• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Harijadi

Telah lama diam menyepi
Amina Sophea kembali di sini
Dengan keletah mencuit hati
Marilah sama-sama kita menghayati

Majlis harijadi di buat jiran
Abang dan Sophea turut meraikan
Bersama Kak Sulis sebagai teman
Ibu dan ayah ada tugasan

Sophea disambut dengan pujian
Senyuman di beri penuh keayuan
Mata berkelip tanda mengiyakan
Garang Sophea tidak ketahuan

Amin dan Amsyar turut bersama
Bermain dengan rakan yang ada
Sophea tidak mahu ketinggalan jua
Walaupun Sulis bimbang dan curiga

Bualan Sophea halus berbunyi
Bila ditanya apa hendak dimakan tadi
Duduk diam di atas kerusi
Menunggu Kak Sulis datang memberi

Melihat abang asyik berlari
Sophea pula tidak senang hati
Kak Sulis tegur banyaklah bunyi
Jari menuding kesana kemari

Sophea masih kecil lagi
Pujuk Sulis pada si manja ini
Bimbang tidak terkira di dalam hati
Andainya apa-apa yang terjadi nanti

Ramai yang hadir turut berkata
Alahai comelnya adik yang manja
Besar mata melihat mereka
Sophea tersenyum memandang semua

Amboi mahalnya senyuman diberi
Memandang semua ayu sekali
Tahi lalat di hidung menambah seri
Itulah Sophea puteri di kasihi

Ucapan terima kasih Sophe beri
Lambaian juga tidak ketinggalan tadi
Hendak pulang setelah lama di sini
Hmm geramnya…cubitan manja hinggap di pipi

Control ayu kata seorang lagi
Nakalnya hanya Sulis yang mengetahui
Tatak tiba-tiba Sophea berbunyi
Minta kek sebelum mengundur diri

Hahaha peluang mengusik terbuka kini
Sophea di minta mengulangi
Ishh aunty…senyuman turut di beri
Patutlah ayah dan ibu cair dengan sang puteri

Tiba di rumah Sophea terus mencari
Ayah dan ibu yang belum pulang lagi
Muncung dan sedih airmukanya kini
Ibu ana…Sophea bertanya sedih berbunyi

Bunyi kereta Sophea berlari
Ibu ibu Sophea memanggil tidak henti
Ya sayang…jawapan ibu beri
Pintu dibuka Sophea tersenggeh menanti

Ciuman kasih ibu beri
Terus diminta dukung kini
Girang sungguh rasa di hati
Lalu bercerita tidak henti-henti

Sophea makan apa di sana tadi
Ayah bertanya pada sang puteri
Atan nasi, kek, uih (kuih) girang berbunyi
Senyum ayah Sophea mewarisi

Banyaknya anak ibu makan
Sophea mengangguk mengiyakan
Lalu di tunjuk hadiah pemberian
Party pack yang di berikan

Sophea buat apa lagi di sana
Ibu bertanya pada si manja
Hmmm di geleng kepala pula
Tanda tak ingat itulah jawabnya

Lalu Sophea mengusap pipi
Comel terkeluarlah bunyi
Hehehe ibu ketawa geli hati
Pabila Sulis bercerita tadi

Ohh orang kata anak ibu begitu
Sophea mengangguk tanda setuju
Alahai perasanlah anak ibu
Tawa Sophea menawan kalbu

Ayah pula datang menghampiri
Minta didukung manja sekali
Kepada ayah comel di buat lagi
Sophea tersenyum tawa mengiringi

Ayah memandang mencari pasti
Ibu memberi komen selari
Parahlah ayah kalau begini
Asyik Sophea saja di beri puji

Hmmm jelingan pula ibu beri
Pada ayah yang mengada-ngada kini
Samalah tu ayah dan puteri
Yang pening ibu juga nanti

Janganlah bimbang wahai isteri
Nakal suamimu tidak kemana pergi
Hanya denganmu kekasih hati
Sumpah…abang tak cari lain lagi

Ialah suami yang di kasihi
Jangan nanti sumpah makan diri
Sempat juga cubitan Nur beri
Geram melihat perangai sang suami

Itulah keluarga bahagia
Gurau dan senda sepanjang masa
Marah Nur selalunya tidak kemana
Adam memujuk lembutlah hatinya

Anak-anak pengikat kasih
Lahir mereka suci dan bersih
Hadir mereka adalah anugerah
Rezeki pasti datang mencurah-curah

Begitulah cerita di petang ini
Telatah Sophea di hari jadi
Nasib baik tidak minta dirai
Harijadinya yang belum tiba lagi

Sekian dahulu wahai teman
Bertemu kita di lain siaran
Kisah Adam dan Nur dalam kebahagian
Itulah yang sering di doakan

Owned and written by : Sanaa 24/03/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: