• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Majlis

Cuaca mendung sejak pagi
Hujan juga turun tidak henti
Mata mengantuk minum kopi
Nak juga terlelap mata ku ini

Hampir terlayang di buai impi
Cantiknya cjoli di hari ini
Bertudung putih nampak berseri
Ehh ada juga moli diri di sisi

Hamba perhati sekeliling mereka
Di manakah agaknya berada
Wajah berseri menawan semua
Resah juga Uda di sisinya

Cantik ayu berbaju kebaya
Uda pula segak bergaya
Baju melayu yang di gaya Uda
Sedondon pula mereka berdua

Warna kuning lagi berseri
Tersimpuh Dara di sisi moli
Kacak tampan teguh di sisi
Melindung kasih si buah hati

Hamba telek dan hamba teliti
Di manakah sebenarnya cjolimoli
Oh rupanya mereka datang menghadiri
Majlis persandingan sahabat di kasihi

Hmm janganlah ditanya sang pencerita
Majlis gilang gemilang siapa punya
Janji Uda dan Dara duduk berdua
Nanti jangan di nafi kata yang ada

Orang sebelah sibuk nak tahu
Lalu di cuit sedikit atas bahu
Bila lagi giliran kamu
Uda dan Dara memandang tersipu-sipu

Jangan tunggu lama-lama
Nanti dikebas orang pula
Ramai yang memerhati si Dara
Lebih-lebih lagi berbaju kebaya

Berdehem Uda bila mendengarkan
Bagai ugutan duduk di hadapan
Tawa kecil menjadi iringan
Teman-teman yang duduk berdekatan

Ishhh kata pula si Dara
Majlis masih belum sempurna
Janganlah bising nanti malu kita
Hormatilah majlis Dara berkata

Jeling menjeling teruna dara
Senyum simpul malupun ada
Pabila ditegur Dara jelita
Tertunduk malu terdiam semua

Doa dibaca oleh Tok Kadi
Sempurna sudah akad nikah hari ini
Teman rapat cjolimoli
Ucapan tahniah kini diberi

Hah next is giliran kamu
Tegur pengantin sambil lalu
Ehhh apa pulak kata joli tidak tentu
Kerana di pandang oleh para tamu

Coming soon jawapan dari moli
Sambil memandang kekasih hati
Merah padam muka cjoli
Apabila tepukan rakan segera berbunyi

Kompang dipalu majlis bermula
Di arak pengantin ke singgahsana
Senyum manis mempelai berdua
Tertunduk malu pula si Dara

Ramai yang hadir memandang mereka
Maklumlah pasangan serasi sentiasa
Tidak kira di mana berada
Manja dan mesra yang bersahaja

Majlis persandingan kini bermula
Renjis merenjis orang ternama
Kami sebenarnya dah lama nak tanya
Betul ke cincin di jari dah ada yang punya?

Uda tersenyum menahan rasa
Bila teman mula bertanya
Pada Dara yang disisinya
Menunggu apalah jawab si Dara

Sebentuk cincin tersarung di jari
Adalah sebahagian dari koleksi
Pemberian kasih dari sekeping hati
Yang saya simpan dan hargai

Aduhai Dara janganlah begitu
Jawapanmu mengundang malu
Pada kami yang berteka teki selalu
Berilah kepastian tidaklah kami tertunggu-tunggu

Teman-teman memandang Uda
Sebentuk cincin baru kata mereka
Al maklumlah telah banyak ura-ura
Empunya diri diam sahaja

Lapan mata memandang Uda dan Dara
Gerak badan menyatakan semua
Janganlah nak selindung pinta mereka
Kami sumpah janji tak beritahu sesiapa

Kini hamba cuba bayangkan
Situasi Uda dan Dara di sogok pertanyaan
Bukan pula dari teman wartawan
Kawan rapat yang sentiasa mendoakan

Terukir senyuman teruna dara
Hmmm orang sebelah tak beri jawabnya
Kenalah ditunggu lampu hijau menyala
Bimbang juga pinangan ditolak olehnya

Sedih benar pantun berbunyi
Usik lagi teman yang mengelilingi
Hantar saja biar dirinya gelabah sendiri
Tak mungkin ditolak hati mengasihi

Merah padam wajah cjoli
Yang pedas itulah cili
Mereka masih mengusik lagi
Uda memandang tanda simpati

Rahsia mereka rapat terkunci
Teman rapat juga tiada yang mengetahui
Sudah lama janji diikat dan dimeterai
Dua hati yang bersatu kini

Bila tiba masa yang sesuai nanti
Bakal dihebah untuk semua mengetahui
Masa ini biarlah hamba berangan sendiri
Percaya atau tidak sama-samalah kita menanti

Mohon hamba untuk berhenti
Sebelum jauh berangan sendiri
Pagi masih lagi sunyi dan sepi
Jam menunjuk 4.30 pagi

Owned and written by : Sanaa 23/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: