• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Terima Kasih

Salam dan selamat pagi kepada semua:-

Sang pencerita berfikir di awal pagi
Walaupun cerita asyik di nafi
Kisah mereka tetap di nanti
Majalah akhbar masih menulis lagi

Blog ini juga masih berbunyi
Cerita mereka tetap hamba layari
Mungkin ada yang tertanya-tanya kini
Kenapakah asyik cjolimoli

Teropong dan carpet hamba beritahu
Segala cerita terasa sendu
Entah kenapa pagi ini jadi begitu
Seolah-olah kabaran datang kepadaku

Hidup berdua sentiasa di perhati
Sehingga ada membuat tafsiran sendiri
Bagai mereka milik peribadi
Tidak senang ke sana dan ke mari

Gossip dan tohmahan sudahlah pasti
Yang benar juga tidak di ketahui
Kisah cinta yang tersimpul rapi
Banyak juga andaian yang di beri

Uda dan Dara asyik menafi
Membuat orang tertanya sendiri
Siapa si dia kekasih hati
Kalau hanya Dara sentiasa di sisi

Uda juga sentiasa di sisi
Walau ke mana mereka pergi
Membuat hamba terbayang di pagi hari
Wajah manis senyum berseri

Teman rapat sahabat karib alasan di beri
Kami menerima dengan senang hati
Namun tahankah kalau asyik di uji
Untuk terus dengan penafian ini

Hamba tetap yakin dan percaya
Rasa hati hanya untuk berdua sahaja
Bukan untuk di sebar merata dunia
Dari dahulu itulah yang hamba rasa

Kuat dan tabah terus menjalani
Walaupun cerita tidak pernah berhenti
Mungkin waktu tidak menepati
Untuk mereka berterus terang sekarang ini

Hitam putih kehidupan yang di lalui
Sering menjadi cerita tidak henti
Kebaikan yang ada tidak di hargai
Perubahan diri juga tidak mencukupi

Apakah rasa dan tafsiran tidak menepati
Sehingga hamba menulis pantun ini
Hampir menitis airmata di pipi
Mempertahankan kasih cjolimoli

Sokongan tetap hamba beri
Walaupun tiada kata pasti
Kerana mereka hamba berada di sini
Coretan ku di baca se hari-hari

Terima kasih wahai cjolimoli
Kerana memberi sumber inspirasi
Andainya novel ku siap nanti
Hamba mohon tandatangan di beri

Selamat berjuang anak seni
Biarlah rasa tersimpan di hati
Kerana ia milik peribadi
Hanya sesekali boleh di kongsi

Izinkan hamba dengan harapan
Kerana itu yang masih tersimpan
Tidak goyah walau ribut dan taufan
Insha’Allah suatu hari Allah makbulkan

Doa hamba buat berdua
Semoga perjalanan di berkati sentiasa
Di rahmati dalam segala usaha
Begitu juga menyulam cinta

Terima kasih nama pantun di beri
Setelah terjaga di subuh hari
Kepada merpati dua sejoli
Senyuman berdua tidak pernah ku lupai

Akhir kata dari hamba
Selamat bekerja demi cinta
Pada seni pertemuan berdua
Hikmah yang ada belum nampak di mata

Hanya hati sering merasa
Menjadi hamba sang pencerita
Tidak salahkan Uda dan Dara
Doa yang baik di iring sentiasa

Selamat beristirehat wahai semua
Di hujung minggu yang ceria
Bersama keluarga dan teman tercinta
Semoga sihat sejahtera adanya

Terima kasih kepada teman semua
Jasamu tidak terbalas oleh hamba
Doa tulus hamba meminta
Semoga semua hidup bahagia

Owned and written by Sanaa : 19/02/11

6 Responses

  1. Why sound so sad nie?? Chill ok…n keep writing.

  2. kalau ada novel nya, jgn lupa gue di Benua ini….
    gue mau juga baca dong…

    Selamat pagi non…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: