• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Masa

Di awal subuh yang tenang
Ketika azan berkumandang
Irama sayu hinggap di gegendang
Mengejut umat untuk bersembahyang

Sunyi alam tiada bunyi
Itulah subuh nan murni
Embun menitis jatuh ke bumi
Bangun kita menunaikan suruhan Ilahi

Bermacam rasa di pagi hari
Sedih pilu gembira perjalanan ini
Adalah nikmat yang di beri
Untuk kita sama-sama mensyukuri

Dalam sedih ada tawa
Dalam sendu ada gembira
Itulah kita namanya manusia
Bersama masalah tidak putus adanya

Seorang teman datang memberi kabar
Kisah sahabat lama yang sebenar
Rahsia perkahwinan yang di bongkar
Perceraian di mohon setelah hilang sabar

Kenapa pula jadi begitu
Itulah soalan hamba terdahulu
Usia perkahwinan sedekad waktu
Putus di minta setelah menimang cucu

Hidup mewah sejak dahulu
Tiada yang kurang kata hatiku
Pandangan mata cantik selalu
Isi di dalam memang tidak ku tahu

Rumah besar tersergam indah
Dari satu bertambah-tambah
Wang ringgit yang melimpah-limpah
Tidak membayar bahagia hingga ke sudah

Hilang sudah kata-kata
Apabila di kata bergaduh sepanjang masa
Di usia yang makin meningkat tua
Si isteri tidak mahu lagi bersama

Si isteri merasa tidak di hargai
Suami di kata sibuk tidak terperi
Wang ringgit yang sentiasa di cari
Memudahkan isteri meninggal pergi

Kisah keluarga yang hamba kenali
Terasa sedih bila mendengar ini
Hilang sudah pedoman diri
Apabila wang ringgit penyelesaiannya kini

Kemewahan di beri tiada erti
Andainya diri tidak di hargai
Itulah kata-kata si isteri
Suami pula berkata “apa yang di perlukan lagi”

Jalan terakhir adalah perpisahan
Tiada apa yang hendak di gundahkan
Wang rumah harta sepencarian
Mungkin juga tidak habis di makan

Hikmah yang ada tidak di ketahui
Cuma rasa terkilan hamba di sini
Di usia senja caci mencari
Mahkamah tempat pertempuran kini

Seorang berkata ego sang lelaki
Tidak menghargai pengorbanan isteri
Berhempas pulas menjaga suami
Tiada ucapan di hari jadi

Hamba duduk mendengarkan
Segala berita yang di kabarkan
Akhirnya membuat kesimpulan
Wang ringgit masih bukan ukuran

Sah dan nyata bahagia tidak di beli
Wang hanya senang untuk itu ini
Namun bahagia sebenar dari hati
Ingin bebas tanpa di belenggu lagi

Runtuh sudah sebuah mahligai
Dalam perjalanan hidup ini
Walaupun punca tidak hamba ketahui
Terasa sedih juga di dalam hati

Alam semesta luas terbentang
Langit biru indah pandangan
Jangan di salah takdir yang mendatang
Ini adalah perjalanan kehidupan

Lalu timbul pertanyaan lagi
Apakah cinta kasih berakhir di sini
Hukum alam tidak begini
Kerana cinta tidak pernah mati

Satu pengajaran dalam hidup ini
Teori yang di buat manusia sendiri
Bila hukum alam sentiasa di nafi
Nasihat kawan lebih bererti

Pantun sekadar melepas rasa
Bila berlaku pada kenalan lama
Walaupun usia kami jauh berbeza
Tidak di sangka inilah penyudahnya

Selamat berhujung minggu wahai semua
Di harap anda sentiasa bergembira
Bersama keluarga kawan tercinta
Hargailah masa yang masih ada

Owned and written by : Sanaa 05/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: