• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Adat, Budaya Atau Agama?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa dan kasih saudara semasa berada.

Tidak janggal buat kita semua kata-kata di atas itu dan semestinya setelah di perhati dan di teliti hanya seorang ibu yang sanggup berjuang dan berkorban demi anak-anaknya. Seorang ibu sanggup menggadai nyawa dan berbohong demi menyelamat anak yang di kasihi. Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu sehingga kita tidak mampu untuk membalas jasa mereka sehingga akhirnya. Dari hari pertama kita hidup subur di rahim ibu membawa kepada 9 bulan 10 hari dan sehingga kita sendiri bergelar ibu. Ibu tetap ada di sisi anaknya dalam susah dan senang.

Oleh itu adanya hari untuk memperingati ibu dan begitu juga untuk bapa. Hari Ibu di sambut pada 8hb May setiap tahun dan hari bapa pula di sambut pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun. Dua hari ini adalah hari istimewa untuk kita sebagai anak mengingatinya. Di hari ini ramai kaum ibu di raikan dan wujud pula kini Anugerah Ibu Mithali. Dalam apapun sambutan dan perayaan ianya hanya akan berlaku sekali dalam setahun. Tidak ada sambutan yang di sambut dua kali dalam setahu, sama ada dari segi keagamaan ataupun perayaan budaya. Saya sedar dan pasti ramai di antara kita yang mengetahui hal ini, namun dalam bab menunjukkan kasih sayang, hormat menghormati, toleransi adalah perjalanan hidup sehari-hari. Cuma satu hari dalam setahun di adakan hari rasmi atau tarikh rasmi untuk mengingatinya.

Oleh itu wujudlah hari yang di namakan Hari Mengingati Kekasih ataupun Valentine’s Day. Tarikh 14hb February setiap tahun di pilih untuk meraikannya. Terdapat fakta-fakta tentang hari tersebut dalam lipatan sejarah Islam dan juga Kristian (di lampirkan). Di Malaysia sejak akhir-akhir ini pihak kerajaan dan Majlis Agama Islam melancarkan kempen menghalang muda-mudi beragama Islam menyambutnya dengan alasan jangan “terjerat” dengan sambutan ini. Kempen ini dilancarkan atas dua sebab iaitu yang pertama ia adalah bertentangan dengan agama Islam dan yang kedua melihatkan kejatuhan moral di kalangan muda-mudi.

Apabila ia bersangkutan dengan agama saya sama sekali tidak akan mengulas kerana ia telah jelas di terangkan di dalam artikel yang di lampirkan. Bidang agama adalah di luar bidang kuasa saya kerana saya bukan seorang ahli agama. Namun Valentine bukanlah sesuatu yang baru dalam hidup saya. Sejak di bangku sekolah lagi saya tahu apa itu Valentine dan kalau di imbas kembali di waktu itu kami hanya bertukar ucapan dan kad sebagai tanda mengingati kawan-kawan seperjuangan, adik beradik serta guru dan pensyarah. Di waktu itu tidak pula kami menyambutnya seperti yang di buat oleh muda-mudi sekarang yang sanggup berhabisan membeli bunga dan hadiah untuk orang yang di sayangi.

Peralihan waktu membuat sambutan ini menjadi sebutan dan di mana-mana pada tarikh ini pasti terdapat anak-anak gadis memegang bunga ke sana ke mari. Kalau yang bekerja tidak sabar-sabar menunggu petang kerana ingin berjumpa dengan kekasih hati. Secara kebetulan tahun lepas pada tarikh tersebut saya bercuti kerana ada urusan untuk di selesai dan sambil itu juga menjamu mata di kompleks membeli belah. Menjelang petang kedai bunga pasti akan kehabisan bunga dan ramai anak gadis dengan bangga menunjukan jambangan bunga masing-masing. Bersama seorang kawan ketika menikmati minum petang kami duduk memerhati gelagat mereka ini. Hanya satu perkataan yang terkeluar dari mulut kawan saya “murahnya cinta”. Seorang ibu kepada empat orang anak lelaki yang perkahwinannya di atur keluarga berkata begitu.

Rumahtangga yang di bina hampir 25 tahun yang lalu tetap kukuh berdiri tanpa pernah menemui lelaki yang bakal di nikahinya. Bertemu hanya dua kali selepas ikatan pertunangan di langsungkan membuat kawan saya menghargai apa itu cinta, kasih dan sayang bersama suami sehingga ke hari ini. Memandang mereka mempunyai empat orang anak lelaki, sekarang ini mereka berusaha sedaya upaya mendidik dan mengajar mereka apa ertinya cinta dan apabila ia terjalin tiada tanda harga yang terlekat kepadanya.

Mengenangkan itu membawa saya kembali kepada perayaan Hari Kekasih yang akan di sambut esok. Sekali lagi pasti kedai-kedai bunga tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan dan setiap jejaka pasti akan menggaru kepala untuk memastikan adanya jambangan bunga beserta cokelat atau teddy-bear untuk kekasih. Tidak kurang juga yang menempah bilik hotel untuk meraikannya secara peribadi dan tertutup. Di sinilah bermula segala gejala, demi kasih maruah diri di gadaikan dan kempen yang di lancarkan oleh Jakim adalah lebih kepada membanteras gejala ini di kalangan muda-mudi yang beragama Islam. Kalau semasa belajar tidak mampu untuk membeli jambangan bunga, sekuntum mawar cukup sebagai tanda, tanpa bilik hotel di mana-mana boleh juga.

Keperihatinan Jakim adalah untuk membendung “tarikan” Hari Kekasih seperti yang saya sebut di atas. Gejala tersebut telah lama ada dan kerana itu kes pembuangan bayi dan perkosaan ini makin berleluasa dan dengan sambutan Hari Kekasih akan menambah peratusan yang ada. Namun pandangan ikhlas saya bukan hari yang patut di persalahkan. Berapa ramai di antara kita yang tahu larangan Hari Kekasih di landasan agama? Tiada ko-kurikulum di sekolah yang mengajarnya dahulu seingat saya (minta tolong betulkan andainya saya tersilap). Saya mengetahuinya melalui pembacaan sendiri dan penerangan serba sedikit dari bapa saya. Selebihnya duduk berbual dan menganalisa hari itu sendiri. Pada hari tersebut semuanya mahal, lebih-lebih lagi bunga ros berwarna merah yang menjadi lambang Hari Kekasih. Tempat makan yang istimewa sedikitpun penuh sesak dan ada kalanya harga di naikan. Berbaloikah? Tanpa sedar juga pasti ramai yang menangis keesokan harinya, lebih-lebih lagi kepada para gadis apabila kesilapan dan kesedaran menghimpit diri lalu penyesalan menghantui.

Sekali lagi saya menekankan bukan hari yang patut di persalahkan dan menjadi kempen. Tanpa Hari Kekasih perkara yang sama tetap berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja kerana naluri manusia telah di jadikan Allah begitu yang di lengkapi hawa nafsu. Tidak ada sesiapa yang boleh menolak atau membuangnya. Setiap insan di dunia ini yang sempurna sifat pasti ingin merasa belaian kasih seorang lelaki dan perempuan. Begitu juga kepada pasangan suami isteri. Ingin merasa di hargai dan di lingkari pemberian di hari yang di anggap istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, harijadi dan mungkin ada lagi hari-hari istimewa yang di tentukan oleh setiap pasangan .

Gejala ini hanya akan dapat di bendung apabila kita dapat dan mampu mendidik serta menyemai sifat-sifat kerohanian dalam diri. Walaupun puluhan alasan di berikan di sebalik tabir agama, godaan tetap ada di mana-mana. Siapa yang kuat akan berjaya dan siapa yang lemah pasti akan mengalah. Ramai yang tahu halal haram sesuatu perkara namum untuk mempraktik dan mengelakan kejadian adalah dua perkara yang berbeza.

Saya berpendapat lagi konsep kasih dan sayang ini bukan hanya untuk sehari. Salahkah kalau kita memberi bunga atau hadiah kepada orang yang kita sayang dan hargai bila tergerak di hati?

Saya menghormati tindakan Jakim tentang pengharaman ini tapi sejauh manakah ia mampu membendung dan membenteras gejala Hari Kekasih atau memastikan gejala-gejala kurang sihat ini berkurangan? Untuk membenteras seratus peratus mungkin tidak boleh kerana bak kata sesetengah orang “the oldest business in the world is sex business”.

Apabila keadaan begini berlaku yang kita sebutkan adalah kerana agama melarang dan mengharamkan lalu membuat kita lupa bahawa gejala ini merupakan gejala masyarakat. Di Malaysia kita adalah masyarakat majmuk dan tidak terkecuali kaum Cina dan India. Mereka juga tergolong di dalam kategori ini dan merupakan masalah sosial yang mesti di tangani. Kaum Cina dan India juga ada di pusat-pusat pemulihan dan kini makin banyak pusat di buka dan di tubuhkan untuk remaja di bawah umur dengan tujuan membantu mereka mengatasi masalah yang di hadapi. Namun sejauh mana pusat-pusat ini dapat mengatasi dan membendung gejala sosial begini. Lagi banyak pusat di buka makin bertambah masalah yang ada kerana pasti di antara mereka punya konsep “apa nak susah, kalau keluarga tak terima aku ke pusat perlindungan sahaja”.

Menuding jari kepada sambutan Hari Kekasih tidak akan memulihkan keadaan kerana masih ada empat faktor yang menyumbang kepada gejala yang hendak di banteras. Kesedaran sivik, pendedahan pelajaran seks dan bahayanya serta penerapan nilai-nilai agama adalah langkah-langkah yang akan membantu ke arah ini. Sistem persekolahan yang terlalu cenderung kepada akademik dan saingan yang di beri oleh ibu bapa sekarang ini juga membuat ramai pelajar mencari jalan keluar. Mereka terlalu terbeban oleh pelajaran kerana tidak lagi adanya persatuan-persatuan atau kumpulan-kumpulan di sekolah seperti Palang Merah, Pandu Puteri, Pengakap dan sebagainya bagi membuka minda anak-anak kepada tanggungjawab kepada masyarakat dan diri sendiri.

Saya berharap agar Jakim dapat bekerjasama dengan badan-badan NGO’s yang lain mengenai kempen ini. Se awal pagi esok saya pasti ketua-ketua jabatan akan menerima panggilan-panggilan telefon dari anak-anak buah dengan berbagai alasan untuk mendapat cuti. Pasti ada juga yang telah “melarikan diri” bersama kekasih ke pulau-pulau ataupun tempat-tempat peranginan. Besar kemungkinan juga di awal pagi Selasa ketika umat Islam sibuk menyambut Maulidur Rasul berita-berita di muatkan dengan tangkapan khalwat. Berita begini telah menjadi lumrah di Hari Kekasih. Ia bukan perkara baru. Cukupkah kakitangan Majlis Agama Islam negeri dan Wilayah yang bertugas untuk mengawasi keadaan ini?

Ini adalah tanggungjawab bersama sebagai sebuah masyarakat dan negara. Apakah alasan yang hendak kita beri apabila kejadian rogol, khalwat dan bersekedudukan yang berlaku di hari-hari lain dalam setahun? Apakah hanya kerana ia bukan berlaku di sambutan Hari Kekasih kes-kes ini jatuh di dalam kategori lain? Apakah semua anak-anak yang lahir di luar nikah hasil dari hubungan 14th February?

Saya benar-benar berharap kita tidak menjadi masyarakat yang reaktif akan tetapi menjadi kumpulan masyarakat yang proactive. Janganlah juga kita mencari kesalahan di sebalik sesuatu keadaan akan tetapi fikir dan renungkanlah masalah yang ada dan puncanya. Jalan penyelesaian tidak akan di temui hanya meletakan kesalahan kepada satu sambutan yang di raikan sekali dalam setahun.

Owned and writted by : Sanaa 13/02/11

*****

Valentine’s Day is a celebration of romantic love occurring annually on February 14.

Although it is associated by legend with a Catholic saint named Valentine, Valentine’s Day is not a religious holiday and never really has been. Valentine’s Day has historical roots mainly in Greco-Roman pagan fertility festivals and the medieval notion that birds pair off to mate on February 14.

The custom of exchanging cards and other tokens of love on February 14 began to develop in England and France in the 14th and 15th centuries and became especially popular in the United States in the 19th and 20th centuries. Over the last decade or so, Valentine’s Day observance has even spread to the Far East, India, and the Middle East.

History of Valentine’s Day

The association of the middle of February with love and fertility dates to ancient times. In ancient Athens, the period between mid-January and mid-February was the month of Gamelion, which was dedicated to the sacred marriage of Zeus and Hera.

Lupercalia, a precursor to Valentine’s Day.

In ancient Rome, February 15 was Lupercalia, the festival of Lupercus (or Faunus), the god of fertility. As part of the purification ritual, the priests of Lupercus would sacrifice goats and a dog to the god, and after drinking wine, they would run through the streets of Rome striking anyone they met with pieces of the goat skin. Young women would come forth voluntarily for the occasion, believing that being touched by the goat skin would render them fertile. Young men would also draw names from an urn, choosing their “blind date” for the coming year. In 494 AD the Christian church under Pope Gelasius I appropriated the some aspects of the rite as the Feast of the Purification.

In Christianity, at least three different saints named Valentine or Valentinus, all of them martyrs, are mentioned in the early lives of the saints under the date of February 14. Two of the Valentines lived in Italy in the third century: one as a priest at Rome, the other as bishop of Terni. They are both said to have been martyred in Rome and buried on the Flaminian Way. A third St. Valentine was martyred in North Africa and very little else is known of him.

Several legends have developed around one or more of these Valentines, two of which are especially popular. According to one account, Emperor Claudius II outlawed marriage for all young men because he believed unmarried men made better soldiers. Valentine defied Claudius and continued to perform marriages for young couples and was put to death by the emperor for it. A related legend has Valentine writing letters from prison to his beloved, signing them “From your Valentine.”

However, the connection between St. Valentine and romantic love is not mentioned in any early histories and is regarded by historians as purely a matter of legend. The feast of St. Valentine was first declared to be on February 14 by Pope Gelasius I around 498. It is said the pope created the day to counter the practice held on Lupercalia, but this is not attested in any sources from that era.

The first recorded association of St. Valentine’s Day with romantic love was in the 14th century in England and France, where it was believed that February 14 was the day on which birds paired off to mate. Thus we read in Geoffrey Chaucer’s (c. 1343-1400) Parliament of Fowls, believed to be the first Valentine’s Day poem:

When every fowl comes there to choose his mate.

It became common during that era for lovers to exchange notes on Valentine’s Day and to call each other their “Valentines.” The first Valentine card was sent by Charles, duke of Orleans, to his wife in 1415 when he was a prisoner in the Tower of London. Valentine’s Day love notes were often given anonymously. It is probable that many of the legends about St. Valentine developed during this period (see above). By the 1700s, verses like “Roses are red, violets are blue” became popular. By the 1850s, romantics in France began embellishing their valentine cards with gilt paper, ribbons and lace.

Valentine’s Day was probably imported into North America in the 19th century with settlers from Britain. In the United States, the first mass-produced valentines of embossed paper lace were produced and sold shortly after 1847 by Esther A. Howland (1828 – 1904) of Worcester, Massachusetts. Her father operated a large book and stationery store, and she took her inspiration from an English valentine she had received.

In the 19th century, relics of St. Valentine were donated by Pope Gregory XVI to the Whitefriar Street Carmelite Church in Dublin, Ireland, which has become a popular place of pilgrimage on February 14.

But in 1969, as part of a larger effort to pare down the number of saint days of legendary origin, the Church removed St. Valentine’s Day as an official holiday from its calendar.

The primary custom associated with St. Valentine’s Day is the mutual exchange of love notes called valentines. Common symbols on valentines are hearts, the colors red and pink, and the figure of the winged Cupid.

Starting in the 19th century, the practice of hand writing notes began to give way to the exchange of mass-produced greeting cards. These cards are no longer given just to lovers, but also to friends, family, classmates and coworkers. Valentine cards are often accompanied by tiny candy hearts with affectionate messages printed on them.

The Greeting Card Association estimates that approximately one billion valentine cards are sent worldwide each year, making Valentine’s Day the second largest card-sending holiday of the year, behind Christmas. The association also estimates that women purchase approximately 85 percent of all valentines.

In the last 50 years or so, especially in the United States, the practice of exchanging cards has been extended to include the giving of gifts, usually from a man to his girlfriend or wife. The most popular Valentine’s Day gifts are roses and chocolate. Starting in the 1980s, the diamond industry began to promote Valentine’s Day as an occasion for the giving of fine jewelry. Many couples also schedule a romantic dinner date on Valentine’s Day.

Thanks to a concentrated marketing effort, Valentine’s Day has emerged in Japan as a day on which women give chocolates to men they like.

This has become for many women – especially those who work in offices – an obligation, and they give chocolates to all their male co-workers (especially the boss), sometimes at significant personal expense. This chocolate is known as giri-choco, which translates as “chocolate of obligation.”

By a further marketing effort, a reciprocal day called White Day has emerged in Japan. On this day (March 14), men are supposed to return the favor by giving something to those who gave them chocolates on Valentine’s Day. Many men, however, give only to their girlfriends. The gift should be white (hence the name) and is often lingerie.

Valentine’s Day is also celebrated in China, as is the related Daughter’s Festival. It is held on the 7th month and 7th day of the lunar calendar and celebrates a love story between the seventh daughter of the Emperor of Heaven and an orphaned cowherd, who were sent to separate stars and only allowed to see each other on this one day each year. The next Daughter’s Festival will be on August 11, 2005.
Valentine’s Day Controversy in India and the Middle East

Valentine’s Day only arrived in India a few years ago, but it has quickly gained popularity among young urban people along with a great deal of controversy among conservative Hindus. Traditional Hindu culture discourages public displays of affection between the sexes, including hand-holding, which Valentine’s Day encourages, and Valentine’s Day is also resented by some as a Christian and western influence.

In 2004, militant Hindu nationalists threatened to beat the faces and shave the heads of those who participated in Valentine’s Day customs. “We will not allow westernization of Indian culture as St. Valentine was a Christian and celebrating Valentine’s Day would be a violation of Indian culture,” said Ved Prakash Sachchan, of the militant Hindu organization Bajrang Dal, in Uttar Pradesh. Similarly, a leader of the radical Hindu group Shiv Sena has condemned the holiday as “nothing but a Western onslaught on India’s culture to attract youth for commercial purposes.” Members of the group have stolen Valentine’s Day greeting cards from a store and ceremonially burned them.

Similar Valentine’s Day backlash has occurred in many Muslim countries. In Pakistan in 2004, the Jamaat-e-Islami party, an Islamist organization, called for a ban on Valentine’s Day. One of its leaders dismissed it as “a shameful day” when Westerners “are just fulfilling and satisfying their sex thirst.” Also in 2004, the government of Saudi Arabia issued an edict declaring that “there are only two holidays in Islam – Eid al-Fitr and Eid al-Adha – and any other holidays … are inventions which Muslims are banned from.” Police closely monitored stores selling roses and some women were arrested for wearing red.

Despite this official opposition from authorities, many people in Middle Eastern countries seem to be enjoying the new holiday. One shopper, buying a red heart-and-rose card for her son-in-law, is reported as having dismissed the backlash as “only rigidity and cultural backwardness. Through the crackdown, they only buy people’s greater hatred and enmity.”
Sources

1. “Lupercalia.” Encyclopædia Britannica. 2005. Encyclopædia Britannica Premium Service .
2. Herbert Thurston, “St. Valentine.” The Catholic Encyclopedia, Vol. XV (1912).
3. Geoffrey Chaucer, “The Parliament of Fowls,” lines 309-10.
4. “History of Valentine’s Day.” ChristianityToday.com. February 14, 2004.
5. Valentine’s Day – The Greeting Card Association.
6. “The Chinese Valentine’s Day.” Chinese Fortune Calendar.
7. “No happy Valentine’s Day in India.” CNEWS Canada, February 12, 2004.
8. Daniel Pipes, “Hating Valentine’s Day.” Pakistan Today, February 20, 2004. .
9. “Militant Hindu Valentine threat.” BBC News South Asia, February 12, 2001.

More Links on Valentine’s Day

* Hindunet discussion of Valentine’s Day in India (2000).
* Valerie Tan, “Valentine’s Day in India.” February 12, 2004. Radio Singapore International.
* John Henley, “I’m a frog, you’re a princess.” February 14, 2002. Guardian Unlimited. About Valentine’s Day in France.
* Survey on Valentine’s Day and White Day in Japan. Japan-Guide.com

*****

Valentine’s Day synonymous with vice, Jakim tells Muslims

PUTRAJAYA: Islam has never rejected the good things brought by the Western world, including in matters concerning love and the way of showing our love to others, said Malaysian Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

“We accept and celebrate Mother’s Day and Father’s Day, for example, to commemorate our love for our parents.

“At the same time, however, Islam would reject anything, even from the Eastern culture, if it contravenes the Islamic teachings,” he said when launching the ‘Mind the Valentine’s Day Trap’ campaign here.

He said Islam was not opposing the celebration of love, but vice activities that usually took place during the celebration.

“That is why a fatwa (edict) was issued to prevent and advise Muslims not to celebrate Valentine’s Day because in reality, as well as historically, the celebration of Valentine’s Day is synonymous with vice activities,” he said.

The fatwa, issued by the National Fatwa Council during its 71st conference almost six years ago, stated: “The spirit of Valentine’s Day celebrations is associated with elements of Christianity and vice activities that are prohibited in Islam.”

Wan Mohamad said the explanation on this matter was vital to ensure that Islam would not be defamed as opposing all festivals and celebrations of other religions like Christmas Day, Deepavali, Chinese New Year, Gawai and the like.

“We just cannot get involved with other religion’s worshipping rituals. In a social event, we can always join the non-Muslims, no problem.

“Our leaders also attend such an event. Even the muftis attended tea parties organised by their neighbours celebrating Christmas,” he said.

The ‘Mind the Valentine’s Day Trap’ campaign is aimed at preventing Muslims, especially teenagers, from celebrating Valentine’s Day which falls on Feb 14.

He was responding to concerns from the Christian community that the edict had erred when it referred to Valentine’s Day as a Christian observance.

“To suggest that Valentine’s Day is observed by Christians is unfair and misleading.

“Valentine’s Day is a secular observance that is not celebrated religiously by churches in Malaysia or worldwide,” said Council of Churches of Malaysia general secretary Reverend Dr Herman Shastri.

*****

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)

Menurut pandangan Islam

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri ‘terjun’ dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang ‘martyr’ bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak ‘akidah’ muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah ‘Valentine Day’.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis’ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi ‘acara keagamaan’ yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN

Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL

Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan ‘alternatif’ terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan ‘robot’ yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset ‘MURTAD’ yang mafhumnya :-

“VALENTINE” adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari ‘kasih sayang’ kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Compiled by : Sanaa 13/02/11

2 Responses

  1. salam San..

    Sebagai orang Islam kita terpaksa akur dgn fatwa yg dikeluarkan memandangkn panel majlis fatwa ni bkn terdiri dr seorang ulamak dan calang-calang pengetahuan agama diorang .. malah melalui byk kajian… jgn kita pertikai sesuatu hukum tu hye pd lojik semata..bg teman apa yg teman ini faham kenapa ‘Valentine Day’ ini difatwa kn haram untk umat Islam di negara ini raikanya adalh bukan hya pd pengisian atau cara hr tersebut diraikan semata.. tp yg lebih ‘memudaratkan’nye adalh pd sebab.. kewujudan atau asal usul sambutan ‘Valentine Day’ itu sendiri.. bersempena pd apa..dan diraikan oleh penganut agama mana..itu yg utama maka apa shj pengisian yg menggambar kita sebagai mengingati malah merayakannye sama sekali tidak dibenar atau haram utk kita sertai.. soal kita mengisikan hr tersebut dgn perkara kebaikan tidak timbul kerana kita boleh lakuknnye samaada hari2 lain ataupun pd hr yg sama tanpa merujuk pd ‘Valentine Day’ itu sendiri.. igt lh klu kita lakukan kebaikan sekalipun sebagai meraikan ‘Valentine Day’ ini.. mn pergi nye ISLAM IS WAY OF LIFE KITA.. walaupun kita anggap ianye terlau kecik.. tp jgn kita lupa ianye merupakn sikit sebanyak kemenangan bg pihak yg ‘satu lagi’…jgn lh kita nafikan bahwa keruntuhan yg berlaku pd umat Islam khususnya di tempat kita ni disebabkn oleh ‘pahaman dan cara hidup yg bercampuq aduk’ ini.. teman mungkin dianggap kolot kerana berfikiran sebegini..tp teman bangga kerana tidak terdedah dgn budaya2 yg tidak dituntut dlm agama..

  2. Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita sama sama mendapat Syufa’at Nabi dan sama sama memuliakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W dan dapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: