• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Gejala Sosial/Laman Web

Setiap manusia di muka bumi ini telah di lengkapi mekanisma yang sama. Perasaan ingin di kasih, di belai, di manja wujud dalam diri setiap insan. Marah, benci, dendam, kata-mengata umpat keji, sabar, simpati dan banyak lagi tidak perlu di nafi. Cuma yang membezakan di antara seorang individu kepada seorang individu yang lain adalah tahap seseorang itu mengawal segala rasa ini dan membawanya ke satu arah kebaikan ataupun yang memudaratkan.

Entah kenapa topic ini menjadi perbualan saya dan beberapa orang rakan minggu lalu. Di antara rakan tersebut ada seorang rakan ini selalu kata “I am the worst of man kind”. Beliau sering mengatakan bahawa beliau adalah seorang anak, suami, bapa, menantu dan ahli masyarakat yang tidak boleh di contohi. Seorang pelajar yang tidak pernah menghabiskan setiap kursus yang di ambil tapi kini seorang motivator yang di kenali, seorang ayah yang di sayangi, seorang suami yang di kasihi, seorang ahli masyarakat yang ingin terus memberi khidmat bakti kepada orang-orang yang memerlukan. Sesungguhnya beliau adalah begitu.

Lalu topic kami beralih dari satu topic kehidupan ke satu topic yang lain. Tentunya bab yang di kaji dan di cerita adalah kehidupan sehari-hari. Kenapa kita jadi begitu dan begini? Apabila terjadi kenapa terlalu mudah untuk kita menuding jari pada orang lain ataupun keadaan? Kenapa kasih sayang yang pernah di lafazkan boleh “mati” dan bermulalah “peperangan” dan “perebutan” hak terhadap anak-anak dan harta? Di manakah lafaz itu di letakan dan kenapa ia tidak mampu berpanjangan?

Dalam bercerita kami lebih terdorong kepada penyakit masyarakat kini atau gejala sosial yang makin menjadi-jadi di kalangan remaja dan juga dewasa. Penyakit seperti ketagihan sex, dadah dan alchohol menjadi sebahagian penyebab kepada keadaan ini. Persoalannya sekarang siapakah yang hendak di persalahkan? Ibu bapa? Adik beradik? Keluarga? Kawan atau pengaruh-pengaruh lain yang ada. Masalah tidak akan habis dan mungkin akan menjadi teramat sukar untuk di bendung. Inilah masalahnya kata kawan saya, bila berlaku sesuatu perkara, mudah saja menuding jari pada orang lain. Lebih merumitkan keadaan sekarang adalah juga sikap orang dewasa ataupun yang lebih senang kedua ibu bapa yang bercerai di usia tua. Kadang-kadang tu dah bercucu baru terasa yang hidup ini perlukan sesuatu yang berbeza. Apakah sebab-sebabnya?

Kajian pendek yang pernah kami lakukan tentang tabii manusia adalah sama saja kerana apabila kita lahir, kita telah di suntik dengan segala mekanisma yang di sebut di atas tadi. Pembentukan mekanisma ini dalam kehidupan yang membezakan kita semua. Latar belakang keluarga, keutuhan institusi kekeluargaan serta masyarakat sekeliling menyumbang kepada penerapan nilai-nilai kehidupan seorang individu.

Sebagai contoh seorang bayi yang lahir dari sebuah keluarga yang menitik beratkan kasih sayang, hormat menghormati serta didikan agama yang tinggi, peratusan mendorong bayi itu membesar dan menjadi seorang yang penuh dengan nilai-nilai murni juga adalah tinggi, begitu sebaliknya anak-anak akan menjadi lebih agresif jika membesar dalam institusi keluarga yang kucar-kacir.

Contoh ini hanya berdasarkan kepada kajian manusia semata-mata. Tidak bermakna yang jahat tidak boleh menjadi baik dan yang baik tidak akan menjadi jahat. Alasan ini juga berdasarkan kepada sikap setiap individu apabila meningkat dewasa dan sejauh mana mereka mahu memperbaiki diri bila berdepan dengan tekanan kehidupan. Kegagalan mengawal segala tekanan dalam kehidupan adalah salah satu punca manusia berubah menjadi ganas dan bertindak liar. Dalam usaha memperbaiki diri juga individu ini akan berdepan dengan karenah manusia yang berbagai yang mungkin menjadikan niat baik yang ada terkubur begitu saja. Tohmahan, hinaan, kritikan adalah faktor-faktor yang mungkin akan melemahkan semangat yang di tanam dalam usaha memperbaiki diri.

Menurut saikologi usia pemuda dan pemudi di dalam lingkungan 18 tahun hingga 25 tahun adalah waktu puncak dalam kehidupan sexual mereka. Di dalam usia begini bagi seorang gadis adalah usia yang baik untuk melahirkan anak. Jangan salah anggap di sini. Yang di katakan usia yang baik adalah kerana tahap kesuburan dan kekuatan badan yang ada tapi tidak di katakan boleh menjadi seorang ibu yang baik. Di usia 25 hingga ke 35 tahun pula adalah usia yang baik untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang bertanggungjawab kerana perubahan hormon yang berlaku. Dari situ kita menginjak kepada usia 35 hingga ke 50 tahun di mana dalam usia begini adalah usia yang mencabar segalanya. Menjamin kebahagian rumahtangga, membesarkan anak-anak di samping menjadi ahli masyarakat yang dapat menyumbangkan bakti.

Baik lelaki ataupun perempuan perubahan hormon akan tetap berlaku dalam kitaran kehidupan dan apabila perubahan hormon berlaku pasti ada perubahan dalam citarasa, kehendak, keinginan dan mula membandingkan dengan sesuatu. Di sinilah kebijaksanaan perlu dalam mengimbangi kehidupan harian. Contoh yang paling baik adalah bab kasih sayang. Kenapa dari dulu sampai sekarang orang menerima kata-kata yang kasih sayang itu perlu terus di siram dan di baja?

Sewaktu kita berada di dalam lingkungan usia 18 hingga 25 kehendak dan keinginan terhadap pasangan lebih terjerumus kepada naluri kepuasan dari segi sexual di mana ini akan “mati” bila tiba masa. Setelah bahagian itu dipenuhi dan di lalui akan ada fasa-fasa lain dalam kehidupan. Soal kepuasan nafsu dari segi sexual bukan lagi segalanya tapi kini di sulami oleh tanggungjawab terhadap isteri, anak, ibu bapa dan juga memenuhi tuntutan sebagai ahli masyarakat. Oleh itu kita kena dan perlu berubah mengikut arus keadaan. Kegagalan menilai dan menerima adalah sebahagian dari punca keretakan rumahtangga, membawa kepada mencari kepuasan di luar rumah, pergaduhan dan berakhir dengan perceraian.

Penyumbang kepada gejala ini juga banyak. Tekanan di tempat kerja di jadikan alasan si suami atau isteri keluar untuk bertemu dengan kawan-kawan sekali sekala. Dari sekali sekala menjadi kerap dan terus lupa. “Menikmati hidangan” percuma dan tanpa ikatan lebih enak dari memenuhi tanggungjawab. Malangnya saya tidak diberi jawapan kepada kenyataan ini tapi itulah yang heboh di perkatakan sekarang ini, lebih-lebih lagi di kota metropolitan yang serba mencabar dan menduga penghuninya. Perbandingan mula di buat dari segi layanan, memahami keinginan pasangan dan seterusnya menjerumus ke bab kewangan yang membolehkan si dia memenuhi segala kehendak material seorang wanita. Bagi yang lelaki pula kononnya wanita yang manja dan sudah ada pengalaman dalam hidup lebih seronok kerana “susah nak dapat”.

Menurut kajian juga kita menuntut terlalu banyak dari pasangan kita. Sang suami menuntut layanan dari isteri bagaikan seorang raja dan isteri juga menuntut hak yang sama. Apabila segala layanan telah di beri, sang isteri hendak pula diberi pujian dan di hargai. Penghargaan yang di inginkan pun adakala di luar kemampuan sang suami. Suami pula sering mengguna kuasa sebagai ketua keluarga tapi tidak pernah menjalankan sebarang tugas atau kerja di rumah selain keluar bekerja.

Lalu salah seorang di antara kami berkata, “mampukah seorang suami memberikan rasa seronok atau kegembiraan pada isteri andainya hidangan makan malam pada hari itu sekadar telor goreng dan sayur”? Tersenyumkah sang suami dengan hidangan itu tadi? “Adakah mampu seorang suami menyatakan rasa syukur yang sama maknanya dengan hidangan tadi dan pada hari yang lain isteri menyediakan udang masak lemak dan ayam panggang”? Ia tetap di sediakan oleh sang isteri cuma hidangan pertama di sediakan kerana agak keletihan dan tidak punya tenaga untuk menyediakan lebih dari itu. Jawapan yang diberi, andaikan sang suami mampu memberikan kegembiraan yang sama kepada isteri, itu menunjukan sang suami adalah seorang yang amat bersyukur dan berterimakasih, kerana dalam apa jua keadaan sekalipun sang isteri tetap menyediakan makanan untuk dirinya apabila pulang bekerja. Akan tetapi apakah itu yang kita selalu dengar tuan-tuan dan puan-puan?

Di zaman ini apabila suami isteri bekerja kepenatan dan stress level hampir sama saja. Kalaulah tidak di kongsi tanggungjawab yang ada mulalah kucar kacir perjalanan hidup. Tidak kiralah pada keluarga yang punyai banyak wang ringgit ataupun tidak. Masalah ini tetap wujud. Andainya banyak duit dan masa pula masing-masing cari jalan keluar dan laman web di jadikan sasarannya. Cuma yang menjadi kehairanan kepada saya sebagai pemerhati, kalau dulu sewaktu muda dan di lambung cinta gigih dan bersungguh-sungguh berusaha menarik dan menawan hati pasangan. Salahkah kalau kesungguhan dulu tetap di lakukan walaupun sudah bertahun berumahtangga?

Begitu juga yang terjadi kepada para remaja, dalam usia 14 tahun sekarang ini sudah melalui kehidupan sex bebas serta tidak malu untuk mendabik dada dengan pengalaman mereka. Mungkin pengalaman mereka lebih dari kedua ibu bapa mereka sendiri ataupun orang yang lebih tua. Gejala begini sudah menjadi perkara biasa dan amat payah untuk kita menghalang naluri sebegini kerana naluri ini sememangnya sudah ada dalam diri. Naluri ini pula berkembang pesat dengan cara pemakanan kita yang lebih menekan kepada makanan segera dan diawet. Kekerapan berada di hadapan komputer dan tanpa adanya riadah serta wang ringgit yang berlebihan bertindak sebagai menambah rencah dan perisa. Bagi anak-anak gadis yang punyai keinginan tinggi dari segi material inilah cara di gunakan untuk mendapatkan wang dengan mudah. Pengaruh rakan sebaya juga tidak boleh di nafi.

Mc Donald, KFC, Burger King, adalah sebahagian dari penyuntik-penyuntik kelebihan hormon dalam diri yang mendorong kepada perbuatan ini. Selain itu ayam, daging dan telor yang menjalani proses pembesaran dengan suntikan tergolong dalam kategori ini. Terimalah kenyataan bahawa naluri itu ada dan perlu “di lepaskan” bila tiba masa. Di antara kekuatan diri dan keinginan yang mana satu mampu bertahan? Keinginan pasti menemui kemenangan cuma andainya ada sedikit kesedaran, “perlawanan” ataupun “pertarungan” yang terpaksa di hadapi akan dapat menyedarkan diri lalu terhindar dari melakukan perkara terkutuk ini.

Kajian terbaru yang di terima adalah masalah perceraian di usia tua dan bilangan wanita berusia yang ingin dan mahu ataupun sesetengahnya di katakan tergila-gilakan lelaki bujang ataupun jauh lebih muda daripada usia mereka. Ia bukanlah satu kesalahan yang perlu di jatuhkan hukuman, namun apabila ia di lihat seperti ibu dan anak mungkin akan ada kesan saikologi di jiwa anak-anak kita sendiri. Kajian kedua yang di buat adalah perceraian yang berlaku di awal usia perkahwinan. Paling singkat ia mampu bertahan ialah dua tahun. Ini juga adalah gejala sosial yang tidak di sedari. Ia meresap secara halus dalam masyarakat kita sekarang ini tidak kira agama bangsa ataupun warna kulit. Ia seolah-olah menjadi rencah kehidupan zaman moden ini. Apa pula yang mendorong kearah itu? Tiada peratusan yang di berikan kepada saya namun kesalahan di letakan kepada laman-laman web yang kini menjadi tempat orang pertengahan usia menghilangkan kesunyian. Facebook, My Space, Twitter adalah di antara laman web yang menemukan dengan kawan-kawan lama ataupun mencari kawan-kawan lama dan juga baru.

Sedikit demi sedikit perubahan akan berlaku apabila telah bermula segala cumbu rayu di talian di bawa kepada pertemuan. Alasan yang terlalu biasa adalah kerana kesunyian dan tidak di beri perhatian oleh suami ataupun isteri. Suami tidak faham keinginan isteri dan begitu juga sebaliknya. Sekali lagi wang ringgit di jadikan alasan atau umpan kepada keadaan ini. Sebenarnya bukan salah wang dalam hal ini kerana tidak salah punyai wang berjuta. Nabi pun sarankan kita berniaga untuk perolehi kesenangan dan kemewahan tapi sikap dan hitamnya hati manusia maka terbitlah gejala-gejala begini.

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini dan lebih memalukan ia meningkat dari hari ke hari. Tidak perlu kita ambil kira tentang agama, warna kulit, bangsa atau bahasa pertuturan. Kita semua adalah manusia yang pernah dan telah di didik untuk menghormati sesama sendiri. Namun malangnya di manakah rasa hormat dan maruah diri di letakan sekarang ini. Perkahwinan juga di anggap sebagai mainan. Perceraian memang di halalkan tapi tidak di galakan. Perceraian di kalangan orang melayu berlaku dalam setiap 15 minit dan peratusan perceraian di Malaysia bagi masyarakat melayu beragama Islam adalah 60%. Ini adalah kiraan kasar yang di buat oleh seorang ahli forum.

sejam – 4 pasangan
sehari – 24×4 = 96 pasangan

96 penceraian sehari utk umat islam kat malaysia ni

seminggu – 96 x 7 = 672 pasangan

sebulan – 672 x 4 = 2688 pasangan

2688 penceraian setiap bulan utk umat islam kat malaysia ni

Kiraan ini tidak lagi termasuk pasangan-pasangan yang di tinggalkan suami atau kehilangan yang tidak di lapurkan. Di manakah tanggungjawab di letakan?

Sebagai seorang manusia dan ahli masyarakat, saya masih yakin dan percaya adanya adat dan sopan santun serta menghormati antara satu sama lain tidak kira apakah bangsa, warna kulit ataupun agama kita. Namun yang amat menyedihkan di hari ini kita sudah hilang rasa hormat itu sehingga tidak lagi menghormati perhubungan suami-isteri, teman dan rakan. Yang lebih mengharukan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi segala hajat dan keinginan.

Di antara rakan-rakan yang bukan beragama Islam pula berkata bahawa apa yang kita hadapi sekarang adalah karma dari perbuatan sendiri. Contoh yang di beri bermula dari siapakah yang memerintah kita dan bagaimana kita menangani masalah sosial. Apabila pusat-pusat hiburan serta rumah-rumah urut di sekitar bandaraya di serbu, pegawai pencegah dan pihak media yang membuat liputan tidak langsung punya rasa hormat kepada pelayan-pelayan yang di tangkap. Memang benar dan sahih mereka melacurkan diri dan salah dari segi undang-undang akan tetapi kita tidak berhak melayan mereka seperti binatang. Anjing lagikan di kendung inikan manusia. Sudahlah di minta mencangkung dan gambar di ambil lalu di siarkan di muka hadapan akhbar.

Apakah penyelesaian yang ada di sebalik layanan yang sebegini?, kawan saya bertanya. Kita memandang seorang manusia lain dengan rasa jijik lalu melihat diri kita sempurna, hanya kerana kita tidak berada di tempat mereka. Kita ada rumah, kereta dan pekerjaan yang amat di banggakan tapi sebenarnya kita adalah manusia yang paling hina di sisi Allah kerana menghinakan orang lain. Ketika di tangkap begitu, kita sendiri tidak tahu apa yang mereka ratapi ataupun tercetus di hati. Dalam keadaan begitu kita juga tidak tahu sama ada mereka berdoa atau bermohon sesuatu. Terpulanglah kepada agama yang mereka anuti dan andainya ada di antara mereka orang melayu dan beragama Islam apakah kita berhak mengatakan bahawa Allah tidak menerima doa dan rayuan mereka?

Sebenarnya topic ini akan berpanjangan kerana terlalu banyak contoh yang boleh di ambil dan di kupas tapi persoalannya di manakah noktah bagi semua ini?

Apakah kita mampu untuk mewujudkan sebuah generasi akan datang yang lengkap dengan pelajaran tinggi dan bermoral? Soalan demi soalan, pertanyaan demi pertanyaan akan terus keluar namun tiada juga jawapan pasti dan ada juga pertemuan terbaru, gejala sosial kini merebak ke kawasan luar bandar dan di lapurkan lebih teruk dan dahsyat dari di bandar.

Akhirnya jari menuding ke arah kemodenan hidup. Hidup perlu berubah kerana dunia berubah. Tak mungkin orang sudah naik super sonic kita masih naik sampan? Tapi apakah arus kemodenan dan teknologi yang ada perlu menjadikan kita robot dan tidak manusia? Seperti kata luahan hati seorang pelajar Malaysia yang berada di Jepun, setelah lama di sana dan di amati walaupun Jepun tidak ada agama yang di anuti namun mereka masih punya budi pekerti yang tinggi. Akan tetapi kesedihan bersarang di hati pelajar ini apabila ada pihak di Malaysia yang mempersendakan tsunami yang melanda.

Fikirlah sendiri katanya.

Owned and written by : Sanaa 16/03/11

*****
Dagang tubuh cuma RM10
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

DEDAH…wartawan Harian Metro menemubual Lina yang sanggup menjual tubuh sejak berusia 15 tahun

KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

Compiled by : Sanaa 16/03/11

2 Responses

  1. Tahniah Sana’a, satu kupasan yg terperinci. Cuma nak tambah bahawa ‘limited thinking’ and ‘ignorance’ are the cause of the present day social malfunctioning. Negative elements such as jealousy, vanity, egocentricity, envy, temper, greed, selfishness and animosity, to name a few, must be gotten rid off in order for humanity to question his or her own beliefs, values , biases, assumptions to pave way for more positive elements. Masalah kita yg bergelar insan ini ialah kita memilih apa yg kita mahu atau memberi kepuasan diri walaupun hakikatnya ia tidak mendatangkan kebaikan kpd kita maupun masyarakat sejagat. Kita amat kurang bersyukur malah terlalu cuai dalam tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah di bumi ini. Ibu bapa tidak amanah menjaga anak2 mereka, pemimpin pula dilihat lebih mementingkan kepentngan diri dan kurang prihatin terhadap masalah rakyat dsb. Kita kurang berfikiran kritis. Ambil saja contoh pembinaan tenaga nuklear. Tak perlu berfikir panjang. Keburukannya lebih banyak dari kebaikannya. Mengapa tidak membangunkan tenaga solar yg kosnya lebih sama nilainya dgn tenaga nuklear lbh2 lagi negara kita terletak di garisan khatulistiwa. Wallahualam. Juz my humble opinion.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: