• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Bakat vs Populariti

Setiap individu pasti mengimpikan sesuatu dalam kehidupan. Kejayaan, kemewahan, perkahwinan, hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.Setiap dari kita juga punya kelebihan dan ada juga kekurangan, kerana kita adalah manusia biasa. Kerana itu ada orang berkata pernikahan dalam perkahwinan adalah pertemuan dua insan untuk mengimbangi kelebihan dan kekurangan ini lalu membentuk keistimewaan tersendiri. Namun tidak ramai di antara kita yang menyedari hakikat ini. Ini adalah anugerah Allah ke atas setiap makhluk di muka bumi ini.

Anugerah adalah pemberian. Sama ada sedikit atau banyak setiap dari kita punyai anugerah tersendiri dan anugerah yang tidak ternilai adalah anugerah dari Yang Maha Esa. Anugerah yang sering kita lupa dan berterima kasih kepadaNYA lalu menjadikan kita manusia yang berbeza-beza. Oleh kerana keunikan pada setiap individu yang ada lalu kita membentuk sebuah masyarakat majmuk dengan budaya dan adat resam untuk kita hormati dan kenali.

Dalam dunia ini anugerah adalah pengiktirafan ataupun pemberian sesuatu kepada seseorang individu kerana kejayaan yang di capai ataupun di raih. Setelah individu ini menyumbang keringat, idea atau menjayakan sesuatu rancangan sehingga membawa kejayaan kepada orang di sekelilingnya. Interpretasi kejayaan dan kecemerlangan juga berbeza-beza dari seorang individu kepada individu yang lain. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa kejayaan di ukur dengan ijazah yang di perolehi, jawatan yang di pegang, rumah dan kereta yang di miliki. Namun mengikut kata bijak pandai kejayaan yang sebenar-benarnya ialah apabila kita berjaya mengimbangi kehidupan sendiri dan berkongsi bersama dengan yang lain. Apabila orang yang di bantu juga memperolehi kejayaan barulah kita mampu untuk mengangkat erti kejayaan yang sebenarnya.

Terlalu banyak anugerah dalam kehidupan seharian. Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal tiba, Anugerah Shout (Shout Awards) dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan tokoh. Ada tokoh Ma’al Hijrah, Tokoh Usahawan Wanita Berjaya, Tokoh Wanita, Tokoh Guru dan banyak lagi. Sehingga kadang-kadang ada yang tidak pernah saya dengar sebelum ini walaupun anugerah sebegini telah berlangsung bertahun dulu.

Oleh kerana hari Ahad yang baru berlalu adalah hari bermalas-malas dan cuaca juga enak dengan hujan sepanjang hari membuat saya memerapkan diri di rumah dan melayari sedikit sebanyak anugerah yang tersenarai di internet. Untuk memudahkan saya menulis, Anugerah Bintang Popular Berita Harian saya semak sedikit. Sejak permulaan anugerah ini, populariti adalah kunci kejayaan. Ia bukanlah satu anugerah berdasarkan bakat seseorang pelakon ataupun kekuatan sesebuah cerita. Selain pelakon ada tersenarai anugerah lain seperti penyampai radio popular dan penyanyi popular.

Ada sedikit perbezaan di sini pada pandangan saya di antara pelakon dan penyampai radio. Penyampai radio ada rancangan yang di kendalikan sendiri ataupun bersama penyampai lain yang setahu saya bersiaran setiap hari seperti Suria FM, Era, Hot Fm dan banyak lagi barangkali. Bagi pelakon pula pastinya nama akan tercalon dari beberapa buah drama atau filem yang di bintangi pada tahun anugerah tersebut (kena cukup haul gitu). Itu dari pengamatan saya sendiri. Mengikut prosedur yang ada, senarai nama dikeluarkan oleh Berita Harian beserta dengan borang undian. Selepas itu menjadi kewajipan pengundi untuk memastikan artis pujaan mereka berada di lima anak tangga teratas. Proses selanjutnya selepas ini pula adalah untuk memastikan kemenangan melalui pengundian.

Bermula dari situ para peminat dan pengundi mesti bekerja keras bagi memastikan
pelakon atau pun siapa calon yang mereka pilih, mengumpul jumlah undi yang banyak. Secara rambang saya melihat ini macam pilihanraya umum. Mana tidaknya, sebelum hari mengumumkan kemenangan, ada jelajah negeri (road tour) di anjurkan bagi calon-calon yang berjaya ke peringkat akhir. Tujuannya adalah untuk beramah mesra dengan peminat dan para penyokong karier mereka. Kemunculan calon-calon ini di nanti-nantikan di setiap destinasi yang terpilih. Dengan kehadiran mereka pasti peluang mendapat lebihan undi lebih cerah dan lebih-lebih lagi kalau para pencalonan mampu memainkan peranan menarik hati para peminat.

Menang atau kalah adat permainan. Akan tetapi sejauh manakah pengundian begini merupakan pertandingan yang sihat? Sifat manusia di mana sahaja tidak boleh lari dari hasad dengki, ingin berlumba, ingin berada di atas, ingin kaya dan mewah serta berbagai lagi. Hanya segelintir yang benar-benar mahu berjuang atas tiket dan landasan yang di pertanggungjawabkan. Contohnya pelakon, penyanyi dan penyampai radio. Setiap dari kita punya citarasa serta alasan-alasan tersendiri menceburi bidang yang di minati. Siapalah mereka tanpa peminat? Kata-kata itu atau soalan itu tidak pernah lekang dari mereka yang menceburi bidang hiburan.

Mereka punya tanggungjawab dalam bidang yang di pilih. Seorang pelakon mesti mendukung dan membawa watak yang di beri dengan sedalam-dalamnya bagi merealisasikan sesebuah cerita. Andainya mereka menangis, kita mampu menangis, andainya ketawa kita juga mampu ketawa dan sebagainya. Apabila ini semua dapat di capai insan-insan seni ini akan di beri penghargaan atas usaha masing-masing bagi memartabatkan seni tanahair.

Berbalik kita kepada sistem pengundian bagi ABPBH, sekali lagi kalau kita perhatikan tentunya pelakon atau pun penyampai radio, penyanyi dan kategori lain yang di pertandingkan perlu berusaha untuk “memancing” undi bagi memastikan kemenangan. Mana mungkin nama mereka tercalon tanpa pengundi dan mana mungkin ada kemenangan kalau pengundi tidak berusaha keras memastikan kejayaan artis pujaan mereka. Dalam mana-mana pertandingan yang berunsur undian pasti ada modal yang di laburkan. Ini adalah lumrah alam. Tidak banyak sedikit pasti ada usaha dari calon itu sendiri. Apakah ini mungkin di nafikan? Sejauh mana betulnya apabila para calon kata terserahlah kepada peminat untuk terus mengundi tanpa melakukan apa-apa.

Kemenangan beberapa calon secara berturut-turut membuat saya bertanyakan perkara ini dan begitu juga penjelajahan yang di buat sebelum pertandingan di mulakan. Adakah ini cara yang terbaik bagi kita menilai dan memberi anugerah kepada seseorang? Pasti ada di antara calon-calon yang kurang berminat untuk memancing undi, serah bulat-bulat kepada pengundi untuk menentukan nasibnya kerana prinsip yang ada dan sering di ucapkan anugerah tidak penting. Mereka memikul tanggungjawab yang di beri. Sebagai pelakon tanggungjawab untuk melakonkan watak dengan berkesan dan meninggalkan kesan di hati peminat lalu terpulang kepada penonton dan peminat untuk menilaikannya. Begitu juga dengan penyampai radio, menjadi penyampai adalah pekerjaannya dan melakukan yang terbaik adalah tanggungjawab yang di pikul. Akan tetapi adakah semuanya begitu?

Jadi sejauh mana ABPBH menepati ciri-ciri penganugerahan yang adil dan saksama? Sejauh manakah pula ABPBH atau acara-acara anugerah lain berdasarkan undian di jadikan “fair game” di antara calon-calon yang tercalon? Apakah kesemua kemenangan “bersih” dari gejala-gejala “rasuah” atau “self-promote”? Para pemerhati dan yang hanya suka melihat tapi tidak mahu melibatkan diri mungkin ada yang akan bertanya seperti ini. Tidak berhasrat atau terniat untuk menuding jari pada sesiapa tapi bayangkanlah sendiri. Di manakah keadilan dalam perkara ini?

Sempat juga saya bertanya kepada seorang dua rakan tentang perkara ini dan hujah yang saya terima, perkara pokok adalah POPULAR dan mengundi secara berterusan adalah sebahagian dari menyampaikan rasa terima kasih dan sokongan kepada pilihan mereka kerana telah berjaya mewarnai hidup mereka dengan persembahan ataupun mutu lakonan serta nyanyian artis itu sendiri. Alasan yang dapat saya terima sepenuhnya namun masih ada sedikit ruang dalam fikiran saya bertanya “adakah cara ini sihat”? Adakah cara ini akan dapat memastikan arus perjuangan seni di tanahair sebagai “seni untuk seni” dan “seni untuk masyarakat”?

Ada juga pendapat mengatakan “yang terbaik tidak semestinya popular dan yang popular tidak semestinya terbaik”. Jadi di manakah arah tuju sebenarnya? Apakah ini juga sebahagian dari kata-kata Tun Mahathir dulu bahawa “perjuangan belum selesai”, dalam membuka minda masyarakat kepada isu-isu semasa dan dalaman.

Bagi saya bakat adalah anugerah yang tidak ternilai dan mesti di jaga dan di syukuri. Tidak semua yang ada bakat. Akan tetapi ramai yang punyai minat. Namun andai di gabung bakat dan minat, hasil yang di perolehi amat bermutu dan memberangsangkan. Minat dan bakat adalah sesuatu yang jitu tetapi popular adalah sesuatu yang palsu. Populariti boleh di reka. Hari ini rambut warna merah, esok kuning dan hijau, lama kelamaan orang mengenali individu itu dengan gaya dan warna rambut yang berbeza-beza. Bila ini terjadi di kalangan artis wajah mereka akan terpampang di dada-dada akhbar lalu di kenali.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dan bicara serta pertemuan saya dengan individu-individu yang mempunyai bakat, mereka tidak akan merasa tergugat dengan populariti. Khalil Ibrahim masih melukis di usia hampir mencecah 80 tahun. Lukisan-lukisan Allahyarham Ibrahim Hussein kini di cari. Ini adalah kerana bakat yang di miliki akan kekal dalam diri akan tetapi populariti akan tenggelam bila tiba masanya nanti. Lihatlah saja kepada Picaso, Van Gogh dan artis-artis lain seperti Charlie Chaplin. Apa yang di tinggalkan oleh Charlie di gunakan di zaman moden ini mengikut perubahan zaman dan waktu. Apa pula pendapat pembaca?

Di manakah seni hendak di petik andai kita gagal menyemainya?

Owned and written by : Sanaa 02/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: