Hari sudah menjelang tengahari
Gambar anugerah hamba lihat berkali-kali
Aduhai cantiknya cjolimoli
Begitulah mereka di alam realiti
Senyum berdua menawan hati
Teringat hamba kepada promosi
NKTM akan bermula tidak lama lagi
Dapatlah hamba tatap setiap hari
Manja sikit lagi Nur…arahan diberi
Oleh jurugambar pada cjoli
Kepala terlentuk di dada moli
Yess…senyuman melirik manis sekali
Alahh Adam janganlah keras sahaja
Manalah pergi hilangnya manja
Nanti Nur cubit sakit adanya
Jawapan di beri dengan hilai tawa
Aduhhh jerit Adam menjelma
Sudah tentu cubitan mengena
Tengok tu kalau tak percaya
Lengan dicubit oleh isteri tercinta
Tawa manja sudah kedengaran
Segalanya amat mengasyikan
Cjolimoli dalam gurauan
Mencipta keindahan setiap ruangan
Memang mudah bekerjasama
Itulah Adam dan Nur kesayangan semua
Kisah mereka amat teruja
Walaupun sebaris yang menjelma
Click click camera berbunyi
Gambar candid menawan hati
Tergaman mereka sebentar tadi
Tidak di sangka segalanya diperhati
Pinggang di peluk dengan manja
Kepala pula tersandar di dada
Setelah puas menahan tawa
Baru dapat di ambil gambar berdua
Lahh kenapa dengan kamu ini
Tiba-tiba macam semua tak reti
Bukannya tak reti tapi semua perhati
Malulah nanti gossip keluar lagi
Ketawa berderai dari semua
Jawapan Adam bunyi mengada-ngada
Photo shoot tiada siapa mengata
Dah memang sah kamu berdua bercinta
Merah padam muka cjoli
Kerana gurau tidak selindung lagi
Malam anugerah di salah kini
Mereka dikata tak renggang seinci
Nur…masih ingat lagi?
Tanya Adam penuh cinta di hati
Sampai bila-bila jawapan diberi
Itulah harapan di alam realiti
Sekali lagi camera berbunyi
Apabila mereka leka berdiri
Senyum terukir menawan hati
Jurugambar teruja nak kata apa lagi
Alahh alahh manjanya…pujian diberi
Lupa ya kami masih berdiri disini
Suruh posing tak mahu pula tadi
Biarlah ku ambil candid lagi puas hati
Sejak dulu wajah berdua
Segak tampan manis bergaya
Senyum juga sama sahaja
Tidak habis di sini bercerita
Sedikit gurauan di hari ini
Ketika teringat perkara promosi
Sudah terbayang di mata kini
Wajah mereka menghiasi sana sini
Semoga bahagia pasangan ini
Dalam cerita di bawa ke realiti
Walau tidak mudah merintangi
Lautan kasih yang kini bersemi
Selamat menikmati jamuan tengahari
Berhati-hati kemana saja pergi
Toleh kanan dan juga kiri
Bila menyeberangi jalan nanti
Pandu kereta berhati-hati
Jalan jam susah di waktu ini
Marah juga jangan sekali-kali
Nanti naik pula darah tinggi
Hamba mohon mengundur diri
Sama-samalah kita menanti
Tayangan Nur Kasih versi movie
Di pawagam pada 19 Mei nanti
Owned and written by : Sanaa 06/04/11
Filed under: Pantun | Tagged: Remy & Tiz |
salam sup,
kita berduo dah mcm MIA..
adios…gracias….
salam sanaa, red n smua …
lama rase tak ku comment di sini
ingin nak tinggal jejak n sepatah dua info terkini
ader kabaran ygku dengari
pasai pa lg kalu bukan nk the muvi
cek dengag pagi tadi dekat mhi at tv three
M Zul si pengacara dah tgk sneak preview of this muvi
katanya best n sedih from start lagi
sampai kak abby jeles tak terperi..
eeee…cek tak sabag dah niiiii…..
adios amigos…luv…
ucapan tahniah kepada cmoli
‘magnificant & significant talent’ for you Remy…
walaupun red sering ketinggalan keritapi
sempat juga red click live tv3
nama moli di julang lagi
itu namanya rezeki
happy red nampak gusi gigi
kepada cjoli
no worry be happy
you menang di hati dan sanubari
backing both of you 360 degree….inifinity….
menghitung jari jemari….
adeler……(sebut mcm Nur) kalau reti…
wahai encik budiey (SORRY salah entry blog pulak I ne)
terima kaseh tapek gambar cjolimoli
jejaka kacak tampan disampaing c jelita mempersona hati
mcm putera raja dan permaisuri rupawan lagak mereka berjalan atas permaidani
sang teruna ala ala Spanish look yang ori
romantik mereka bukan saja thru Nur Kasih
jarak jauh pun serasi dan chemistry nya tulin sekali
pn.president jgn marah, gue singgah di sini
gue dah mcm chipmore
esok lusa ada tiket gue kembali lagi
cerio….cancicau…gue mengudur diri….
eight eight seven three