• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Hikmah

Salam dan selawat ke atas Nabi
Bersyukur hamba kerana masih di sini
Menulis apa yang rasa di hati
Demi mencari sesuatu hikmah di beri

Di awal subuh masih sunyi
Hamba meniti kesunyian pagi
Melihat rahsia alam yang masih tersembunyi
Apakah makna yang tersimpan lagi

Warga kota masih di ulit mimpi
Tiada kenderaan bising berbunyi
Cengkerik pula sudah berhenti
Unggas sahaja masih mencari-cari

Setiap insan ada tanggungjawab di beri
Dalam meniti kehidupan ini
Alhamdulillah nadi masih berdetik lagi
Untuk terus mencari kebesaran Ilahi

Perjalanan hidup yang di lalui
Ranjau dan onak sudahlah pasti
Kaya miskin punya kekurangan diri
Pemberian Allah tiada siapa ketahui

Jangan di salah takdir diri
Pabila cabaran mesti di tempuhi
Jangan juga mudah berkata itu ini
Itulah amanat nenek sejak dahulu lagi

Adakalah kita sering di uji
Untuk melihat keyakinan diri
Kemampuan hidup mencari rezeki
Di bumi Allah yang kaya ini

Tidak ramai yang mengetahui
Bagaimana hendak membuka kunci
Mendapat nikmat hidayah di bumi ini
Akhirnya keluh kesah yang di dengari

Begitu juga dengan hamba sendiri
Adakala pertanyaan banyak sekali
Kenapa dan mengapa sudah pasti
Bila bercerita tohmahan di terima lagi

Lebih baik berdiam diri
Itulah yang keluar dari mulut ini
Namun hamba manusia yang di beri
Sempurna anggota terus di uji

Tulisan hamba telah banyak kini
Adakala hamba terlupa tanpa disedari
Namun sedih melanda hati ini
Bila di kata menulis tidak dari hati

Tidak hamba salah orang yang berkata
Kerana hamba juga hanya seorang manusia
Adakala tulisan tidak menepati adanya
Tercalar luka bila orang membaca

Pujian dan kejian datang dari kita
Pendapat manusia juga berbeza-beza
Pesanan nenek masih hamba bawa
Jangan di benci orang yang berkata

Kita makhluk Allah di bumi ini
Pendapat saja yang tidak di persetujui
Jangan hidup saling benci membenci
Andai ada cepat-cepat bersihkan hati

Mata pena sering bercerita
Melepas rasa apa yang ada di dada
Kerana itu tulisan juga berlainan cara
Mengikut arus ketika menulisnya

Tidak mungkin semua memahami
Tidak juga boleh hamba memenuhi
Perasaan yang ada akan terus di kongsi
Terpulanglah kepada teman dan pembaca di sini

Mencari hikmah di subuh hari
Itulah tajuk yang hamba beri
Salah dan silap harap di maafi
Layarilah hidup terus mencari erti

Selamat berhari minggu wahai teman
Bangun pagi buatlah senaman
Walaupun jalan di sekeliling taman
Cergaskan minda dan juga pandangan

Hamba hendak ke tasik sebentar lagi
Insha’Allah ada idea yang boleh di kongsi
Oleh itu hamba berhenti di sini
Di lain ruangan bertemu lagi

Owned and written by : Sanaa 20/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: