• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Tanda Kasih

Duduk-duduk tak ada kerja
Laman web hamba belek semua
Macam-macam yang hamba jumpa
Namun tak secantik Uda dan Dara

Sang Pencerita ingat kembali
Seorang teman pernah berkata begini
Uda dan Dara sejak di kenali
Cerita mereka memang di nanti-nanti

Makin rapat motor GP telah kita ketahui
Tinggal serumah juga gossip berbunyi
Shopping sama tidak mereka nafi
Di Ikea orang jumpa pun banyak kali

Bila terbaca segalanya kembali
Thumbs up hamba buat cjolimoli
Bukan gossip murahan berdua ini
Ikea Pavillion orang menemui

Mereka tidak pernah sekali sembunyi
Pasar malam dulupun mereka kunjungi
Di bulan Ramadhan tahun lalu lagi
Inilah namanya sahabat sejati

Tempat makan yang mereka kunjungi
Oang ramaipun turut pergi
Tentulah bila terjumpa cjolimoli
Gambar di ambil lalu di kongsi

Rata-rata ke mana pergi
Orang bilang sportingnya cjolimoli
Tak sombong permintaan di penuhi
Itulah keistimewaan mereka ini

Bertemu di drama kini ke movie
Setiap detik membilang hari
62 hari lama juga menahan hati
Sebelum tu marilah kita bercerita di sini

Kisah mereka sentiasa di nanti
Walaupun kecil senyuman meniti
Sugar glider di bawa ke mana pergi
Dengarnya binatang kesayangan kini

Buah hati cjolimoli
Kini di bawa kemana pergi
Ucop dan Koachi nama di beri
Binatang kesayangan merpati sejoli

Gambar terbaru Ucop dan Koachi
Makan bersama duduk berkongsi
Alahai comelnya berdua ini
Bagai juga “ibu ayah” yang di kasihi

Lalu hamba terbayang wajah berdua
Kiasan apakah yang penuh makna
Ucop dan Koachi lambang cinta mereka
Melalui mereka terselit segala rahsia

Hehehe sang pencerita dah mula lagi
Syok sendiri anggau tak henti
Namun tidak akan ku sangkal sekali-kali
Itulah tafsiran yang hamba perolehi

Gossip mereka first class kata teman tadi
Belum ada yang dapat mengatasi
Hanya wartawan yang heboh sana sini
Mencari cerita untuk di sensasi

Sejak dulu menjadi rahsia hati
Tidak tersebar walaupun se inci
Kata-kata moli hamba amati
Akrab mereka memang tidak di nafi

Selesa bersama itulah yang di cari
Gurau rajuk marah semua di kongsi
Walaupun tohmahan bermacam bunyi
Kasih yang bersemi makin mekar kini

Tutur kata mereka berdua
Bercanggah tidak dalam segala
Jujur juga menyampai kata
Hanya haters putar belit cerita

Hamba belek satu persatu
Menyusun ayat sejak bertemu
Indah sungguh kasih di padu
Patutlah orang sentiasa ingin tahu

Hamba pasti Uda berkata
Biarlah apapun orang nak kata
Dirinya tahu buruk baik perkara
Tersasar tergelincir di perbaiki adanya

Begitu juga dengan si Dara
Mencari perubahan sepanjang masa
Hati di didik tabah dalam segala
Perjalanan seni memang banyak pancaroba

Sang Pencerita sering memerhati
Lagi ramai yang mengata mereka ini
Melimpah pula datangnya rezeki
Kini drama baru bakal menemui

Banyak juga cerita yang hamba terima
Cuba berkata yang tidak elok saja
Namun Allah melihat segala
Hati yang jujur di lindungi sentiasa

Keistimewaan mereka tidak di nafi
Masih banyak juga belum di ketahui
Sehingga kini masih hamba mencari
Apakah rahsia yang tersembunyi?

Hanya dua yang hamba temui
Kasih sayang dan ikhlas di hati
Mereka bekerja mencari rezeki
Demi kasih pada industri seni

Kerana kasih juga kita bercerita
Sewaktu dulu ingin di lihat di alam nyata
Walaupun hajat masih belum sempurna
Cerita yang ada petunjuk bermakna

Rahsia Allah lambat datangnya
Ujian di tempuh hikmah di terima
Tentu apabila sudah tiba masa
Allah memberi dalam sekelip mata

Sejak dulu hamba menanti
Tiada gusar di dalam hati
Doa di iring sehari-hari
Tanda kasih kepada cjoli moli

Begitulah cerita kita di hari ini
Tanda kasih sudah nampak pasti
Hanya menunggu kabaran di beri
Untuk hamba melompat lagi tinggi

Mata mengantuk hampir terpejam kini
Hamba mohon izin mengundur diri
Andainya masih tersimpan hajat di hati
Iringlah doa buat cjolimoli

Selamat malam teman dan rakan
Harapnya tidur dalam ketenangan
Bangun pagi dalam keceriaan
Bersyukur kita pada nikmat di kurniakan

Owned and written by : Sanaa 18/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: