• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Ragam

Malam ku bagaikan bermimpi
Bila burung datang berkicau lagi
Kabaran apalah yang di bawa kini
Asyik menyanyi sejak tadi

Twit twit twit burung berbunyi
Pasti ada berita di bawa ini
Rakan-rakan di panggil ke mari
Untuk menyampai rasa di hati

Hamba menjadi seorang pemerhati
Tingkah laku burung menyanyi
Suara halus dan nyaring sekali
Berbunyi-bunyi tidak henti-henti

Berbagai cara mengelak spekulasi
Itulah tafsiran yang burung beri
Ada yang merajuk tidak menyetujui
Segala yang di buat oleh sang arjuna hati

Eh bukanlah begitu wahai sang pencerita
Tidak ada rajuk dan marah adanya
Cuma geram terasa di hati sahaja
Kerana sedikit degil oleh sang teruna

Ohh begitukah wahai burung bijaksana
Terima kasih kabaran di terima
Ikutilah kisah mereka selanjutnya
Dari cerita yang burung bawa

Baik-baik sayang jatuh bangun sendiri
Usik Uda pada kekasih hati
Geram yang ada menyala kini
Cepat saja cubitan menghinggapi

Senyuman di beri tanda merestui
Walaupun sakit…hati terhibur kini
Permaisuri hati sentiasa di sisi
Walaupun bekerja sehingga malam hari

Riang ria Uda menjadi tanda tanya
Kerana ceria melayan semua
Sehingga ada yang merajuk pula
Kerana tidak di layan oleh Uda

Pelik hamba mendengarkan
Ada pula yang merajuk sakan
Kerana Uda membuat pilihan
Berdasarkan soalan yang di kemukakan

Bila “gedik” menjadi jawapan
Pada hamba amat memalukan
Kerana adanya yang meminta perhatian
Andai Uda tidak menjawab soalan

Begitu juga dengan si Dara
Ada yang meminta di layan setiap masa
Alasan di beri kerana minat yang ada
Sudah terjalin sekian lama

Kasihan sungguh mendengarkan
Ragam peminat tidak kenal sempadan
Berilah sokongan tanpa balasan
Lebih gembira dengan keikhlasan

Jeling-jeling teruna dara
Berlainan benar cara bicara
Lemah lembut Dara jelita
Garang pula bunyi dari si teruna

Duduk bersebelahan nampak manja
Melepas geram pun ada rasanya
Hai inilah tugas menjadi sang pencerita
Nak ambil mood setiap masa

Ke mana pergi sekarang berteman
Giliran Dara pula di temankan
Itulah gambaran yang di berikan
Dari team penyibuk yang tak kesudahan

CSI bertauliah masih lagi bercuti
Hanya hamba yang ada di sini
Susah untuk mendapat kata pasti
Bila bekerja tanpa pembantu peribadi

Dara seolah tidak puas hati
Perjalanan kerja yang di lalui
Mungkin tafsiran tidak menepati
Harapnya Dara bersabar menempuhi

Kembali kita kepada berdua
Setiap gerak nak di ketahui semua
Lebih-lebih lagi cinta mereka
Sehingga kini masih lagi mencari jawabnya

Itulah keistimewaan cjolimoli
Masih lagi mampu menghiasi
Segala laman web dan spekulasi
Menarik minat orang mencari

Official Trailer telah ada kini
Hamba menonton berkali-kali
Cuba bersabar dan menahan diri
Untuk membuat sebarang spekulasi

Cinta Adam dan Nur menggamit memori
Kali ini panahan dari dua hati
Itu saja yang dapat hamba hayati
Tatkala melihat trailer tadi

Kicauan burung masih berbunyi
Sehingga menjelang awal pagi
Banyak kisah yang di cerita kini
Berita semasa dalam dan luar negeri

Hamba tinggalkan mereka seketika
Menyambung kerja di rumah pula
Baik-baik ya adik berdua
Jangan nakal dan gaduh sahaja

Kalau ada tidak berkenan di hati
Duduk berbincang forum diskusi
Jalan penyelesaian sama di persetujui
Barulah hidup aman dan harmoni

Nanti kita bertemu kembali
Selepas hamba selesai terapi
Sampah di laman di bersih kini
Itulah terapi sehari-hari

Owned and written by : Sanaa 12/02/11

One Response

  1. hujung minggu V8 cerah matahari senyum membolos diri
    langit nya biru dapat jemur bantal lagi
    seronok hati ini menonton trailer Nur Kasih berulang kali
    baru sedikit….chemisty ‘Nur’ ‘Adam’
    bikin gue sabar sajalah menanti….
    jom minum kopi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: