• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Subuh Hening

Di subuh hening yang sunyi
Ketika umat Islam menyambut kelahiran nabi
Seluruh alam berselawat kini
Nabi Muhammad SAW yang di kasihi

Keheningan pagi seolah mengerti
Hari yang mulia dan di ingati
Bertafakur pohon dan alam di pagi hari
Hamba insaf kerdilnya diri ini

Selawat dan salam ke atas baginda
Pesuruh Allah kepada umat manusia
Perwatakan yang mulia dan wibawa
Menjadi petunjuk di dunia semesta

Baginda di ingati di hari ini
Jangan lupa selawat sehari-hari
Sebati diri dengan sunnah nabi
Itulah pesanan yang hamba dengari

Oleh itu ada insan bertanya
Apakah sambutan ini kerana budaya
Kerana tidak di lihat di mana-mana
Hanya di sini orang menyambutnya

Jawapan di beri tafsirlah sendiri
Selawat nabi amalan murni
Tidak di lupa walau sehari
Sambutan di buat sebagai memperingati

Saudara baru pula berkata
Masyarakat majmuk berbilang bangsa
Adat dan budaya tentunya berbeza
Namun tiada yang membezakan manusia

Sekeping hati di bersih selalu
Berzikir berselawat tidak kenal waktu
Kekotoran di hapus hidup bersatu
Tiada istilah Islam itu Cina India atau Melayu

Islam agama yang jitu
Tidak memilih siapa kau dan aku
Menyerah diri kepada Allah yang satu
Sucikan hati bersihkan diri selalu

Ingatilah utusan Allah setiap hari dan masa
Hayatilah juga perwatakan baginda
Nabi Muhammad SAW junjungan kita
Bukan di ingat hari ini sahaja

Serba sedikit ceramah di hari ini
Ketika hamba bersama-sama tadi
Ada satu yang paling melekat di hati
Muslim di sini Islam di luar negeri

Penceramah bercerita sedikit pengalaman
Yang pasti sering kita dengarkan
Ada kala lupa dalam kesibukan
Oleh itu beliau membuat ulangan

Seorang Christian datang bertanya
Beza agama dan budaya
Kenapa di sini tidak serupa
Seperti Islam di lain benua

Berada di Malaysia sekian lama
Teringin membeli sedikit cenderamata
Lalu songkok menawan hatinya
Di beri pula pada kenalan lama

Salam di hulur ketika mencuba
Kerana songkok di atas kepala
Sewaktu di sini jarang mendengarnya
Sesama Muslim berselisih di mana jua

Kejadian berlaku membuka hati
Menghayati Islam dengan terperinci
Islamic Center mereka kunjungi
Kini agama Islam petunjuk diri

Menjadi penceramah di sana sini
Kisah ini sudah di sebut berkali-kali
Pesanan yang pasti mereka beri
Berilah salam kukuh ukhwah di hati

Kita semua manusia biasa
Di ulang lagi tiada yang berbeza
Andainya ada masalah jiran tetangga
Tegur mereka jangan di benci dan mengata

Begitu kerdil kita sebagai hambaNYA
Namun masih ada mencaci dan menghina
Pangkat dan darjat tetap di bangga
Di sisi Allah hanya amalan yang di terima

Sedikit pesanan untuk diri
Hamba kongsi bersama di sini
Sama-samalah kita menghayati
Perjuangan Rasulullah di zaman ini

Owned and written by : Sanaa 15/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: