• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Cahaya Lilin

Hamba berembun malam tadi
Kerana menjadi CSI tak bergaji
Puas dicari sana dan sini
Tiada nampak bayang cjolimoli

Ceruk dan rantau kami pergi
Teropong kata licik betul mereka ini
Entah di manakah Uda sembunyi
Bersama Dara yang kini kekasih hati

Harijadi itulah misi
Mungkin disambut berdua saja nanti
Timbul pula bimbang di dalam hati
Kot-kot Dara dibawa lari

Haihh kata teropong memarahi
Mana boleh Uda di sangsi
Amanah dipegang sejak dahulu lagi
Keluarga Dara sudah di maklumi

Wahh teropong sudah dibayar gaji
Untuk menyimpan rahsia cjolimoli
Carpet berang teropong menyerigai kini
Mana ada…aku tetap setia di sini

Sudah sudah tu jalankan misi
Projek pertama harijadi cmoli
Kita lihat apa yang joli beri
Untuk kekanda pujaan hati

Berhenti rehat barang seketika
Kerana penat menjelajah benua
Tiada bayang mereka berdua
Akan hamba cari hingga berjumpa

Embun menitik di atas kepala
Dingin pagi sudah mula terasa
Apakah mereka berada di dalam gua
Hingga tidak nampak bayang bersama

Merah putih padanan warna
Teropong melihat mereka di sana
Dengan lilin yang menyala
Ohhh makan malam belum sempurna

Kami bertiga merapati
Invisible mode terpasang kini
Eh eh dekatnya cjolimoli
Bisik apakah mereka berdua ini

Cahaya lilin yang menerangi
Harum semerbak wangian kasturi
Indahnya hiasan mengelilingi
Meja makan merpati dua sejoli

What is your wish my dear…

Itulah bisik yang kedengaran
Dara bertanya beriring senyuman
Mata memandang tiada kedipan
Tangan diapit dengan kesyahduan

Mata bertentang tiada suara
Tangan diapit di kucup Uda
Ucapan terima kasih Dara terima
Kerana berada disisi sepanjang masa

Pertanyaan Dara di biar sepi
Tiada apa lagi yang diingini
Kata-kata terlontar dari cmoli
Yang satu ini tidak boleh dibeli

Segala apa yang boleh dibeli
Rasanya telah kanda miliki
Cuma harapan yang satu ini
Kenalah tunggu jawapan pasti

Terdiam Dara dengan bicara
Hanya senyuman mengerti segala
Serta merta beralih pandangan mata
Dek tidak mampu menahan rasa

Tawa kecil Uda beri
Bila melihat kekasih hati
Tunduk dan malu tidak terperi
Merah di pipi menambah seri

Nyanyian kecil kini berbunyi
Petikan piano turut mengiringi
Kek di tatang oleh pelayan kini
Membawanya ke meja cjolimoli

Cantiknya kek yang di bawa
Penuh buah kalau tidak silap hamba
Dengan lilin yang menyala
Tanda kasih Dara buat Uda

Happy Birthday…make a wish pinta Dara
Uda memenuhi permintaan dengan rela
Mata di pejam buat seketika
Tidaklah hamba tahu apa yang di minta

Lilin di tiup bersama-sama
Boleh dinda tahu apa yang di minta?
Tak boleh…segalanya adalah rahsia
Jeling diberi oleh Dara

Mulalah tu nak mengada-ngada
Bila ditanya tak mahu jawab pula
Buka mulut…Uda meminta
Manisan diberi kepada Dara

Banyak mata duduk memerhati
Gurau senda merpati dua sejoli
Kasih dan sayang datang dari hati
Terpancar indah di wajah mereka ini

Giliran Dara menyuap Uda
Hamba leka memerhati mereka
Indah pandangan di hadapan mata
Kenangan yang tidak akan dilupa

Happy Birthday wahai moli
Ucapan dari kami semua di sini
Di panjangkan umur di murahkan rezeki
Cekal dan tabah mengharungi hidup ini

Itulah sedikit coretan
Untuk semua buat tatapan
Gunakanlah segala khayalan
Sehingga tercipta satu keindahan

Owned and written by : Sanaa 11/04/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: