• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Renunglah

Di awal pagi yang sunyi
Hamba terjaga seolah dari mimpi
Terus saja teringat pada cjolimoli
Cerita mereka yang makin sensasi

Perabut dibeli bersama-sama
Menjadi cerita di murai.com sana
Apakah cjolimoli saja berdua
Pasangan yang sering mencari idea

Walaupun lapuran tidak seteruk mana
Andaian dan anggapan orang amat berbeza
Tinggal serumah surut sementara
Pembelian perabot menjadi tanda tanya

Selepas itu datang pula berita
Kata orang merpati dua sejoli bergaduh sentiasa
Tidaklah hamba tahu duduk perkara
Laman web juga jadi sasarannya

Hidup moden hilanglah tradisi
Tidak lagi tersimpan rahsia hati
Andainya marah dan rajuk orang ketahui
Pasti di canang keseluruh negeri

Walaupun kita menafi segala
Di laman sana semuanya tertera
Susah pula nak di ubah cerita
Kerana yang membaca ramai sentiasa

Bijak manusia juga lagi di uji
Kerana kita hamba di bumi ini
Apabila sesuatu yang terjadi
Duduklah sebentar mengenang diri

Buruk dan baik dalam ujian
Ketentuan Allah janganlah di nafikan
Terima segala dengan keredhaan
Itulah sebaik-baik keputusan

Adat berkasih dan bercinta
Rajuk dan marah sebagai perisa
Cemburu juga rempah ratusnya
Namun jangan sesekali di salah guna

Sekeping hati pemberian Yang Maha Esa
Jagalah iya dengan sempurna
Apabila bertemu dengan pasangannya
Pupuk dan belailah dengan bijaksana

Dugaan dan cabaran hidup tidak berhenti
Begitu juga bila berkasih dan bercinta begini
Ketika jauh hati merindui
Dekat pula bagai gunung berapi

Berjauhan juga adalah ujian
Untuk menguji tahap kesabaran
Ikhlas dan jujur setia dalam ikatan
Barulah bahagia hidup berpanjangan

Setiap ujian ada hikmah di beri
Untuk melihat diri sendiri
Apakah akal dan hati bersatu kini
Atau berjalan sendiri-sendiri

Dunia selebriti jadi perhatian
Lebih-lebih lagi bagi pasangan sepadan
Rahsia hati tidak habis hendak di paparkan
Lalu tercetuslah sebuah “peperangan”

Duduk sebentar kala berdua-duaan
Singkap kembali segala pengalaman
Ujian dan juga pergaduhan
Manakah punca yang mesti diperbetulkan

“Sit back and review” kata pujangga
Tatkala perjalanan menjadi huru hara
Janganlah diikut marah yang ada
Kerana di sana tiada jawabnya

Selawat dan zikir amalan mulia
Tenangkanlah hati sebelum bermula
Kata sepakat di capai sempurna
Tiada hati yang akan terluka

Andaikata sehari dua tidak bersua
Rindu pula datang menyapa
Tanyalah hati betul atau mainan sahaja
Hanya diri sendiri tahu jawabnya

Nasihat dari teman dan rakan
Tidak semua yang boleh kita gunakan
Dengar dan ambil lalu buat kupasan
Yang buruk di buang yang baik jadi panduan

Jangan juga di taja kemarahan
Tepuk sorak nanti kedengaran
Ramai yang suka kepada percakaran
Akhirnya diri sendiri menderita keseorangan

Hubungan insan penuh keunikan
Setiap insan punya banyak persoalan
Cara hidup dan juga pendidikan
Membawa tafsiran yang berlainan

Itulah indahnya kejadian dan ciptaan
Kepada kita yang bergelar insan
Apabila bertemu corak di mulakan
Terbinalah jambatan perhubungan

Jambatan di bina penuh kepayahan
Berdiri kukuh kini atas keyakinan
Oleh itu datanglah ujian dan cabaran
Untuk diuji benteng pertahanan

Kisah cinta jadi perhatian
Cinta pertama tidak mudah dilupakan
Kerana itu rasa cinta perlu di simpan
Bukan untuk di jadikan tontonan

Namun kita hanya manusia biasa
Kadang-kala gagal mengawal rasa
Ambillah ikhtibar dari segala
Untuk melihat hubungan dari sudut berbeza

Ikatan hati dan paduan janji
Disempurna setelah hati bulat kini
Restu keluarga turut mengiringi
Semoga hidup berbahagia hingga akhir nanti

Andai pula masih ada sangsi
Leraikanlah jangan di tangguh lagi
Tidak baik untuk diri sendiri
Makin disimpan makin menyakiti

Bermaaf-maafanlah sesama kita
Kerana tidak akan merugikan sesiapa
Daripada duduk memendam rasa
Akhirnya hilang bahagia timbul derita

Pantun ini sekadar panduan
Kepada semua melihat keadaan
Bukan sahaja pasangan dalam percintaan
Hidup seharian juga perlu perubahan

Kerana itu rehatlah seketika
Apabila ada dugaan melanda
Melihat dan menilai mana silapnya
Lalu di betul dengan bijaksana

Kepada teman dan juga pembaca
Hidup ibarat roda berjalan sahaja
Sehingga sukar untuk menduga
Bilakah dugaan datang bersua muka

Oleh itu isilah hati dengan kekuatan
Untuk menghadapi cabaran dan dugaan
Pasangan berkasih juga tidak dikecualikan
Kerana itu wujudnya pertemuan

Inilah saja pantun dari hamba
Renungkanlah ketika ada masa
Pengalaman sendiri menjadi punca
Untuk berkongsi sedikit cerita

Berhati-hati di jalanraya
Apabila semua keluar bekerja
Selawat dan salam pada junjungan kita
Semoga semuanya sihat dan ceria

Owned and written by : Sanaa 25/01/11

4 Responses

  1. hi san, tq with pesanan..serta panduan..
    red dah kini tak keruan…
    pantun di baca bergegaran…
    jom kita berpacar pacaran…

    adios…v89..

  2. Hahaha …. klu ikut filem hidustan benor le mcm tu and itu yg teman dengor daghi sahabat2 teman. Personally and professionally, I don’t think so. Mintak maaf le and I retract balik ayat sya yg last tu.

  3. Wow! panjangnya panduan dan nasihat yg diberikan. I really wish both of them can read this article. Mmg klu bleh kita sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka but we r not in thier shoes. As u said, they need to ponder and resolve whatever problems that they have. Of course, their ongoing
    relationship will be put to test especially from all the gossipings. Moreover, both are from different background and have different views on shaping their future (if at all there is any). Hopefully, they will reach an amicable settlement in the end if indeed they do care for each other. Cinta akan mengatasi segalanya, tak gitu Cik Sana’a … hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: