• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • March 2011
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Archives

Terkenang-kenang

Dalam hati terkenang-kenang
Apakah kabarnya orang tersayang
Itulah kata yang selalu di dendang
Pabila wajah asyik terbayang

Mata di lelap rasa tak lena
Asyik terkenang pada adinda
Indahnya kata-kata
Bila teruna rindukan si Dara

Ketika bertemu pertama kali
Lidah kelu diam menyepi
Setelah hati mula mengenali
Rindu bertandang resah menanti

Demi kasih pada si buah hati
Sanggup dikorban rahsia diri
Biarlah orang berkata itu ini
Asalkan kekasih hati memahami

Adat bercinta memang begitu
Sehari tak bersua terasa rindu
Rasa hati resah selalu
Makan dan minum juga tidak menentu

Benarkah begitu wahai adinda berdua
Cerita terdengar empunya diri berkata
“Suku” jawapan yang ada
Bila pula setengah akan menjelma?

Masih berahsia dalam bicara
Peminat menanti dengan lama
Kisah peribadi menjadi rahsia
Itulah indahnya Uda dan Dara

Wajah manis ayu jelita
Menjadi pujaan makcik-makcik semua
Kini tahulah hamba apa yang dirasa
Oleh Uda bila berjauhan lama

Terbayang lagi dek hamba
Wajah manis di atas tangga
Kali ini memerhatikan Uda
Yang sedang sibuk mencuci kereta

Datanglah pula bonda tercinta
Lalu ditanya kenapa duduk di tangga
Dara kabarkan kepada bonda
Menemani Uda yang sedang bekerja

Hmm jangan terlalu diberi manja
Tegur bonda pada si Dara
Nanti sudahnya kamu yang merana
Pergi ke mana tidak di beri olehnya

Uda memandang bonda dikasihi
Sedih terbit di dalam hati
Kenapa bonda cakap begini
Bagaikan tahu rahsia diri

Apakah salah bonda berkata begitu
Memang benar itulah yang berlaku
Dara memandang tanda tidak setuju
Meminta bonda bersabar dahulu

Uda ketawa melihat ibu
Jenaka membuat Dara tak tentu
Ehh ini bukan gurauan dari ibumu
Berang sungguh tingkah dan laku

Dara tersepit kini di antara
Jangan pula kamu berpura-pura
Uda sudah makin mengada-ngada
Ibu mohon di piat telinga

Hahaha ibu menahan senyum dan tawa
Marah ibu hanya berjenaka
Dara juga turut ketawa
Pabila tawa ibu berderai akhirnya

Sudahlah tu wahai anakanda
Mari ke mari bersama bonda
Tinggalkan saja Uda di sana
Selesaikan tugas yang ada

Buat kerja janganlah leka
Pesan ibu sebelum undur tadinya
Uda geram kerana terkena
Ibu membawa Dara bersama

Tata bye bye Dara berkata
Kanda buatlah kerja jangan leka
Nanti ibu bawa rotan pula
Anak teruna tidak dengar kata

Ewah ewah Uda berkata
Dinda berpaling tadah jua
Mentang-mentang ibu mempelawa
Ditinggal kita bagai tak berharga

Jangan sesekali minta dihargai
Kasih mesti setulis hati
Jangan kerana hari ini seksi
Bila sakit ditinggal pergi

Panas telinga bila diperli
Oleh ibu yang dikasihi
Buruk benarkah anakanda ini
Sehingga begitu anggapan diberi

Tidaklah buruk peribadi
Andainya pedas itulah cili
Siapa suruh berkata tadi
Kini anakanda fikir-fikirlah sendiri

Dara tersenyum mendengarkan
Anak dan ibu dalam perbualan
Nasihat diberi bersama sindiran
Terasa juga diri yang kekurangan

Uda dan Dara pandang sesama
Hah apa pulak tu yang tak kena
Ibu menegur Dara terpinga-pinga
Sudah tu jom kita pergi tinggalkan dia

Tak aci Uda membantah
Ibu memang berat sebelah
Orang lelaki leceh tak sudah
Lagi dilayan makin parah

Ibu dan Dara senyum berdua
Geram Uda berseorangan saja
Apalah nasib diriku adanya
Tak aci tak aci Uda bersungut sahaja

Itulah coretan dalam igauan
Bila ibu bersama menantu pilihan
Uda geleng tak ketahuan
Dalam hati syukur diucapkan

Setelah derita ibu lalui
Kini bahagia bersinar kembali
Tatkala Dara hadir ke sisi
Doa ibu tidak henti-henti

Hikmah terselindung di balik pertemuan
Rencana Allah itulah ketentuan
Jagalah hati dan juga perasaan
Cinta kasih sayang terus di semaikan

Siramilah ia dengan ikhlas
Hidup subur bagai sayur di batas
Gembira ibu terlalu jelas
Melihat anakanda hatipun puas

Jangan di tanya isinya cerita
Hamba menulis dari apa dirasa
Igauan kasih yang menjelma
Lalu hamba coretkan di sini sahaja

Semoga kita bertemu kembali
Gossip Uda dan Dara tetap tidak henti
Namun kasih utuh berdiri
Itulah tandanya cinta suci sejati

Hamba kini mohon berhenti
Pantun juga panjanglah kini
Mungkin tadi lompat tinggi-tinggi
Gembira di hati tidak di nafi

Selamat malam wahai teman
Berehatlah minda dan badan
Nanti harapnya bila di peraduan
Tidur lena bagai dalam buaian

Owned and written by : Sanaa 28/03/11

3 Responses

  1. Salam Cik Sanaa, saya suka bila awak suka tapi jgn lompat tinggi tinggi lagi sbb kalimat dlm ‘Apa Kata’ oleh Moli bukan recent tapi dipetik dari majallaj MH last Febuary edisi (gambar cover Remy/Eja). Anehnya lepas edisi ni MH next edisi pulak dorang tepek gambar Remy dan dorang taruk caption dr mulutnya dgn ‘lawanya nya MK. See what i mean why i take all this interview by magz with a grain of salt they’re manipulative bunch. Remy interview in HotFm didnt give anything new either. The question still remain siapa dia “sdg mengenali seseorang’ is it Tiz or some else ? Hope no one pressure them though. I take solace that ReTiz have koachi & ucop & that they travell w/them that at least give me hope mungkin juga ada’sesuatu’ after all despite gossip. In the mean time i practice lompat lompat dulu siapa tau nanti dpat lompat tinggi tinggi akhir nya juga

    • Wassalam Shelin…doa adalah sebaik-baik senjata. Be positive if that is what you want to see and from your heart. Ignore the negative vibes dan percaya bila tiba masa Allah tentukan sesuatu kepada orang yang kita suka dan sayang terima dengan hati yang terbuka. Itu yang I buat di sini. Selama mana I boleh merasakan cinta mereka selagi itulah I menulis dan akan tiba masa segala tanda tanya akan terjawab jua. Ok dear have a pleasant afternoon. Take good care of yourself.

      • Have a pleasnt day too my dear Cik Sanaa will keep in mind with what you said. Oh please do keep on writing. With my nuisance negativity fans ( like me ) needs yr positivity with smile on our face. Hug.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: