• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Kenduri

Percikan cahaya menerangi angkasa
Berdentam dentum meriah bunyinya
Itulah tanda Tahun Baru Cina
Mercun menghalau hantu yang ada

Kepercayaan lama di ikuti mereka
Tinggalan nenek moyang tidak di lupa
Warna merah bawa untung kata mereka
Limau pula melimpah rezeki tidak kira masa

Begitu beruntung rakyat Malaysia
Hidup harmoni berbilang bangsa
Setiap perayaan di sambut bersama
Kunjung mengunjung tidak di lupa

Sepanjang jalan pulang ke Melaka
Terbayang hamba pada Uda dan Dara
Apakah rancangan di buat mereka
Maklumlah cuti…tidak bekerja

Lalu hamba intai rancangan berdua
Uda pulang menemui keluarga…kabaran di terima
Bonda menanti dengan gembira
Mendapat tahu Uda pulang bersama Dara

Kedatangan mereka di sambut gembira
Setelah sekian lama tidak bersua
Tangan di salam ciuman di terima
Uda cemburu tidak semena-mena

Wahai anakanda…kenapa tercegat di sana
Masuklah…pelawa bonda tercinta
Dara tersenyum membaca gelodak rasa
Uda geram bagai dirinya di lupa

Datang Uda berbisik di telinga
Jampi apa yang telah dinda baca
Sehingga bonda boleh lupa
Pada anakanda kesayangannya

Tidakkah kanda merasa bahagia
Bahawa dinda di sayangi bonda
Lihatlah pada senyuman di wajahnya
Berseri-seri dan bercahaya

Hmm…bijak sungguh dinda berkata-kata
Sehingga membuat kanda terleka
Bukan bijak wahai kekanda
Itulah kebenaran yang sudah tertera

Bonda bagai merancang kenduri
Barang di dapur banyak sekali
Lalu bertanya anakanda lelaki
Untuk siapakah persiapan semua ini

Tawa ibu enak sekali
Maaf anakanda terlupa bonda tadi
Hajat bonda membuat kenduri
Doa selamat hajat tertunai kini

Uda sekadar berdiam diri
Bahagia bonda ingin di kongsi
Tidak akan di tanya lagi
Apakah hajat yang tertunai kini

Ramai sudah orang yang datang
Ke teratak bonda menjelang petang
Anak-anak berlari riang
Nanti malam di ajak main perang-perang

Uda mencari buah hati tercinta
Tidak lagi nampak di depan mata
Di manakah pula hilangnya Dara
Hanya terdengar suara yang manja

Uda kini jadi pemerhati
Dara duduk bercerita bila di kelilingi
Makcik-makcik yang ingin ketahui
Di sulam ketawa tanda geli hati

Bayangkanlah saudara saudari
Tajamnya pandangan yang menembusi
Telah kita lihat berbagai aksi
Renungan Uda di kaca TV

Uda hanya tersenyum memandang
Ketika Dara duduk bersembang
Hati yang kasih bertambah sayang
Pada Dara pujaan abang

Tersentak Uda dari lamunan
Ketika bonda memberi teguran
Jangan asyik di tenung Dara pujaan
Banyak lagi kerja yang mesti di bereskan

Dara mendengar bonda berkata
Terasa malu kerana tidak berbuat apa
Lalu bangun merapati bonda
Cemburu Uda datang semula

Tidak mengapa wahai anakanda
Bonda sekadar mengusik sahaja
Anakanda teruna hilang di alam buana
Memerhati Dara yang asyik bercerita

Benar sungguh apa di kata
Makcik juga tidaklah buta
Cahaya kasih sayang serta cinta
Terpancar di wajah anakanda berdua

Tersipu malu Uda dan Dara
Di tegur begitu orang ramai pula
Uda pura-pura memandang sini sana
Eh bonda langsir bertukar juga

Deraian ketawa dari semua
Sudahlah tu…jangan nak pura-pura
Tak perlu di sembunyi rasa cinta
Sekilas ikan di air…kami tahu jantan betina

Dah ada tarikhnya…wahai bonda
Usik mereka menjadi pula
Hmm sudah puas diri ini bertanya
Belum di jawab anakanda berdua

Jawapan sebenarnya sudah sedia
Hanya tidak di hebahkan saja
Ishhh pandailah kamu meneka pula
Pada bonda tidak di kata apa

Dulu seringgit makan seorang
Kini pula hendak di bahagi dua
Abang sayang adik sayang
Kenapalah nak di tunggu lama-lama

Ha’ah betul tu wahai bondanya
Gunakan kuasa vito pada anakanda
Kami ni teringin juga nak merasa
Nasi minyak rumah kamu pula

Sudah-sudahlah tu makcik semua
Nanti Uda umumkan bila tiba masa
Kenduri hari ini nasi minyak juga
Jadi Uda tidak berhutang apa-apa

Ewah…pandai kamu berkata-kata
Dengar sini anakanda teruna
Tidak sempurna nasi minyak yang ada
Kalau tiada pengantin di singgahsana

Kenduri sekarang nasi beriani
Sampuk pula Makcik Ani
Nasi minyak hidangan tradisi
Apa susah…mari kita panggil Tok Kadi

Merah sudah wajah si Dara
Di sakat makcik-makcik sebegitu rupa
Muka dah cantik merah nak tunggu apa
Jom kita siapkan pelaminnya

Maafkan kami wahai makcik semua
Uda menarik tangan si Dara
Oii oii nak ke mana anakanda berdua
Sayur dan daging belum di potong juga

Uda buat tidak tahu sahaja
Walaupun Dara cuba menahannya
Nak ke mana kita wahai kanda
Kerja di dapur menanti kita

Dinda sanggup di usik begitu
Tanya Uda benar-benar ingin tahu
Usikan mereka tandanya restu
Jawapan bonda sambil berlalu

Tiada apa lagi yang boleh di kata
Menahan saja segala gurau senda
Baik-baik jari jangan terluka
Fungsinya nak guna lama

Senyuman Dara memang menawan
Habis semua makcik-makcik tertawan
Bertambah lagi segala usikan
Sehingga Uda duduk berjauhan

Meriah terasa majlis yang ada
Gembira bonda tidak terkata
Anakanda pulang tepat pada masa
Bersama berhimpun dengan keluarga

Kenduri menjadi tajuk cerita
Sang Pencerita mengangan segala
Dari kereta kuda hingga kenduri pula
Nanti ku tambah kompang bergema

Waktu kini hampir dinihari
Mata juga sudah berpinar kini
Esok pagi sambung cerita lagi
Selamat malam dari hamba di sini

Owned and written by : Sanaa 02/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: