• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Sekadar Cerita

Jam hampir lima pagi
Sejak tadi tak boleh tidur lagi
Hendak menulis idea ke mana pergi
Lalu hamba bayangkan cjolimoli

Puas sudah ku belek ku perhati
Semua gambar dan juga lokasi
Facebook Nur Kasih juga ku lewati
Aduhai idea tidak juga ku temui

Muzik video kini ku temui
Kabarnya moli bersama seorang penyanyi
Lokasinya jauh cantik sekali
Pohon sebatang menggamit memori

Cantik sungguh pemandangan ini
Di tepi tasik cinta bersemi
Agaknya itulah ceritanya tadi
Kisah berkisar sekeping hati

Maju setapak karier moli
Pelbagai bidang kini di ceburi
Indah pandangan terdetik di hati
Adakah moli juga melayar memori

Tasik dan sawah jauh bezanya
Namun pandangan indah di mata
Ketenangan tasik dapat di rasa
Andainya joli ada bersama

Kali ini carpet dan teropong membuat kerja
Moli ke sana kerana tugas yang ada
Tahulah hamba wahai berdua
Cuma berangan andainya bersama

Mereka tetap bersama di mana sahaja
Kerana hati sentiasa di bawa
Walaupun tiada di depan mata
Hati berdetak setiap masa

Memori berdua tidak akan lupa
Kisah mereka di nantikan semua
Andai tiada wartawan bercerita
Sang Pencerita akan reka segala

Teropong dan carpet mula ketawa
Sekarang sang pencerita dah kurang idea
Kasih bertaut di alam nyata
Katanya jangan lagi di ganggu mereka

Marilah kita speku wahai sang pencerita
Berkata teropong mulakan bicara
Dengar kabar joli kini di luar kota
Ada rancangan untuk TV3

Jom Heboh nama di beri
Tidak salah di heboh ke sana ke mari
Rancangan juga bermaksud begini
Tanyalah sedikit hal peribadi

Pandailah kamu wahai berdua
Kata dulu tak mahu di ganggu mereka
Bukan di ganggu hanya cerita
Ada yang senyum ada yang ketawa

Hamba speku moli menemani
Tapi invisible sejak siang tadi
Burung juga tidak berbunyi
Carpet berkata yakin sekali

Teropong menyokong kata-kata
Apa pula rasa sang pencerita
Selalunya angan-angan ada yang mengena
Marilah kita speku bersama-sama

Sang Pencerita tersenyum mendengarkan
Tidak di sangka masih anggau tahap gaban
Itulah kasih yang berpanjangan
Doa semua dengan penuh keikhlasan

Tidaklah kira mereka di mana
Kata tadi hati tetap bersama
Nak ku speku bagaimana pula
Andai hati kata memang berdua

Cewah sang pencerita dah mula
Dengan gaya bahasa bersahaja
Jangan bimbang mereka tak saman punya
Ini tahun ketiga kita bercerita

Cerita kita ada makna
Tidak pernah nak mengata
Doa yang ada tidak putus adanya
Menunggu masa di umum mereka

Pergi berdua sang pencerita berkata
Singgah sebentar di Negeri Melaka
Berjumpa bonda dan juga keluarga
Melepas rindu yang sedia ada

Pasti bonda merindui
Gadis ayu bakal menantu kini
Isshhh hanya di blog ini berbunyi
Ingat tak pantun bonda gusar di hati?

Anakanda janji hendak pulang walau sehari
Bonda menanti tidak sabar-sabar lagi
Menaiki kereta pasti di lalui
Negeri Melaka yang amat di kenali

Tersenyum bonda menyambut kedatangan
Anakanda berdua amat di rindukan
Kerana cerita yang asyik bersiaran
Membuat bonda bimbang tak keruan

Bila di lihat dengan sendiri
Bahagia bonda ucapan syukur di beri
Wajah anakanda riang tak terperi
Senyuman menguntum berseri-seri

Ciuman kasih bonda beri
Pada anakanda berdua tadi
Riang hati Allah mengetahui
Kasih mekar terus bersemi

Gelak dan tawa bergema lagi
Di rumah keluarga hamba lewati
Terpancar cahaya bersinar kini
Wajah berdua ku simpan di memori

Inilah anggau di pagi hari
Tidak boleh tidur jadi syok sendiri
Salam kasih buat cjolimoli
Tercetus jua idea meraban ini

Jangan nakal-nakal ya adik sayang
Nanti ku tambat di tiang sebatang
Selagi jawapan tidak mendatang
Itulah soalan yang ku ulang-ulang

Terbayang pula senyuman berdua
Masa di Jom Heboh TV3
Nyanyian di minta dari Uda
Untuk isteri kata juruhebah pula

Belum lagi terhapus kini
Kalau di ulang panjanglah lagi
Jadi ku simpan untuk lain sessi
Kenangan indah cjolimoli

Selamat berhujung minggu wahai teman
Marilah kita sama-sama terus mendoakan
Kesejahteraan pasangan serasi dan sepadan
Nur Kasih membilang hari tayangan

Owned and written by : Sanaa 11/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: