• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Tengok Saja Jangan Cuit

Selamat pagi kepada semua teman di sini
Harapnya janganlah tinggalkan sarapan pagi
Andainya belum marilah sama-sama kita pergi
Minum kopi dan makan chapati

Sebuah lagu sedang berkumandang
Lirik kata Jangan pegang-pegang
Nasihat kepada semua orang bujang
Hanya boleh di pandang-pandang

Dengarkan lirik dan dendangan
Mungkin ada sedikit pengajaran
Namun tidak semua yang makan saman
Kerana syaitan memang berkeliaran

Orang Melayu banyak adat dan budaya
Begitu juga dalam bercinta
Orang dulu tak kenal rupa
Malam pertama itulah orangnya

Adakah hari ini boleh di terima saja
Tanpa mengenal hati budinya
Tengok wayang makan sama-sama
Andai tak jumpa rindu tak terkira

Berkasih bercinta naluri manusia
Tidak boleh lari dari ingin merasa
Kasih sayang kedua ibu bapa
Tidak sama dengan kekasih yang ada

Namun begitu banyak ranjau dan liku
Untuk di tempuh tidak mengira waktu
Rasa hati tidak boleh di ikut selalu
Akibatnya kita sendiri mendapat malu

Bila berdua ada orang ketiga
Kepala bertanduk syaitan di beri nama
Itulah lirik di dengar hamba
Pesanan di beri kepada teruna dara

Realiti yang ada tidak begitu
Tidak bertemu terasa rindu
Bila bertemu pasti pegang-pegang gitu
Lagu pula tak beri buat macam tu

Kalau duduk berdua ada orang ketiga
Datang menghasut peganglah lama-lama
Bila nafsu menguasai segala
Pegang itu boleh pergi ke mana sahaja

Antara nasihat dan nyata
Bagaimana kita mengawal adanya
Kerana ia sudah sampai peringkat gejala
Sopan dan santun tidak lagi bermakna

Selesai sudah sarapan pagi
Balik office sambung dengar lagi
Katanya kalau sudah berkenan di hati
Hantarlah pinangan tanda jadi

Lalu hamba tersenyum sendiri
Masih adakah begitu sekarang ini
Kalau tak dating tak mungkin menjadi
Berkawan dulu kenal poket tebal mana nanti

Zaman sekarang memang tidak serupa
Tuntutan hidup melebihi segala
Lelaki juga banyak tipu dan daya
Wanita pula pilih yang berada

Hadapilah kenyataan ini
Walau tidak semua yang begini
Seekor kerbau terpalit semua sekali
Dalam lagu memang enak di dengari

Realiti yang ada rumit sekali
Kerana ia datang dari hati sendiri
Oleh itu hargailah pemberian ini
Indah masa remaja tidak berulang lagi

Niat hamba ingin melawak di pagi hari
Tiba-tiba jadi serius pulak ni
Oklah..anggap saja nasihat di beri
Untuk sama-sama kita kongsi

Kepada pasangan yang hangat bercinta
Jangan jadi cinta pemusnah segala
Hargai ia dengan sebaik-baiknya
Kerana cinta datang dari Allah jua

Aidil berkata bila Adam bertanya
Nabi juga amat cintakan isteri mereka
Namun janganlah sehingga kita lupa
Kepada Allah yang memberi kurnia

Lalu Adam bertanya lagi
Tidaklah salah tetap mengharap Nur kembali
Jawapan Aidil tenang rasa di hati
Dunia akhirat Nur isteri yang di impi

Nur Kasih memberi erti
Ini telah hamba ulang berkali
Apakah mampu untuk kita ikuti
Pengajaran yang ada di sebalik ini

Teramat payah untuk hamba lupakan
Pasangan yang memberi kejutan
Aura yang mengalir amat berkesan
Sehingga sekarang menjadi bualan

Tidak salah hati berkata
Hubungan “Adam dan Nur” amat istimewa
Di alam nyata terus di tanya
Hati berdua yang tahu segala

Dari lagu kepada cerita
Sudah bermula dongeng sang pencerita
Entah apalah nak jadi agaknya
Nur Kasih di ulang semula

Wahai Uda dan Dara yang di kasihi
Baik-baiklah jaga diri
Jangan di abai kasih yang di beri
Pupuklah ia untuk terus berseri

Mata dan hati hamba berkata
Amatlah pedih untuk menahan segala
Marah dan rajuk jadi perhatian jua
Walaupun tidak tahu duduk perkara

Izinkan hamba turut merasa
Gembira sedih adik berdua
Kerana itu sebahagiannya istimewa
Yang tidak mungkin di ketahui semua

Dengan itu selesailah sudah
Cerita karangan yang hamba gubah
Janganlah hati merasa gundah
Ceriakan hari mu dengan hal berfaedah

Selamat bertugas wahai teman
Harapnya semua sudah bersarapan
Jangan di simpan dendam perasaan
Marilah bersama kita leraikan

Owned and written by : Sanaa 21/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: