• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • February 2011
    M T W T F S S
    « Jan   Mar »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28  
  • Archives

Entah Kenapa

Hari ini hamba resah sahaja
Kerja yang banyak sakit kepala
Rehatkan minda buat sementara
Lalu mencari bahan cerita

Ruangan gossip hamba layari
Untuk melihat apakah cerita lagi
Hmmm tak habis-habis mengata dan mengeji
Bertambah tension hidupku ini

Uda dan Dara masih di perkata
Suka benar fitnah di tabur merata
Apakah boleh tidur mereka ini semua
Menulis dengan sewenang-wenangnya

Tiada cerita lakaran menepati
Walaupun sudah berkali Dara menafi
Panjanglah pula komentar di beri
Seolah mereka semua sesuci embun pagi

Perkataan di guna sakit membaca
Hamba tutup marah menyala-nyala
Di sabarkan hati bertenang adanya
Ingin saja membidas semua

Bila membaca hamba merasa
Cerita chemistry yang hendak di taja
Oleh kerana sambutan tidak seberapa
Berbagai helah pula di reka

Puas sudah hamba berfikir
Kenapalah kita semakin fakir
Negara maju manusia tercicir
Di salah pula orang yang mentadbir

Adakala mahu hamba percaya
Hukum alam yang di kata semua
Pepatah lama juga ada menyebutnya
Marahkan nyamuk kelambu di bakar pula

Oleh kerana asyik seronok duduk mengata
Ilmiah tiada fikiran sempit adanya
Rezeki tidak masuk kepada mereka
Waktu kerja cerita asyik di jaja

Inilah sebahagian yang hamba baca
Tunjuk lagak marah pada semua
Kenapa tidak boleh laman di buka
Untuk terus menulis segala berita

Di kata pula lagak beriman
Macamlah gaji hendak di naikan
Hamba senyum syabas di ucapkan
IT department yang membuat catuan

Marah reda geram melanda
Kerana cerita di kait Uda dan Dara
Ini manusia akal entah di mana
Sehari-hari asyik duduk mengata

Padan juga muka sang pencerita
Siapa suruh buka column gossip pula
Kalau mereka tahu batasnya
Tidaklah hari-hari duduk mengata

Kepala ku berdenyut lah lagi
Bila teringat manakah cjolimoli
Senyap semacam sejak akhir-akhir ini
Burung juga tidak lagi menyanyi-nyanyi

Sunyi pula rasa di hati
Kerana mereka adalah sumber inspirasi
Bila dah sakit-sakit begini
Kisah dongeng memberi erti

Hamba tunggu tarikh di beri
Untuk hamba melompat tinggi-tinggi
Teropong dan carpet berpesan tadi
Duduk diam-diam doa terus mengiringi

Wahai teropong dan carpet yang di kasihi
Insha’Allah tidak pernah lupa doa di beri
Walaupun hamba di kata apa sekali
Doa ku tetap buat cjolimoli

Hamba percaya pada diri
Tidak akan ku sia-sia sumber inspirasi
Menunggu tarikh nikahnya nanti
Jangan marah telah hamba ketahui

Anak kecil bermain api
Sandiwara ku berhenti di sini
Hujung bulan idea terkunci
Dateline yang mesti di penuhi

Pesanan hamba pada semua
Janganlah asyik duduk mengata
Forum cari tiada faedah dan guna
Thread di buka sakit hati di buatnya

Hamba bukan sebaik-baik manusia
Namun tidak mahu berprasangka
Bagai tadi Atan berkata
Sokongan di beri sepanjang masa

Itulah nama peminat setia
Tidak meminta memberi pula
Harapnya janganlah ada di antara kita
Macam mereka di dalam sana

Ohh sudah tu sang pencerita
Nak berhenti sambung panjang pula
Maaf ya teman-teman semua
Terover pula penutup cerita

Owned and written by : Sanaa 28/02/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: