• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Pesanan Alam

Tidur hamba terganggu lagi
Oleh batuk yang terus menyanyi
Lalu teringat blog belum di isi
Mencari idea di awal pagi

Tiada apa yang amat berkesan
Hamba teringat mangsa keadaan
Malapetaka ribut dan taufan
Yang kini telah kehilangan

Malapetaka di dalam dunia
Untuk kita insaf sesama
Walaupun tidak terjadi kepada kita
Ambillah iktibar daripadanya

Kita pernah merasa peritnya
Tsunami melanda tempias mengena
Sehingga kini teringat adanya
Negara jiran tidak jauh dari kita

Jepun kini dalam bencana
Sanak saudara yang mungkin di sana
Apakah telah di dengar kabar berita?
Semoga selamat adanya mereka

Tiada masa untuk berduka
Mereka kena bangunkan semula
Mencari mangsa terselamat adanya
Rawatan di beri menyelamat nyawa

Hamba turut sedih dan simpati
Negara matahari terbit gelaran di beri
Cantik sungguh bentuk mukabumi
Kurniaan Allah sudahlah pasti

Namun kini hilanglah seri
Bimbang meragut siapa di sini
Letupan nuklear amat di khuatiri
Sejarah Chernobly berulang kembali

Negara maju banyak bencana
Itulah di ketahui sejak sekian lama
Kali ini jauh berbeza
Letupan terbesar 140 puluh tahun adanya

Kuasa Allah di muka bumi
Semoga wujud keinsafan diri
Kepada kita semua di sini
Untuk mencari redha Illahi

Kejadian berlaku ada hikmah tersendiri
Yang sering tidak kita ketahui
Susah senang yang mereka rasai
Menduga mereka begini sekali

Dengan segala persediaan yang ada
Tidak juga dapat di jangka
Kuasa Allah lebih dari segala
Gelombang di heret 10 meter jauhnya

Anggaran di beri hanya 3/4 sahaja
Persediaan di buat mengikut yang ada
Memang tidak mereka sangka
Gelombang terbesar sejarah dunia

Tempias kejadian akan kita rasai
Bimbang melanda negara jiran kini
Ombak laut Cina Selatan di awasi
Long wave amat di khuatiri

Nampak tenang penuh bahaya
Gelombang hadir bila-bila masa
Jangan di dekati pesanan pada semua
Kerana datangnya tidak di duga

Beringatlah kita sebelum kena
Jagalah alam yang masih setia
Memberi nafas dan juga udara
Jangan di tebang mengikut suka

Setiap kali kejadian berlaku
Tergapai kita tiada tempat di tuju
Andainya hilang tidak bertemu
Sehingga akhir terkilan selalu

Dulu di kata Bukit Antarabangsa
Kawasan hijau di celahan kota
Lima belas tahun bukanlah lama
Habis kini di tebang semua

Hidup hamba di antara mereka
Sejuk dan dingin sepanjang masa
Kini hilang sudah segala rasa
Hawa dingin di bayar pula

Setiap bulan semua di kira
Tidak di bayar di potong mereka
Kerana kuasa mahal harganya
Rungutan ramai sepanjang masa

Mungkin masih ada sedikit masa
Untuk kita mengambil iktibar bersama
Janganlah kerana wang semata-masa
Struktur alam bagai di lupa

Sedikit rasa terkilan di hati
Kejadian lalu tidak di perhati
Highland Towers menggamit memori
Kehilangan nyawa tidak di ingati

Bahaya tidak di ingat semua
Papan tanda juga di pasang mereka
Hamba senyum dan juga ketawa
Kerana suara tidak sampai adanya

Berhati-hati papan berkata
Tanda tanah runtuh di kawasan hamba
Projek baru yang mereka bina
Berhadapan dengan tempat lama

Kejadian pertama tiada kehilangan nyawa
Kali kedua meragut lima
Ingatlah pihak berkuasa
Jangan terus meluluskan segala

Hanya di sini hamba berkata
Sekadar menulis apa yang di rasa
Jauh sekali menghalang mereka
Kerana kuasa tiada di tangan hamba

Bukit Antarabangsa hilanglah seri
Yang ada hutan batu memenuhi
Pasti akan ada projek menyusuli
Walaupun tiada keselamatan lagi

Inilah pantun di awal pagi
Sedih terasa kerana ada berlawak tadi
Mana pergi ultraman dan doraemon ni
Tidak di selamatkan muka bumi

Sedihnya ada yang menyokong pula
Dengan gelak dan juga tawa
Kejadian berlaku tiada kena mengena
Dengan diri ataupun keluarga

Pertolongan peribadi jauh sekali
Oleh itu hanya boleh merasa simpati
Andai ada teman-teman di sini
Kaum keluarga sudah dapat di hubungi

Ambillah iktibar dari bencara
Walaupun tidak berlaku kepada kita
Kejadian alam di mana sahaja
Sememang tidak dapat di duga

Kasih dan sayang sesama manusia
Bukan ketika di landa derita
Ingatlah waktu senang juga
Kerana tidak kita tahu bila hilangnya

Owned and written by : Sanaa 12/03/11

3 Responses

  1. salam san & dee,
    sedih tengok keadaan matahari terbit
    apalagi my niece japenese family belum ada kabar berita dari sana
    Bila sebut Laut China Selatan
    Tempat gue ini persisiran pantai

    Dan kejadiaan di sana buka utk meraih guruan….dan mmg tak lucu pun kan san..

  2. salam San..

    ‘jauh sekali menghalang mereka’
    ‘Kerana kuasa tiada di tangan hamba’
    bkn kh kita yg pilih masa pilihanraya..???
    tp tu la.. yg mn dipilih pun.. MANGKUK AYUN jgk..

    • wassalam Dee

      memang benar kata tuanhamba
      negeri selangor tuan baru punya
      sejak memerintah lagi banyak projek ada
      lereng bukit sudah di tebas semua

      tepi kubur cina rumah di bina
      ada juga pembelinya
      jalan masuk kesan lama
      tanah runtuh di harap orang lupa

      kawasan sini daching lama tak ada
      ceramah agama juga org mereka
      apalagilah yang nak di kata
      akhirnya sama mangkuk ayun juga

      thanks Dee..hehehe mengeluh pun tak ada guna. setiap hari teman lihat hutan di tebang mereka, lepaih tu letak papan tanda awasi tanda-tanda tanah runtuh di kawasan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: