• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Kenapa Begini?

Membelek lembaran demi lembaran di awal pagi bukanlah rutin harian saya namun pagi ini tajuk utama di Harian Metro menggamit saya untuk terus membaca.

Seorang ibu telah mencampakan anaknya dari tingkat enam kediaman mereka lalu membunuh diri sendiri dengan terjun dari tingkat 10 di blok yang berasingan. Lapuran tidak menyebut apa-apa yang aneh namun saya pasti ia adalah perbuatan yang melibatkan perasaan. Kenapa ini terjadi? Apakah tekanan yang di alami oleh ibu berkenaan sehingga bertindak demikian? Amat payah untuk kita mentafsir atau mencari bukti kerana perkara berlaku masih dalam siasatan. Akan tetapi persoalannya kenapakah ia terjadi?

Ini bukan bidang saya tapi terasa seronok ingin mengkaji oleh kerana kes-kes begini telah kerap berlaku. Andainya kes yang berlaku di sebabkan tekanan perasaan ia juga melibatkan kita semua sebagai sebuah masyarakat. Dalam sedar atau tidak ada kalanya kita menjadi punca kepada tekanan-tekanan ini namun kesedaran hanya akan timbul apabila terkena diri sendiri. Secara kebetulan saya bersembang panjang dengan seorang rakan dan saudara semalam tentang peranan ahli keluarga dan masyarakat. Tidak semua dari kita yang bernasib baik dan tidak juga yang semua bernasib baik mahu membantu yang kurang bernasib baik. Akan tetapi mengikut kajian keadaan boleh bertukar dari tidak baik menjadi baik apabila adanya sokongan padu dari kawan, ahli keluarga dan juga masyarakat. Begitu juga yang terjadi di sebaliknya, keadaan yang baik boleh menjadi buruk apabila kebaikan yang ada di salahguna oleh kawan, ahli keluarga dan juga masyarakat.

Di manapun di dunia ini tidak ada seseorang atau sesuatu yang sempurna dan kita sebagai manusia akan terus di uji. Adakala ujian memberi kekuatan dan keyakinan dan ada juga ujian meruntuhkan kehidupan apabila gagal mengawal keadaan. Kelebihan kita sebagai umat Islam adalah mempercayai qada dan qadar Allah, namun ramai mana yang mampu bertahan dalam dunia yang fana ini bila ujian datang bertimpa-timpa. Menurut kajian juga apabila keadaan yang sama di uji sekali lagi bermakna ujian yang dahulu tidak cukup untuk mengajar kita erti sengsara maka kesalahan di ulang lagi. Kesalahan yang mungkin di ulang adalah seperti boros, berjudi, minum arak dan yang selalu berlaku adalah kewangan.

Oleh itu di barat wujudnya ahli saikologi untuk sesebuah keluarga. Bukan bermakna ada di antara ahli keluarga itu yang mengalami tekanan emosi ataupun sakit jiwa tapi sebagai terapi supaya segala tindakan dapat di kawal dan di bendung. Tujuan terapi ini adalah sebahagian dari bantuan profesional supaya tiada pengaruh-pengaruh luar seperti kawan-kawan ataupun kekasih hati yang mungkin memberi nasihat tidak menepati.

Sebagai umat Islam Al Quran dan solat adalah panduan. Kita mengerjakan solat dengan khusyuk dan tanpa jemu, memohon dan merayu bantuan dari Allah setiap kali di landa kesusahan. Akan tetapi hanya Allah saja yang mengetahui bila masa yang paling sesuai untuk memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA dan bagaimana jalan penyelesaian hendak di beri. Ini adalah saat yang amat sukar buat kita semua, kerana ini adalah ujian jua dan lebih-lebih dalam keadaan realiti ada perkara yang mesti di penuhi dan mempunyai “tarikh mati” atau “tamat”. Sebagai contoh kalau kita gagal melunaskan hutang dengan pihak bank, rumah akan di tarik atau kereta akan di tarik.

Kaya, miskin, tua ataupun muda pasti ada rintangan dan halangan yang akan dan mesti di lalui. Berlaku juga pertentangan di sini apabila seseorang gagal membuat pertimbangan di antara kejayaan dan kegagalan. Contoh yang paling senang ialah seorang yang mempunyai segulung ijazah, mempunyai pekerjaan yang tetap dan lumayan, rumah dan kereta yang mewah tiba-tiba hilang pekerjaan. Sejauh mana simpanan yang ada dapat bertahan dan apakah akan ada peluang pekerjaan yang sama dapat di perolehi dengan serta merta. Dalam keadaan ini hanya kekuatan fikiran dan kepercayaan yang akan membantu kerana besar kemungkinan mereka mesti bermula dari bawah semula dan yang paling extreme akan kehilangan semua yang pernah di miliki.

Apabila keadaan begini berlaku, sokongan dari keluarga dan kawan-kawan serta kekuatan iman adalah bantuan yang paling baik. Teringat saya kepada sesi bual bicara dalam rancangan Oprah Winfrey di mana seorang ibu tunggal bertungkus lumus belajar di sebelah malam untuk mendapatkan sijil akademik yang di iktiraf. Ini adalah kerana beliau merasa amat yakin bahawa sijil itu nanti akan mengubah nasibnya. Tidak beliau duga keadaan akan jadi sebaliknya. Apabila beliau hilang pekerjaan dan hampir kehilangan rumah beliau merasa amat tertekan kerana pada peringkat awal tidak tahu apa yang boleh di kerjakan kerana telah terlalu biasa dengan kesenangan yang ada. Segala pekerjaan yang di lakukan selepas itu hanya cukup untuk makan dan minum sahaja. Nasib rezeki menyebelahi dirinya apabila Will.i.Am seorang penyanyi terkenal hadir menyelamatkan keadaan apabila rumahnya hendak di lelong. Will.i.Am dengan bermurah hati menyelesaikan hutang rumahnya.

Oleh itu pada pandangan saya, di sinilah letaknya masyarakat dalam membantu orang-orang yang memerlukan. Contoh yang saya beri mungkin terlalu besar dan di anggap tidak relevan dalam masyarakat kita, akan tetapi ia dapat membantu kita melihat dan menilai kewajipan masyarakat itu sendiri. Mungkin kita tiada Will.i.Am di sini akan tetapi kita boleh wujudkan gabungan penghibur, pelakon dan ahli masyarakat lain untuk menubuhkan sebuah badan bagi membantu orang-orang yang memerlukan. Memang kita sedia maklum, ada banyak badan-badan begini di Malaysia tapi rasanya belum ada dari gabungan dunia hiburan. Kenapa tidak di wujudkan? Sedikit sumbangan dari setiap dari mereka pasti mampu mengubah keadaan, dari asyik wartawan menaja kisah peribadi mereka.

Apakah mungkin di barat walaupun kisah peribadi di cari-cari tapi akhirnya peminat ataupun paparazzi berhenti bercerita kerana sumbangan artis-artis ini di dalam dan luar negeri amat besar sekali. Biarlah bagaimanapun hendak mereka jalani kehidupan peribadi, asalkan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan dengan kewangan yang ada di selarikan.

Adakalanya bukan wang ringgit jadi ukuran akan tetapi kesediaan membantu atau sama-sama menyokong di antara satu sama lain dapat meringan beban yang di tanggung. Di bawah ini di lampirkan keratan akhbar semalam untuk kita menyedari betapa ngerinya keadaan walaupun mereka bukan di antara kenalan atau ahli keluarga.

Written by : Sanaa 10/02/11

*****

Ibu merajuk campak anak
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

09/02/11

SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.

“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Compiled by : Sanaa 10/02/11

2 Responses

  1. It’s a point of no return. Biasanya, seseorang yg mengalami suicidal thoughts slalu bagi hint yg he or she akan melakukan perbuatan tersebut pada bila2 masa especially those yg ada a few friends. The problem is sometimes the parents themselves are not aware of their children problem. It’s either they are too occupied with thieir work or they are having difficulties in communicating to thier children. Sebenarnya, tanda2 awal bleh dihidu when such a person ada perubahan dlm tingkah laku, suka menyendiri, kurang selera makan, hilang tumpuan dan tidak bleh membuat keputusan dalam hal2 yg kebiasaannya manusia biasa bleh berbuat demikian. What u said is true. Masyarakat kita kurang peka mengenai perkara2 ini (an ignorant on their part). Sbb itulah these unfortunate people tend to tell their story to their close friends vide facebook, phone calls and what hav u. Lbh malang lagi jika rakan2 mereka are not a good listener. Mujurlah kita ni beragama Islam dan masih kuat berpegang teguh pada agama kita. Worst thing can happen di kalangan orang Melayu ialah apabila anak2 mereka melarikan diri dari rumah. Masyarakat kita ni, ibarat mcm pahat dgn penukul, selagi tak diketuk selagi itulah takkan berbunyi. Apabila
    kejadian tak diingini terjadi, barulah nak menyesal. Tapi, janganlah pula kita take things for granted coz committing suicide ni berlaku di kalangan pelbagai bangsa tak kira berlainan adat dan agama. Apa2pun biarlah kita semua ambil iktibar daripada apa yg berlaku. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: