubit Uda terjun dari batu
Tempat istirehat mereka bersama angin lalu
Bercekak pinggang Dara di situ
Apalah yang jenaka benar adik-adikku?

Kejarlah…Uda mencabar
Dara pantang bila di dengar
Tanpa berlengah tanpa berfikir
Dara terjun terjelupuk ke pasir

Uda berdiri terus menanti
Dara geram bertambahlah lagi
Tangan di hulur digenggam kini
Uda pula tersungkur ke bumi

Hehh ganasnya kekasihku ini
Rasakan…Dara bersedia bagai nak bergusti
One two three lompat bagai Mohamad Ali
Uda ketawa berdekah-dekah dek geli hati

Dara buat tak tahu saja lagi
Masih dengan dush dush penumbuk berbunyi
Sudah tu sayang marilah sini
Tak elok orang perempuan ganas begini

No more trick…Dara masih berhati-hati
Kanda gurau saja dinda yang melebihi
Jatuh tadipun salah sendiri
Kenapa pula kanda yang di marahi

Kenapa dinda di cabar tadi
Lukisan pun menyakitkan hati
Hidung tiada telinga bergerigi
Apakah dinda haiwan yang menyerupai?

Lukisan kanda cantik sekali
Dinda lihat awan memang bergerigi
Kanda campur dua-dua sekali
Jadilah wajah dinda bila merajuk tadi

Selambanya Uda menyakat Dara
Merah dah muka yang putih adanya
Alahaii sayang kanda janganlah nak menyinga
Kanda hanya bergurau sahaja

Di hulur lagi tangan dengan mesra
Dara memandang masih tidak percaya
Senyum Uda melembutkan hatinya
Tangan di sambut dengan manja

Berpimpin tangan mereka berdua
Menyusuri pantai di awal senja
Hamba hanya mampu merakam itu sahaja
Selebihnya iringkan doa buat mereka

Rahsia hati tidak mahu di kongsi
Sekadar melihat gerak dan geri
Yang lain hamba cipta sendiri
Untuk kita sama-sama merasai

Begitulah ceritanya cjolimoli
Angan hamba berhenti disini
Yang pasti cinta kukuh berdiri
Walaupun dugaan dan cabaran masih banyak menanti

Cjolimoli pasti tabah mengharungi
Kerana kasih dan cinta yang suci
Bukan kebendaan yang di cari
Keserasian saling faham memahami

Doa kami teruskan di sini
Walaupun masih belum mahu berkongsi
Semoga cjolimoli di lindungi
Dari fitnah dan juga segala caci

Dengan itu hamba mohon diri
Lain kali di teropong lagi
Jangan lupa menonton joli malam ini
Gemilang bakal di tayang jam 9 nanti

Owned and written by : Sanaa 24/01/11

2 Responses

  1. salam san,

    Aduh….senyum senget juga red baca pantun awak ne…
    anywhere thanks….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: