• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Satu Cerita

Pagi tadi sang pencerita melayan perasaan
Tidak pula di ketahui apa yang di angankan
Membelek setiap lembaran dan helaian
Namun tiada satu yang menarik perhatian

Ruangan hiburan hambar dan lesu
Cerita yang ada tidak menawan kalbu
Lagi di belek lagilah mataku menjadi kuyu
Kerana Uda yang senyum tak seperti selalu

Mulalah hamba senyum seorang diri
Pabila gambaran datang silih berganti
Baju merah tidak pernah ku lupai
Trailer pulak melambai-lambai tidak henti

Kata hati…cuba sehari tak bayangkan cjolimoli
Lalu di sokong carpet di sisi
Mana mungkin…mereka mekar di hati
Tidak pernah sehari diri ini melupai

Teropong tersenyum mendengarkan
Hamba memandang dengan jelingan
Janganlah gundah wahai karyawan
Lihat ini pasti idea datang mempersembahkan

Senyum kelat yang Uda beri
Gambar kelabu hilang inspirasi
Lalu hamba tenung bagai menembusi
Sehingga tertera senyuman cjolimoli

Barulah segar mata memandang
Wajah berdua duduk bertentang
Mengawal gelodak dan gelombang
Jalinan Kasih timbullah bayang

Suara merdu bagai berkumandang
Bila helaian menjadi renungan
Gelak dan tawa bagai berdendang
Senyuman Uda makin menawan

Rupa-rupanya si bunga hati
Yang membelek helaian tadi
Oleh kerana senyum kelat Uda beri
Dara ketawa tidak di kawal lagi

Tawa Dara memecah kesunyian
Apabila masih menatap helaian
Riang benar adinda pujaan
Sehingga ketawa sukar di hentikan

Manakah tidaknya wahai kekanda
Wajahmu nampak basi sahaja
Kalaulah wajah ini di hantar pada penaja
Pasti fail tidak ada yang teruja

Ke mana hilangnya tampan dan pesona
Adinda telah mengambil semua
Jawapan Uda beri dengan manja
Eh eh kita pulak yang di jadikan mangsa

Hai hai Dara menggelengkan kepala
Dinda ingat photographer pun tak terkata apa
Uda yang menjadi dambaan semua
Senyum kelat masuk center page pula

Amboi amboi seronok sungguh mengata
Hendak juga kanda cubit nantinya
Uishhh jangan nanti stering pusing salah hala
Front page cerita kita berdua

Ketawa manja di awal pagi
Halwa telinga buat hamba di sini
Senyum manis nampak berseri
Itulah cjolimoli yang di kasihi

Tiada berita merasa sunyi
Hendak di skodeng semuanya di hati
Lalu hamba buka helaian diari
Kasih di padu berisi kini

Sekali lagi hamba ulangi
Rahsia hati terkunci rapi
Wartawan bertanya berkali-kali
Jawapan di beri memang menepati

Tafsirlah apa yang di kata
Sahabat karib dan teman setia
Carilah makna sehingga berjumpa
Pasti tahu isi di sebaliknya

Perjalanan di buat di pagi hari
Sarapan pagi bersama tadi
Itulah kata hati hamba ini
Nasi lemak sotong amat di gemari

Tibalah Uda dan Dara di destinasi
Menyambung kerja untuk hari ini
Uda juga perlu ke lokasi
Itulah kabaran teropong beri tadi

Good bye ucapan di beri
Kepada siapa…tidaklah di ketahui
Flying kiss hamba tambah di sini
Siapa nak tahu wirid ribuan kali

Sebelum meninggal pergi
Cubitan manja Uda beri
Kepada kekasih pujaan hati
Pabila buah hati khayal di sisi

Aduhh…itulah yang kedengaran
Selepas itu bergusti tangan
Haihh tak habis-habis ini pasangan
Datang si abang hendak meleraikan

Adik abang yang mulakan dulu
Dengan manja Dara mengadu
Haihh sudah…nanti ku ikat di pohon hempedu
Jangan pula nanti asyik rindu-rindu

Betul juga bagai di kata
Menjelang petang sudah bersuara
Rasa hati di utus pada Dara
Habis semua orang ingin meneka

Wahai merpati dua sejoli
Ada yang cuba memancing sejak tadi
Pasti gambar menjadi sumber inspirasi
Malangnya sibuk tak terkira cjolimoli

Sepanjang hari mencari cerita
Inilah hasil dari termenung lama
Terima kasih wahai teruna dara
Menghibur hamba yang sedang berduka

Doa hamba tetap mengiringi
Semoga kasih terjalin kukuh berdiri
Jangan di biar hasutan mendahului
Baik-baik jaga diri

Sehingga kita bertemu kembali
Di lain ruangan esok hari
Harapnya nanti hadir dalam mimpi
Dapatlah hamba menulis lagi

Owned and written by : Sanaa 16/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: