• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Terima Kasih Cinta

Jarang benar saya keluar di waktu malam. Di usia begini kota tidak lagi menjanjikan apa-apa namun amat berlainan sekali malam ini. Meninggalkan rumah dalam usaha mencari. Mencari sesuatu yang tidak pasti. Sinaran neon yang menerangi kota menemani setiap hanyunan langkah kaki membawa saya mencari dan terus mencari. Entah kenapa cinta menjadi realiti di sebuah bangunan yang tersergam indah yang menjanjikan keindahan cinta wujud dalam kehidupan. Hayunan langkah membawa saya menyusuri anak-anak tangga sehingga sampai ke dalam sebuah bilik yang penuh cahaya. Lambang cinta yang terukir membawa gema di sekelilingnya. Itulah Istana Budaya di mana Terima Kasih Cinta di pentaskan.

Cinta membawa pelbagai erti kepada setiap insan. Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah yang memberikan kita cinta seterusnya. Apabila bercinta tentu ada rasa rindu dan apabila rindu terasa pasti ingin bertemu. Begitulah janji sepasang kekasih dan begitulah juga janji kita kepada Allah, pertemuan lima kali sehari menandakan betapa rindunya kita kepadaNYA. Cinta tidak pernah salah. Cinta tidak pernah curang. Cinta tidak menyakitkan cuma gagalnya kita mengenal cinta maka terbitlah segala rasa yang binasa. Cinta juga tidak mengongkong, cinta tidak memaksa namun kita sendiri yang memaksa cinta untuk membuktikan segala. Keegoan juga di katakan pemusnah cinta lalu hangus terbakar menyiksa diri untuk menerima realiti. Itulah yang terjadi di antara Airin dan Harris.

Terkejut Harris dari lamunan apabila isteri menyatakan perasaan yang terpendam. Kasih yang di semai tidak di siram maka layu di pertengahan jalan ketika isteri mohon perpisahan. Perit dan derita membawa Harris mengaku salah yang ada namun ia sudah tidak bermakna lalu anak menjadi perebutan berdua. Kerana cinta Airin mengalah jua, mengundur diri tanpa anak di sisi untuk memulai perjalanan yang di cari. Pencarian juga menemukan Arianna dan Taufiq. Seorang gadis yang mencari kekasih hati yang telah lama menghilang. Tulus hati dan keikhlasan Taufiq dalam membantu membawa mereka dalam sebuah perjalanan. Bantuan yang Taufiq hulur membuat Arianna sedar bahawa apa yang di cari selama ini berada di depan matanya. Kesedaran hadir dalam diri Arianna apabila pencarian yang di cari bukanlah realiti, hanya bayang yang menghantui. Kekasih yang di impi menganggap diri hanya boneka. Cinta Taufiq tulus membuat Arianna merasakan yang sama. Tidak pernah Arianna ketahui keikhlasan hati Taufiq sehingga hari dia hendak melangkah pergi. Kemesraan berputik ketika sering bersama, mendengar keluh kesah, mengamati cita-cita, tidak pernah berputus asa adalah ciri-ciri Arianna yang Taufiq kagumi. Kisah silam Arianna bukan penghalangnya kini walaupun zuriat yang di kandung bukan milik sendiri. Kenangan lalu adalah bagai mimpi yang mendewasakan kita kerana kenangan juga ada hikmah dan nikmat yang tidak terjangkau oleh tangan.

Cikgu Elyas hidup dalam kenangan sehingga yang baru tidak meninggalkan kesan. Bahagia dengan kenangan membawa Cikgu Elyas kepada pertemuan di usia tua di mana cinta masih mampu menggegar dunia. Kuasa cinta mampu mengubah segalanya, mengubah pahit menjadi manis, sedih menjadi riang, musibah jadi muhibbah dan berbagai lagi (sila rujuk puisi ketika cinta bertasbih yang di lampirkan). Itulah kuasa cinta walaupun mungkin suatu hari yang manis bakal menjadi pahit, yang riang bakal mengundang sedih cinta tidak pernah gagal menemukan manusia walau di mana sahaja. Alam semesta menjanjikan cinta cuma akal tidak dapat menerokainya. Anugerah yang ada telah di sia-sia lalu menjadikan kita manusia yang sering tercari-cari penawar kerana keindahan telah di musnahkan.

Kita laungkan mencintai alam, namun alam di musnahkan. Segala pokok di tebang membuatkan kita dalam kelemasan lalu pergi membawa diri mencari ketenangan di alam yang belum di terokai. Cinta yang Allah beri dengan percuma kita sia-sia lalu menjadikan kita manusia yang menagih cinta itu kembali. Sedikit rentetan di atas cukup untuk mengatakan bahawa cinta akan sentiasa di cari dalam bentuk apa sekalipun di dunia yang fana ini lalu di manakah salahnya cinta?

Setia dan kesetiaan membawa Cikgu Elyas mengulangi kembali zaman remaja dan mudanya. Pertemuan dengan arwah isteri tidak pernah di lupa begitu juga dengan tempat pertemuan. Perubahan tidak pernah di kenal pasti kerana alzheimer yang di hidapi namun kasih mengingatkan cikgu Elyas kepada isteri, Ahmad anak lelakinya dan juga Chong tukang jam yang di kenali. Kehilangan itu di selang-seli oleh kehadiran Rubiah tuanpunya cafe yang beroperasi di tempat Chong dahulu. Cinta luar biasa wujud dengan pertemuan ini yang membawa bahagia kepada Amin, cucu cikgu Elyas yang amat kasih kepada datuknya. Ketika Amin menemui jalan buntu cinta luar biasa ini datang bertandang membawa sinar bahagia kepada tiga jiwa.

Di bintangi oleh barisan pelakon tanahair yang pernah di kenali dan baru di kenali membuatkan Terima Kasih Cinta (TKC) satu pementasan yang menyenangkan. Lakonan Latiff Ibrahim, Deja Moss, Tony Eusoff, Farahdhiya di antaranya menjadikan tema cinta satu persembahan yang menarik. Sentuhan kreatif Pat Ibrahim di sulami dengan lagu-lagu yang membuai perasaan oleh Roslan Aziz selaku pengarah muzik serta skrip yang bermakna terselit kelucuan di dalamnya membuat kita mengenal erti cinta. “The theme is common but the story is extraordinary” itulah kata-kata Roslan Aziz sendiri. Sememangnya Terima Kasih Cinta adalah cerita biasa namun oleh kerana tidak meniru gaya, tidak di tonjolkan dengan segala elemen-elemen dendam serta tidak di sulami dengan gosip bersiaran membuat saya menontonnya dengan hati dan perasaan yang tenang dan terbuka. Tidak ada apa yang di cari selain CINTA.

TKC mengingatkan orang di belakang tabir tentang KUASA CINTA (THE POWER OF LOVE) lalu menjadikan ia sebuah pementasan yang menghiburkan. Walaupun tidak menepati keseluruhan erti sebuah pementasan teater TKC berjaya menyampaikan mesej yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kita memang tidak pernah tahu apa rencana Allah kepada kita akan tetapi sedari kecil kita sering di ajar untuk berbuat baik, jangan berprasangka, jangan ada dendam dan sebagainya. Nilai kasih sayang di titik beratkan dalam kehidupan walau apapun keturunan, pangkat, darjat, agama dan warna kulit. Setelah wang di himpun berkepuk masih juga tiada bahagia, cinta juga yang di cari untuk melengkapi sebahagian dari mechanisma yang memang telah di suntik dalam diri sejak di lahirkan lagi.

Islam calls on its followers to be united as a team at all times. Teamwork usually produces credible results. Unity plays a vital role towards the achievement of any desired goal. A united work force can make any difficult task achievable without much anxiety. Terima Kasih Cinta is the journey of Love that Unites all of us through good and challenging times”. Terima Kasih Cinta – inspired by Beautiful Mind. Boudeng Edruce Penerbit Eksekutif.

Setiap pertemuan pasti ada permulaannya. Bagaimana, di mana dan dalam keadaan apa tidak pernah ada dalam kamus diri setiap manusia. Pertemuan boleh bermula dengan secara tidak sengaja seperti yang terjadi di antara Arianna dan Taufiq serta Azlan dan Azura. Setelah bertemu bermulalah ikatan persahabatan, rakan sekerja dan rakan karib untuk membentuk sebuah perjalanan yang belum dapat di tentukan. Keserasian dan kesefahaman akan membuat pertemuan merasa selesa yang memungkinkan terbitnya rasa. Begitulah juga dengan perjalanan Azlan dan Azura. Keegoan Azlan menolak kehadiran Azura lebih dari rakan perniagaan meletakan luka di hati Azura kerana rasa di permainkan. Pengorbanan Dyan membuka mata Azlan kepada cinta dan apa yang telah di buang. Dengan kesedaran yang ada Azlan mengejar Azura untuk menyatakan apa yang tersimpan di lubuk hatinya selama ini yang tidak pernah di ketahui.

Persahabatan yang sekian lama dapat di lihat dari akrabnya Azlan, Harris dan Dyan. Mereka bersama dalam susah senang yang di hadapi dan berkongsi segala rahsia hati. Dyan berkorban demi Dhani adik lelaki yang di kasihi semoga dapat meneruskan segala hajat dan cita-cita yang ada sebelum terlambat sebagai pelukis jalanan. Dhani hidup menyambung kasih seorang kakak bersama sokongan Azlan dan Harris. Cikgu Elyas bertemu cinta baru bersama Rubiah di tempat yang sama di mana bermulanya cinta dahulu. Bahagia dan derita yang di alami oleh semua menjadi jalan cerita yang amat menarik dalam teater ini. Kisah masyarakat biasa yang akan di lalui oleh semua cuma mungkin berbeza tempat dan orangnya, namun matlamat yang hendak di capai adalah sama iaitu CINTA.

Sekali lagi saya katakan muzikal teater masih belum mendapat tempat di hati pengerak-pengerak teater dahulu akan tetapi saya menerima Terima Kasih Cinta sebagai pementasan kerana originality produksinya. Ia adalah cerita rekaan yang tidak di ceduk dari sejarah silam ataupun hikayat-hikayat raja melayu dahulu. Tema yang di ketengahkan adalah perkara sehari-hari yang di lalui oleh manusia dalam dunia ini dan di bawah ini saya sertakan luahan rasa Boudeng Edruce tentang teater. Sekalung tahniah untuk Nizam Zakaria penulis skrip pementasan ini dan keseluruh warga Terima Kasih Cinta dengan penjiwaan watak yang amat berkesan.

THEATER – A LONELY JOURNEY OF HOPE AND DREAM

This industry will always be categorized as being in the “infant stage” with the rate of recognition and support that we get from private sectors. We are always caught in a “catch22” situation where without making a move, it will always remain a dream, a high risk for producers and “real” industry players. With a single venue for staging, we do not have a choice but to commit and book, despite not having any sponsors or support from relevant parties. Workshop and rehearsals have to start to meet the deadline to produce a high calibre production.

My dream is for them to see our work with respect and value them on merit, not because of our Patron or Guests of Honour, and that their CSR to support the the Performing Arts industry is genuine and not merely publicity to please the higher authorities. I beg the Government to give us support by studying the dilemma we are facing and getting their agencies to participate and support the local production. Apart from it being a platform to showcase local talents, theater can be a tourism product and I’m not ashamed to say that some of our productions are at par or better than some of the West End’s products.

Our Prime Minister has always stressed on going global. With a higher budget for the Performing Arts Industry, we would be able to produce a better showcase of our culture. One that we can be proud to show the world.

We have the BELIEF, we have the passion and we have the talent.”

BOUDENG EDRUCE

Petikan dari buku cenderamata Terima Kasih Cinta.

Owned and written by : Sanaa 05/03/11

****

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna

—–

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

Sajak yang di petik dari Ketika Cinta Bertasbih.

Compiled by Sanaa : 07/03/11

Note: Sejati nyanyian Awie/Wings dan Permata Untuk Isteri nyanyian Kopratasa adalah di antara lagu yang di selitkan di dalam pementasan Terima Kasih Cinta. Senikata yang amat bermakna dan alunan muzik yang membuai rasa memudahkan kita untuk menjiwai setiap watak dalam pementasan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: