• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Bahagia Berpanjangan

Hari sudah menjelang petang
Tiba-tiba ada teman datang bertandang
Cerita berkisah asyik di ulang-ulang
Siapakah yang hilang dalam GEMILANG

Hamba tersenyum dengan sendiri
Episode lapan sudah berlalu kini
Masih ada yang mengharap menanti
Uda berada dalam drama tadi

Apa pula yang hendak di kata
Mungkin ada benarnya jua
Cerita padat namun aura tiada
Jemu juga bila menontonnya

Dalam bercerita kenangan mendatang
Adam dan Nur tidak salah di pandang
Sesuatu perkara ketika mereka bertentang
Mata berkata jiwa menjadi tenang

Kenangan yang ada muncul kembali
Sambutan lalu di hari jadi
Bagaimana hamba boleh terlupa tahun ini
Untuk menulis kisah cinta suami isteri

Oleh itu belated birthday hamba kunjungi
Menilik apakah rancangan sang suami
Kabarnya isteri juga ada rancangan sendiri
Marilah kita sama-sama merasai

Brooch tudung di reka sendiri
Puaslah Adam dalam hati
Hasil tangan untuk isteri di kasihi
Hadiah istimewa di hari jadi

Cantiknya kilauan batu permata
Berbagai warna di ganding sama
Satu yang besar yang kecil ada jua
Cantiknyaaa boss, Dina berkata

Ishhh cakap siang pandang-pandang
Adam menegur Dina bersuara lantang
Oppps sorry…tak mengapa cik puan dah pulang
Simpan baik-baik jangan pula hilang

Hahh…tidak akan saya pegang
Dina menolak bimbang bukan kepalang
Mana nak di cari andainya hilang
Makan bubur jawabnya hingga lemah tulang

Adam tersenyum dengan penolakan
Mulai esok kita buat persiapan
Rahsia cik puan Dina juga simpan
Senyum tawa bila di kenangkan

Bertuah sungguh rasa diri
Ada boss yang romantic begini
Sayang isteri lagi menghormati
Kasih sayang berdua kami turut merasai

Tibalah hari yang di nanti
Berdebar pula Adam hendak membohongi
Apakah alasan yang hendak di beri
Kerja di Port Dickson sudah selesai kini

Rancangan yang ada Adam bersama
Ridzwan dan Omar menunggu mereka
Anak-anak di hantar sebelumnya
Pasti Nur gugur jantung dan nyawa

Sejak bila boss hilang idea
Biarlah kami dulu ke sana
Siapkan segala persiapan yang ada
Bawalah cik puan petang nantinya

Oh ya tak ya betullah juga
Kenapa susah hingga pening kepala
Lalu kunci di beri pada mereka
Memang boleh di harap untuk buat kerja

Nur…lembut sungguh Adam bersuara
Ya bang…jawapan di beri manja
Hmmm esok kita keluar bersama
Anak-anak mak dan Sulis jaga

Bahu di rangkul dengan mesra
Apa sebenarnya dalam kepala
Pertanyaan Nur getar pula dada
Lagi di erat rangkulan manja

Abang…panggil lembut sang isteri
Hmmm…jawapan di beri romantis sekali
Janganlah selindung wahai sang suami
Nakal abang telah lama Nur kaji

Bertambah erat pelukan di beri
Terdiam Adam mencari jawapan kini
Memang tidak tahu alasan hendak di beri
Ada saja nanti jawapan sang isteri

Tawa kecil Adam beri
Ciuman hinggap di leher isteri
Di biarkan saja bibir bercerita kini
Tiba masa akan di atur strategi

Pelayaran mereka hingga ke pagi
Apakah sudah ada kata pasti?
Nur menang Adam hanya mengikuti
Anak-anak mesti di bawa sekali

No problem boss…bisa di atur
Uncle berdua tidak akan undur
Akan ada strategi gerak gempur
Asalkan ayah dan ibu terhibur

Bungalow indah di tepi pantai
Tiupan angin melambai-lambai
Adam memandang sambil membelai
Wajah isteri kasih tersemai

Kenangan awal mereka berdua
Membuat Nur rasa tidak percaya
Bagaimana bungalow ini Adam guna
Hujung minggu yang tidak di ketahui olehnya

Rahsia Adam simpan begitu lama
Perjanjian oleh Dato’ Hamzah jua
Andainya nanti Adam ingin guna
Datanglah tidak kira masa

Hampir juga Nur pengsan tadi
Ingatkan bungalow ini Adam beli
Sebenarnya itulah niat dalam hati
Sekiranya Dato mahu menjual nanti

Terbeliak mata mendengarkan
Adam tersenyum dengan kejutan
Nur kata Adam sudah hilang ingatan
Kenapa bungalow ini jadi idaman

Senang saja jawapan di beri
Kita ada kenangan di sini
Lalu kucupan hinggap di dahi
Kerana di sini abang melafaz janji

Cinta Nur akan tetap abang miliki
Jalan berliku tidak ku hirau lagi
Walaupun nyawa menjadi galang ganti
Tidak sesekali abang mengundur diri

Pandangan bertemu penuh memori
Mudah benar airmata bertakung kini
Titis pertama jatuh ke pipi
Bisikan ucapan hari jadi Adam beri

Bisikan yang sama di balas isteri
Samar cahaya turut menerangi
Anak-anak gembira sekali
Dapat berkejar di malam ini

Datang mereka dalam kumpulan
Cake di tangan nyanyian di dendangkan
Happy Birthday ayah dan ibu bersorakan
Amina Sophea lari dalam dakapan

Make a wish itulah usulan
Oleh rakan-rakan yang meraikan
Lilin di tiup boss dan cik puan
Apakah hasrat yang tersimpan?

Omar mengusik dengan selamba
Cik Puan…boss nak tambah ahli keluarga
Janganlah tunggu lama-lama
Kami juga ingin sama-sama merasa

Kenapa tidak di tanya boss sendiri
Saya hanya seorang isteri
Hah jawab boss…cik puan dah berbunyi
Asyik busy mana nak menjadi

Derai tawa turut mengiringi
Percikan bunga api menambah seri
Terima kasih ucapan Nur beri
Indah terasa di malam ini

Sama-sama kasih wahai isteri
Kasih sayangmu amatku sanjung tinggi
Tidak mungkin akan ku lupa selama ini
Hingga akhir hayat hanyamu di hati

Berbahagialah Adam dan Nur di kasihi
Cerita kalian masih lagi berbunyi
Walau apapun nama yang di beri
Doa kami sentiasa mengiringi

Itulah pantun hamba di petang ini
Masih lagi meniti memori
Belum reda tiga tahun berbunyi
Apakah sama nanti dengan the movie?

Selamat beristirehat wahai semua
Baik-baik di jalanan atau di mana sahaja
Jangan lupa bawa payung bersama
Katanya hujan akan turun bila-bila masa

Owned and written by : Sanaa 15/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: