• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • January 2011
    M T W T F S S
    « Dec   Feb »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • Archives

Aib

Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Itulah ibarat hidup orang yang berada di dalam industri seni. Gosip adalah cabaran dan dugaan yang mesti di harungi oleh setiap individu yang menceburkan diri dalam bidang ini. Dengan kemajuan teknologi terkini dan tanpa batasan, gosip yang tersebar juga sudah sampai ke tahap mengaibkan seseorang insan. Dunia moden dan mencabar ini juga sudah hilang identiti serta tata susila kehidupan. Apabila di tegur tentang apa yang ditulis atau dibual bicarakan Hollywood menjadi contoh. Apakah indahnya Hollywood sehingga kita lupa pada asal usul serta budaya kita di Malaysia? Hampir kesemua yang terlibat dalam industri seni adalah orang Melayu yang di katakan kaya dengan budi bahasa dan adab sopan. Di manakah hilang semuanya ini? Adakah kejayaan yang ingin di raih ataupun mahu di kenali oleh ramai lalu gosip di jadikan perantara. Atau sanggup lakukan apa sahaja asalkan nama tidak tenggelam selamanya?

Saya pernah terbaca yang seorang wartawan berkata tidak perlulah mengajar wartawan apa yang hendak ditulis. Lihat dulu diri sendiri baru bertanya kenapa wartawan menulis tentang mereka. Oleh kerana itu kalaulah boleh saya bertanya, kenapa adanya ruangan seperti soseh-soseh, jeling Kak Pora, geng murai dan sebagainya yang menulis cerita tanpa nama dan situasi? Kalau sudah wartawan berkata begitu artis juga akan berkata kenapa wartawan bersusah payah menjaga hal peribadi mereka? Melimpah lagi masalah negara di luar sana cuma kita tidak kenal siapa mereka lalu kisah mereka tidak dipaparkan. Kenapa wartawan tak beri bukti bila segala gosip di tuliskan mengenai artis-artis ini? Timbul pula pertanyaan dari kumpulan-kumpulan penyokong setiap artis.

Lebih kurang dua minggu yang lalu tajuk berita di murai.com bertulis “Tiz Zaqyah Nafi Tinggal Serumah Dengan Remy Ishak”. Ramai orang yang membaca dan meninggalkan komen mereka. Amat susah untuk saya percaya kerana apa yang di ketahui Tiz masih tinggal sebumbung dengan ibu bapanya. Apakah Tiz telah duduk sendiri? Pertanyaan pasti akan timbul bila membaca berita-berita begini. Tanggapan dan anggapan masyarakat pasti berbeza-beza bila berita begini di siarkan dan saya menyokong kata-kata Tiz Zaqyah amat sukar untuk mempertahankan diri apabila yang bercakap ramai dan lebih-lebih lagi Tiz dan Remy memang sering di lihat bersama.

Baru nak reda perkara tinggal serumah Tiz dan Remy sekali lagi memenuhi ruang murai.com dengan tajuk “Tiz Dan Remy Beli Barang Rumah Bersama”. Kedua mereka dilihat berada di IKEA pada hari Ahad yang lalu membeli perabot rumah. Rasanya ramai di antara kita yang pergi membeli belah dengan kawan baik lelaki ataupun perempuan. Ataupun ada yang pergi membeli belah dengan interior decor mereka. Pendapat lelaki perempuan dalam pemilihan selalu berbeza dan mungkin kerana itu Tiz dan Remy mengambil keputusan pergi bersama. Saya percaya kunjungan mereka ke sana adalah untuk membeli barang keperluan rumah masing-masing. IKEA seperti semua orang tahu ada pelbagai barang untuk setiap ruangan dan saya tidak nampak kenapa perkara ini diperbesarkan dan tentulah ingatan semua akan kembali kepada gosip yang masih berkata mereka tinggal serumah.

Oleh kerana arus kemodenan sekarang di mana pertemuan lelaki dan perempuan dah menjadi kebiasaan saya tidak nampak buruknya Tiz dan Remy dilihat bersama di IKEA. Tempat yang terbuka, pada hari Ahad dan orang yang ramai di sana. Ramai yang melihat mereka termasuk kalangan artis juga. Di manakah kesalahan ini diletakan? Kenapa asyik ditanya hubungan berdua? Kalau tidak silap saya dah acapkali Remy dan Tiz mengatakan mereka berkawan rapat semenjak mula berlakon bersama dan keserasian dalam drama dibawa keluar sebagai kawan. Kenapa amat payah bagi wartawan untuk menghormati kata-kata mereka? Lagipun sehingga kini Tiz dan Remy di katakan masih tidak punyai ikatan istimewa dengan sesiapa. Mereka selesa berkawan.

Gosip yang tersebar hanya bukan terhadap Tiz dan Remy sahaja, ia menyeluruh kepada artis lain juga. Namun sejak kebelakangan ini nama Tiz dan Remy seolah mendahului senarai di ruangan gosip. Makin banyak gosip yang tersebar makin ramai yang berkata dan kenapa gosip sekarang sehingga mengaibkan orang? Tajuknya sudah cukup untuk kita tidak percaya dan menjadi makin teruk dan parah apabila membaca isi kandung dengan ayat dan cara penulisan yang menunjukan Tiz dan Remy memang benar-benar duduk serumah. Namun bukti yang kukuh tidak di sertakan.

Di manakah bukti? “You are innocent until proven guilty” itulah yang di gunakan di dalam mahkamah apabila bukti tidak mencukupi atau menepati. Jadi di manakah bukti sehingga Tiz di wawancara begitu? Apakah juga para artis yang di gosip begini akan terus mendiamkan diri? Mungkin telah tiba masa para artis sendiri memikirkan jalan yang terbaik untuk bertegas dari gosip-gosip yang tidak berasas ini disebarkan. Sebagai pembaca saya merasakan tulisan atau gosip yang begini menyentuh maruah seseorang dan kebenaran mesti di tegakan.

Sama sekali saya tidak nafikan hubungan yang mesti ada di antara wartawan dan juga artis namun sejak akhir-akhir ini cara pendekatan wartawan dengan artis serta sebaliknya amat berbeza. Lumrah gosip memang tidak boleh di hapuskan tapi haruskah kita mengaibkan? Demi setiap tulisan saya terpaksa membuka ruangan gosip yang ada di alam maya, malu saya pada diri sendiri apabila membaca segala komen yang diberikan. Seolah-olah yang menulis di situ adalah mereka yang hidup penuh dengan kesucian tanpa ada noda-noda hitam dalam melayari kehidupan. Dengan ikon muntah, jelir lidah, tembak menembak dan sebagainya menjadikan perasaan benci pada seseorang meluap-luap dan ada yang berkata tidak akan menyokong Remy Ishak lagi kerana kini Remy bersama Tiz Zaqyah. Sebabnya mereka tak suka pada Tiz Zaqyah. Apakah ini kemajuan fikiran? Gelak sendiri apabila saya membacanya. Apakah mereka ini semua sudah lupa pada ketentuan yang Maha Esa?

Saya pasti Remy dan Tiz tidak tercuit dengan keadaan ini kerana mereka berdua berada di bidang seni dengan tujuan dan haluan serta alasan tersendiri. Dengan berkat ketekunan dan keyakinan serta kecekalan mungkin segalanya dapat di atasi dan kejayaan akan di raih setelah bukti di berikan. Dengan sendiri peminat akan menilai mutu kerja kedua mereka dan bukannya siapa Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di luar sana. Hubungan peribadi Remy Ishak dan Tiz Zaqyah tidak layak untuk kita menilaikannya kerana sebagai individu saya pasti mereka juga inginkan waktu sendiri dan bebas melakukan aktiviti sendiri.

Saya mengakui jika di izinkan memang ingin melihat mereka berdua di luar sana, sekadar melihat keserasian yang pernah ada di kaca tv dengan harapan banyaklah lagi ilusi menembusi. Itulah hasrat hati saya dan tidak sesekali ingin saya nafi. Kepada Remy dan Tiz berjuanglah demi bakat yang di beri serta dengan keikhlasan di hati. Walaupun gosip tidak akan berhenti namun akan tiba masa ia tidak mempunyai erti kerana akal yang cerdik dapat menilai permata yang tersembunyi

Written by : Sanaa 26/01/11

4 Responses

  1. tambah ramuan sikit…..wartawan pun nak jaga maruah juga…..sebab cari ‘makan’ yang ‘HALAL’…nanti gaji ‘bar’ siapa susah….increment tak naik woooo…..bonus tak ada….
    commentar bukan org nampak pun siapa di org….hari ini nama si polan…esok dia tukar nama dia jadi si penyek…..esok lusa dia tambah lagi jadi nasi penyek….nanti malam di tukar nama dia nasi katok …ip tetap sama unless dia byk lappy or dt….

  2. hi san….
    gossip ne kan mcm satu ayat jenis tak takut punya beria ia sgt kan mcm berbalas pantun..masing2 tunjuk terror..like dislike….pantang si polan ne salah statement..si polan yg lain mengamuk…memperli…tak ada benda lain ke..
    ada versi kan….menjadi jadi pulak…yg lain bersorak sakan…
    hehehe..kalau sebut ‘fitnah’ ayat ne org takut dosa…pastu lupa segala….konon boleh minta ampun punya…

    “moh sini bergosip sikit…” sikit tu yg sedap…boleh tambah perisa oren, pandan, sarsi…

    nasib org benua sana tak faham ayat kita, kalau tak di org gelak guling limpang…alam maya bikin org kita gaduh sakan..mental sakan….so upgrade sikit software….hehehehehe…

    cuba ada satu ruang di namakan ‘FITNAH’…mcm mana ekk…apa response yg terjelir, termuntah, tertembak, muka masam tu ….red nak tahu juga….agaknya sama kot…traffic HIT….

    atu yang nada tu naa….

  3. Tambah sikit. Mgkin inilah yg dinamakan gosip tapi biarlah berpada2 asalkan jgn menjatuhkan maruah seseorang. Klulah gosip tu terkena pada diri kita sampai menjatuhkan maruah dan keluarga kita, kan payah nak handle. Nak buat derk pun susah coz it will keep on coming. Sayang skali akal yg telah dianugerahkan kpd kita tidak digunakan sebaik mungkin. Sayang seribu kali sayang.

  4. Ate, klu teman le bapak Tiz atau bapak Remy, udah tentu teman lbh tahu dari segale2nya. Mane ade bapak yg suke nengok anak daranya duduk dgn lelaki yg bukan suaminye. Ngapelah media ni bodoh benar. Klu nak gosip skalipun, biarlah berlapik. Mahkamah pun perlu berdasarkan fakta kes dan keterangan saksi sebelum membuat sesuatu keputusan. Mmg pelik bin ajaib. Musykil … mmg musykil kepala aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: