• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Kicauan

Di petang hari cuaca yang nyaman
Duduklah hamba berangan-angan
Datanglah seekor burung berkicauan
Dari atas pohon berjumpa teman

Di atas pohon duduk berduaan
Bercakap bercerita penuh keriangan
Seorang utara seorang di selatan
Entah apalah yang mereka bualkan

Melihat burung yang berkicauan
Lalu teringat pasangan sepadan
Di manakah mereka apa di kerjakan
Aduhh duhh rupanya bertweet sakan

Berpinar mata membelek segala
Faham tak faham bacalah sahaja
Ada juga gurau dan senda
Tapi tidak di antara berdua

Sedih terasa di hati sang pencerita
Mengharap tweet dari mereka berdua
Hissh lokek betul Uda dan Dara
Entah apalah rahsia yang di simpan mereka

Jadilah hamba CSI tak bergaji
Membaca tweet lalu di kaji
Adalah terjumpa yang ganjil tadi
Uda menunggu pinangan dari sesiapa yang sudi

Uda buka pencalonan diri
Ada tak yang nak datang meminang nanti
Offer ada berbagai reaksi
Dara tersenyum melihat Uda hari ini

Seronok juga melihat mereka
Dara suruh vote untuk anugerah agaknya
Uda pula promote diri sahaja
Rumah dah ada kalau tidak silap hamba

Alahai Uda bermain silap mata
Nak di kabar Dara adalah tunangannya
Cover line pulak dengan cerita
Di minta orang datang meminang pula

Usik mengusik teman yang ada
Tahulah serba sedikit cerita mereka
Uda hari ini terlalu gembira
Apakah rahsia di sebaliknya?

Satu persatu telah hamba kaji
Masih juga tidak di temui
Kicauan burung riuh menyanyi
Bagai berkata tunggulah March nanti

Lalu hamba perhati burung yang ceria
Kepak di angkat bagai berkata
Tidak kami berdusta wahai sang pencerita
Sama-samalah kita berdoa untuk mereka

Benarkah katamu wahai burung
Jangan buat diriku nanti murung
Usah di risau kami tidak berbohong
Andai tidak percaya pergilah teropong

Ini teropong pula buat perangai
Cuti sakan hingga tak balik mai
Chap Goh Meh dah melambai-lambai
Nak campak oren ke dalam sungai

Sang pencerita geleng kepala
Teropong nak ikut tradisi lama
Sekarang limau mahal harga
Jangan membazir jom makan sama-sama

Opps out the line sudahnya hamba
Kembali kita kepada Uda dan Dara
Nampaknya kenalah hamba duduk bertapa
Mengintai perancangan mereka berdua

Wahhh tiba-tiba hamba senyum sampai telinga
Kedengaran burung menyanyi sahaja
Makin meriah kicauan mereka
Tumpang gembira itulah kabaran di terima

Percaya hamba pada berita
Burung bawa untuk kita semua
Lalu di hebahkan di blog sang pencerita
Melompat tinggi sekarang juga

Rombongan sudah siap sedia
Ahli berbincang nak bawa apa
Berangan lagi sang pencerita
Tema apa nanti rombongan bawa

Biru laut terbayang di mata
Alas dulang dari Dara kepada Uda
Lilac pula yang Uda guna
Untuk di hantar kepada Dara

Kerlipan manik nampak bercahaya
Satu dulang lain dari semua
Alas juga bagai ada permata
Cincin sebentuk duduk di tengah pula

Sireh junjung di hadapan sekali
Pembuka kata dari rombongan lelaki
Di dera pula oleh wakil cjoli
Memakan sireh tanda jadi

Menunggu Dara dalam debaran
Entah apalah panjangnya perbincangan
Akhirnya hadirlah ahli rombongan
Menyarung cincin tanda pertunangan

Merah putih baju di pakai
Oleh Dara memang sesuai
Kulit putih jari di inai
Terserlah cantik awal mempelai

Buat pesanan semua teruna
Dara sekarang tunangan Uda
Jangan di kacau ikatan yang ada
Fikir dosa sebelum membuatnya

Tahniah dari sang pencerita
Untuk Uda dan Dara tercinta
Malam ini pasti hamba tidur lena
Setelah berangan tiga jam lama

Buat teman-teman di kasihi
Panjatlah doa buat cjolimoli
Forever and ever infinity
Tagline yang masih lagi berbunyi

Selamat beristirehat wahai semua
Hamba mengundur diri seperti biasa
Cerita di sambung bila idea menjelma
Nak intai bulan madu di mana pula

Owned and written by : Sanaa 10/02/10

One Response

  1. amboiiiiiiiiiii….suka nya…
    gue pun suka….
    Amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: