• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Huishh Cerita Lagi

Siang tadi hamba ke kenduri
Majlis pertunangan dan khatam sekali
Cantik sungguh bakal pengantin tadi
Warna pink tema di beri

Lalu teringat kembali mimpi
Sewaktu cincin tersarung di jari
Senyum manis nampak berseri
Tentulah Dara yang di kasihi

Mimpi itu kenangan indah
Di ulang-ulang bila merasa gundah
Kadang-kadang terasa payah
Alam nyata dan mimpi yang tak sudah

Bila di kenang nampaklah bayang
Wajah berdua dalam kasih sayang
Pastinya bukan di dalam wayang
Depan mata di hari siang

Rajuk marah adat bercinta
Itulah kisah teruna dara
Cuma janganlah ada cemburu buta
Termakan hasutan jauhi juga

Kasih sayang di pupuk mesra
Adat berkasih orang bercinta
Jangan juga ada salah sangka
Andai tiada bukti yang nyata

Itulah dulu emak dah berpesan
Jangan pandai-pandai simpan perasaan
Tercuit sikit melenting tak ketahuan
Hujung pangkal tidak di semakan

Kecil-kecil cili padi
Bila marah bagai gunung berapi
Comel pulak tu bila senyuman di beri
Hai inilah ia ragam muda mudi

Duduk berjauhan terasa rindu
Bila dekat darling I love you
Kalau dua-dua kepala batu
Alamat pecah dinding rumah ku

Apalagi hendak di cerita
Oh ya kerana penat hamba berehat seketika
Lalu di baca novel lama
Mills and Boon koleksi zaman remaja

Hamba ketawa bila teringat semula
Kisah cinta teruna dan dara
Dalam buku detail segala
Wajah tampan kacak bergaya

Sexy mexy gelaran di beri
Watak wanita dalam cerita ini
Menggiurkan semua lelaki
Benci membenci sudahlah pasti

Dalam benci timbul rasa
Lepaih itu ada cinta
Nak mengaku jauh sekali adanya
Kalau bergaduh tak ingat apa

Begitulah ringkasan cerita
Novel cinta sama sahaja
Indah segala tiada cacat cela
Cuma tidak mengaku adanya cinta

Alam nyata ada juga
Kalau tak percaya tengok Nur Kasih semula
Versi Melayu orang tak sangka
Di olah pengarah bagai buku cerita

Siapa kata Adam tak cinta
Tidak di lafaz hati terasa
Power of Love hamba kata
Kerana itu asyik di ulang semula

“Berhantu” sungguh cerita ini
Itulah kata kawan-kawan tadi
Tidak pernah jemu di ulang berkali
Berbagai memori menggamit mari

Kisah cinta teragung di abad ini
Dapat di lihat di alam realiti
Memang ada tidak hamba sangkal lagi
Tidak percaya tanyalah cjolimoli

Bertuah sungguh cjolimoli
Orang bercerita doa di beri
Semoga berbahagia meniti hari
Juga perjalanan di dunia seni

Anggaplah ingatan sebagai doa
Dari kami peminat yang setia
Nak jumpa memang tak tahu bila
Dengar cerita tersenyum juga

Hamba dah meraban sehari dua ini
Menulis panjang tiada isi
Yang ada hanyalah cjolimoli
Cinta tersimpan kukuh berdiri

Janganlah marah merpati dua sejoli
Senyum senyum jangan menangis lagi
Manja ku hanya kau yang ketahui
Eh eh betul ke tu wahai cjoli😀

Kalau di sambung panjanglah lagi
Nanti lama-lama orang benci
Oleh itu hamba berhenti di sini
Semoga esok ada idea di beri

Owned and written by : Sanaa 20/02/11

2 Responses

  1. ‘Kalau di sambung panjanglah lagi’
    ‘Nanti lama-lama orang benci’
    eihhh..tak de lh smpai benci
    cuma ade la skit naik ngeri..hihihi

    • hahaha pantun mu lucu sekali
      bilang saja sang pencerita tak betul kini
      kerana itu teman naik ngeri
      nanti ini blog makin sunyi…hihihi

      sakit anggau datang lagi
      org lain bercinta hamba tak betul di sini
      entah apalah serapah jampi
      tempiahnya dok kena teman berkali-kali

      thank u wahai temanku Dee
      menemani hamba di blog ini
      sana sini dok asyik tak henti
      sembang pasai cjolimoli

      nak tunggu filem lambatlah lagi
      filem baru belum berbunyi
      jadi hamba meroyan seorang diri
      lepaskan tension di blog ini

      itulah serba sedikit penerangan di beri
      terimalah kasih sbb tak dok benci
      bila free singgahlah lagi
      boleh sama-sama pi makan chapati:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: