• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Lompat Tinggi-Tinggi

Semasa pagi idea berlari
Talian internet pula buat hal lagi
Hilang juga rasa di pagi hari
Ketika teringat cjolimoli

Semalam hamba di datangi
Hamba Allah bertanya kini
Ke manakah hilangnya cjolimoli
Senyap dan sunyi tiada bunyi

Hairan sungguh dengan pertanyaan
Kenapa cjolimoli yang di hiraukan
Lalu bertanya apakah tujuan
Berkata pula cjolimoli senyap tidak kedengaran

Senyuman di beri sambil berkata
Apakah benar mereka telah berumahtangga
Hampir gugur jantung sang pencerita
Terperanjat sehingga hilang kata-kata

Wahai tuan hamba yang budiman
Di manakah berita di muatkan
Tidaklah hamba tahu kebenaran
Kecuali dalam segala angan-angan

Angan-angan sang pencerita di sini
Semoga dapat lompat tinggi-tinggi
Kabaran yang tuan hamba beri
Membuat debaran di hati kini

Hamba tidak mengenal pasti
Siapakah penyebar berita ini
Namun rasa indah di dalam hati
Sehingga membawa hamba ke mari

Maafkan hamba terus bertanya
Siapakah gerangan wahai tuan hamba
Begitu yakin dengan segala berita
Tarikh bilakah yang di pilih mereka?

Sang Pencerita juga pernah berkata
Tarikh di ketahui menjadi rahsia
Hati berdebar-debar punya makna
Pasti sang pencerita tahu jawabnya

Sang Pencerita menjadi keliru
Di manakah orang ini mendapat tahu
Kenapa hadirnya dalam mimpi ku
Cjolimoli masih diam membisu

Hati sang pencerita sering berdebar
Menunggu berita manalah tahu tersiar
Pengubat resah yang melengkar
Terus di didik menjadi sabar

Usah di fikir di sangsi
Tiba masa lompatlah tinggi-tinggi
Keikhlasan hati sejak dahulu lagi
Hanya mereka berdua yang mengetahui

Sakit di hati orang berkata
Hanya sabar ubat penawarnya
Kerana itu semua menjadi rahsia
Tidak mahu di jadikan berita

Lompat tinggi-tinggi nama di beri
Berbahagialah merpati dua sejoli
Harapan hamba kian meninggi
Sehingga tertanya-tanya sendiri

Wajah berdua dengan senyuman
Hadir terbayang dalam ingatan
Semoga kasih terus berpanjangan
Hamba masih menanti dalam debaran

Perasaan dan rasa tidak di kongsi
Kerana hamba bimbang di salah erti
Andainya tidak silap rasa di hati
Perjanjian akan di meterai membilang hari

I have had dreams and I have had nightmares, but I have conquered my nightmares because of my dreams. Jonas Salk

Kata-kata di atas hamba amati
Banyak juga benar yang di beri
Kehidupan adakalanya mimpi
Yang memberi kejayaan diri

Tiada yang kekal di dunia ini
Namun tidak salah juga bermimpi
Kerana kita manusia yang di lengkapi
Marah sabar rajuk manja kasih untuk merasai

Selamat malam cjolimoli
Semoga perjalanan sentiasa di berkati
Hanya doa yang dapat hamba iringi
Semoga bahagia dan jaya terus di kecapi

Sebelum tidur lompat tinggi-tinggi
Untuk cepat angan-angan menjadi
Jangan bimbang hamba masih waras di sini
Pantun di tulis terkenang cjolimoli

Selamat beristirehat wahai semua
Semoga nantinya tidur lena
Andainya ada mimpi yang mengena
Nanti bolehlah kita kongsi sama-sama

Owned and written by : Sanaa 03/03/11

One Response

  1. wow alhamdullilah…
    gue dah lompat pun….benjol dah kepala ne terhantuk dek ceiling….
    {mode happy}

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: