• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Apalah Lagi Si Murai Ini

Walaupun hari ini hari cuti
Hamba kena kerja setengah hari
Terbantutlah segala imaginasi
Yang ada sejak pagi lagi

Entah kenapa murai.com hamba lewati
Ada lagi cerita Dara yang di kasihi
Cerita remeh temeh murai beri
Menarik perhatian pembaca sana sini

Aduhai murai tercabut ekor lagi
Namun kenapa Dara saja yang di sakiti
Apabila di baca segala isi
Ohh nak minta di betulkan penampilan diri

Di baris bawah lagi menyakitkan hati
Larry King di sebut dalam tulisan tadi
Murai jadilah “Larry King” di sini
Interview pula Hollywood celebriti

Teringin pula melihat murai berbicara
Setelah lama menjaja gossip sahaja
Tunjuk pula pada kami semua
Yang murai berpengetahuan dalam semua perkara

Ukur baju di badan sendiri
Bila menegur perlu ada diplomasi
Kalau berkata ikut suka hati
Teguran menjadi hina dan mengeji

Pssttt murai…hamba ada berita terbaru
Tidak lama lagi Dara jadi pengantin baru
Pakaian dan di tempah lama dahulu
Hebohlah murai…biar semua orang tahu

Dara nak nikah tahun ini
Konsep dah sedia tunggu apa lagi
Cerita kamu macam tu dah basi
Hamba bagi clue lagi sensasi

Carpet ternganga dengan cabaran
Sang Pencerita di anggap tidak siuman
Entah mana kabar berputaran
Di ambil murai silap-silap di paparkan

Hahaha sang pencerita duduk ketawa
Bila carpet menyuarakan rasa
Kalaulah murai yang sebarkan berita
Tiada siapa yang percaya

Mari murai kita betting di sini
Cerita siapa yang lebih sensasi
Jangan asyik menyanyi tak henti-henti
Orang baca lagi lama lagi benci

Hamba selidik sedikit bukti
Di baca juga rencana di murai tadi
Hanya kisah Uda dan Dara rating tertinggi
No wonder murai asyik mencari mereka ini

Wake-up murai ini zaman teknologi
Sokongan bantahan perlu ada bukti
Cakap kosong tidak bererti
Paling tidak duduk di forum cari

Dara itu adalah orang seni
Hati dan jiwa yang merasai
Cekal dan tabah dalam mengharungi
Mental Independence yang di terajui

Siapakah kamu wahai murai?
Kenapa berselindung di sebalik tirai
Hamba rasa mungkin dirimu kusut masai
Itulah di belakang tabir duduk mengirai-ngirai

Kita ini manusia biasa
Tiada siapa diri yang sempurna
Janganlah berkata ikut suka
Fikir dulu baik buruk sebelum berkata

Terlajak kata buruk padahnya
Hamba ni pun bukannya sempurna
Namun cuba dengan segala daya
Bila mengkritik masih guna budi bahasa

Eh sudahlah ya murai…ingatlah jangan lupa
Sekali orang terluka sepuluh kali kita merasa
Andainya tidak mahu sakit dalam jiwa
Berfikir dahulu sebelum pena menita

Hamba tahu murai tidak ke sini
Namun tiada siapa tahu suatu hari
Tergerak pula mencari penawar diri
Singgah di sini murai syok sendiri

Ok murai ingatlah pesanan ku ini
Esok lusa jangan buat lagi
Oppps ada soalan hamba terlupa tadi
Kenapa murai suka “serang” Remy dan Tizzy?

Murai tak jawab tetap hamba ketahui
Cemburu mu jutaan kali
Bila melihat sepasang merpati
Menyimpan rahsia kuat terpatri

Apapun murai senangkanlah hati
Di hari cuti-cuti begini
Ingatlah jangan di buat lagi
Sudah banyak kali hamba berpesan begini

Kalau nanti murai buat lagi
Hamba ada satu resipi
Bahan campuran gunung berapi
Kena sekali tiada ampun kini

Pantun hamba berhenti di sini
Maklumat terkini telah hamba beri
Murai mesti senyum tak henti-henti
Cjolimoli nak nikah tak lama lagi

Kawan-kawan kita terapi petang hari
Tanya Dodin mana songket yang di beli
Sungguh…tidak hamba bohongi
Dodin beli sejak tahun lepas lagi

Tu tu Dodin dah senyum sendiri
Sebab sang pencerita tulis tiada bukti
Berapa kali dah cakap nak berhenti
Kenapa di sambung panjang-panjang lagi

Ini last untuk pantun ini
Selamat Bercuti semua di sini
Tahun Baru Cina sehari saja lagi
Makan limau jangan tak henti-henti

Owned and written by : Sanaa 01/02/11

7 Responses

  1. Lookin back at all the interviews with Tiz, I think, no doubt that Tiz is a kinna girl who likes to keep her personal life to herself. She is very uncomfortable when confronted with questions that relates to her personal life especially talking to strangers inclusive of the media people. Several times, she has iterated that she likes to discuss or talk on her acting career but unfortunately she can’t ran away from questions on her personal life. When Tiz is having a hectic acting schedule, definitely, she’ll feel exausted and lose her energy with little rest and sleep. More so, when she is facing an interview with a Morning Talk Show, she’ll surely lose her focus. Try to put ourself in her shoes. The public should give her some breathing space and in due time, I’m sure she can deal with all these problems. Having an image consultant might speed up the process.

  2. san !
    i have to admit this time apa yg murai cakapkan tu mmg betol.
    dari dulu lagi i dah rasakan tiz kena ada management yg boleh uruskan kerjaya dia. lakonan dah mantap kenalah diperelokan lagi bagaimana hendak berkomunikasi dgn betol
    orang cantek mcm tiz nie sepatutnya dah jadi duta produk
    ambil contoh Maya Karin masih lagi ligat menjadi duta product wpon dah agak senior
    harap2 tiz fikirkan cadangan murai tu ataupun mintak pandangan dari ” teman rapat” beliau

    • i tak nafikan apa yg murai kata cuma i tak suka cara murai berkata but again kita di Malaysia ini memandang artis itu sebagai seorang yg sempurna…sebenarnya kalau org yg betul2 seni memang susah hendak di fahami. tiz sendiri dah cakap tentang ketidakselesaan dia tentang interview yg di adakan.

      apa yg boleh I kata glamour is not in her dan kita tidak boleh bandingkan tiz dgn org lain. sesetengah pelakon plastic semata-mata. kalau di barat tiz boleh di samakan dgn wynona wider, kyra knightley, Judie Foster dan ramai lagi yg tidak suka glamour dan tidak suka di temuramah kerana kerja mereka adalah berlakon.

      in fact dlm dunia hiburan kita ramai juga yg begitu akan tetapi tidak di sensasikan…apalah hebatnya ct. seingat I M. Nasir dan Eman Manan juga tidak suka di interview kerana mereka tahu wartawan tak bijak menanya..yg di tanya balik2 kisah peribadi.

      itu saja yg dpt I buat perbandingan dan Tiz seorang tidak mampu utk mengubah pandangan masyarakat Malaysia yg bila dah jadi artis atau pelakon mesti glamour dan buat senyum plastic setiap masa.

  3. Rasanya Murai Batu tidak perlulah jadi ‘Larry King’ Malaysia. Tatabahasa tulisannya pun tak betul. Bukannya nak ‘memalu dan merendah-rendahkan’ Murai Batu tapi ia adalah satu kenyataan. Kalau hendak memartabatkan Bahasa Melayu, kenalah terlebih dahulu pertingkatkan ilmu bahasa. Tidak perlulah saya menghuraikannya di sini. Saya tidak suka menjatuhkan maruah seseorang. Cuma kalau Murai Batu nak tegur akan sesuatu, tegurlah secara positif dan berhemah. Jauhilah daripada sifat ‘memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’. Naauzubillahimanzalik.

  4. Salam San..

    hihihi dh senyum smpai ketelinga ni..
    betui ke teman dh beli..
    bkn sang pencerita ke kata nk beli
    dr tahun sblm tahun lepaih lagii..hihihi

    • Wa-salam Dee

      Betul ke sang pencerita kata nak beli
      Oh patutlah lupa dah dua tahun kini
      Tahun ini kita pasti lompat tinggi-tinggi
      Allah makbulkan permintaan semua di sini

      thanks Dee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: