• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Yang Mana Satu

Dalam perjalanan hidup yang tidak pasti akan berlaku juga sesuatu yang tidak pasti dan tidak kita ketahui. Begitu jugalah dengan diri saya. Tidak pernah terbayang akan berada di puncak genting untuk menyaksikan sendiri Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Saya pergi atas tiket Tiz Zaqyah fan club dan saya akui terselit rasa dan harapan untuk melihat pasangan Nur Kasih iaitu Remy dan Tiz berjalan di permaidani merah (walaupun biru di gunakan).

Harapan yang terselit di makbulkan Allah jua. Alhamdulillah. Tergamam, terpegun dan terperanjat juga mungkin apabila bola mata saya terpampam pada wajah berdua di atas tangga. Sememangnya tidak saya duga lalu saya menjadi pemerhati setia kepada berdua di malam itu. Dari atas tangga hinggalah mereka sampai di tempat duduk. Terdetik jua di dalam hati pasti nanti ada soseh-soseh lagi tentang mereka ini. Akan tetapi ia bukanlah satu kesalahan bagi mereka untuk berjalan berdua di khalayak ramai serta di hadapan mata-mata yang memerhatikan.

Entah kenapa juga saya menjadi pembaca setia berita harian dan surat kabar lain keesokan harinya untuk mengetahui apakah soseh-soseh yang bakal di keluarkan oleh wartawan apabila melihat keintiman mereka di malam itu. Rupanya sehingga hari ini tidak banyak di perkatakan. Boleh dikatakan tiada cuma sebaris dua ayat yang mengatakan Remy dan Tiz tidak berenggang di malam itu dan Remy memperkenalkan Alyah kepada kekasihnya Tiz Zaqyah supaya tidak ada salah faham. Itulah mengikut apa yang ditulis dan sesuatu yang pelik kerana Tiz dan Alyah pernah digandingkan dalam sesi photography. Terang dan nyata wartawan menulis mengikut suka tanpa ada usul periksa.

Rentetan dari itu tersiar pula satu berita sepasang artis yang dikatakan tinggal serumah. Pasangan yang di maksudkan oleh berita harian adalah Kamal Adli dan Intan Liyana. Namun agak kesal di hati saya apabila nama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah digunakan sebagai pembuka kata. Apakah perlu untuk menulis nama Remy dan Tiz apabila cerita yang hendak dipaparkan adalah pasangan lain? Walaupun terlebih dahulu Remy dan Tiz pernah di gosipkan begitu namun apakah kaitan mereka dengan pasangan lain? Berita-berita yang begini menambah keyakinan saya bahawa pihak media amat berat sebelah. Seolah-olah segala gerak geri dan perlakuan mereka berdua semuanya buruk di mata wartawan atau mereka adalah pasangan yang menggegarkan dunia hiburan dan perfileman tanahair kini? Nama berdua akan berjaya menggamit pembaca membeli majalah atau akbar yang ada. Begitukah? Atau saya yang terlebih sensitif bila berbicara tentang mereka berdua?

Tidak beberapa lama dahulu kalau tidak silap, saya pernah terbaca bahawa Remy Ishak dikatakan amat susah hendak bekerjasama dengan wartawan ataupun terlalu susah untuk dihubungi. Ini adalah perkara lama sebelum Remy ada pengurus yang menguruskan jadualnya. Akan tetapi selepas itu hampir setiap kali wajah Remy menghiasi dada-dada akhbar hanya gossip yang melebihi segalanya. Amat jarang membaca hal kerjaya yang dimuatkan. Begitu juga dengan Tiz Zaqyah. Setelah Remy dan Tiz berganding di dalam Nur Kasih kisah persahabatan mereka juga di war-warkan. Kedua mereka sering menjadi terjahan para wartawan. Sebagai seorang yang mengikuti sedikit sebanyak perjalanan seni mereka teringin juga untuk membaca wawancara yang benar-benar kukuh, padat dan berisi tentang kerjaya lakonan dan sejauh mana mereka berdua ingin melangkah dalam industri ini. Sedikit sebanyak kecenderungan hobi mereka dan bagaimana hobi ini membantu mereka dalam bidang yang diceburi serta persediaan diri untuk setiap watak yang bakal di lakonkan.

Akan tetapi agak malang setiap kali membuka lembaran akhbar dan melihat tajuk-tajuk utama kisah peribadi menjadi bahan berita. Saya tidak menafikan kisah-kisah peribadi akan menarik perhatian pembaca akan tetapi saya juga merasakan bahawa masyarakat kita tidak perlu untuk di sogokan dengan berita-berita peribadi sepanjang masa. Tajuk-tajuk rencana yang digunakan akan membuat orang membeli majalah atau akhbar yang ada. Seterusnya anggapan di buat bahawa masyarakat atau peminat yang inginkan demikian. Sukar juga untuk saya mencari kebenaran di sebalik kata-kata ini. Kalau diajukan soalan kepada wartawan pastinya nanti jawapan standard yang diberikan. Itu adalah tugas kami, terpulanglah kepada pembaca untuk menilai segala cerita di dalamnya. Sebagai pembaca juga saya mengakui agak sukar untuk lari dari kenyataan bahawa keinginan tetap ada untuk mengetahui cerita-cerita artis pujaan mereka.

Akhirnya apakah kesudahan kepada “perkara biasa” dalam dunia hiburan? Sekadar cerita atau mengaibkan seseorang? Populariti atau mahu pujian diberi? Apakah tepuk dada tanya selera akan memberi jawabnya?

Owned and written by : Sanaa 12/04/11

*****

Kamal Adli nafi dakwaan tinggal serumah dengan Intan Ladyana

SEBELUM ini, nama pasangan pelakon popular, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah menjadi panas apabila kedua-duanya dikatakan tinggal serumah selepas kelibat mereka sering kelihatan di sebuah kawasan perumahan. Namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya pasangan pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Nur Kasih itu.
Belum reda kontroversi itu, timbul pula cerita lebih kurang sama. Namun kali ini membabitkan pasangan pelakon yang juga pasangan kekasih iaitu Kamal Adli dan Intan Ladyana. Mereka didakwa bersekedudukan apabila Kamal sering kelihatan berada di rumah buah hatinya.

Khabarnya, perkara ini dibangkitkan sendiri oleh jiran sekeliling yang sudah tidak tahan menyaksikan perlakuan berkenaan. Bagi berlaku adil dan tidak mahu terus menjatuhkan hukum, Hip mendapatkan penjelasan daripada Kamal yang ditemui sewaktu acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Berita Harian (ABPBH 2010) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lalu.

Sambil mengakui terkejut apabila dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral itu, Kamal berkata mereka masih mempunyai pertimbangan diri untuk mengenal yang buruk dan salah, sekali gus menegaskan supaya tuduhan yang berunsur fitnah itu dihentikan segera.

HIP: Bagaimana boleh timbul cerita Kamal dan Intan tinggal serumah?

Kamal: Itulah, saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu adanya gosip mengatakan kami bersekedudukan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan soal imej dan reputasi. Kami masih tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Kami tidak tinggal serumah seperti yang dihebohkan. Buat apa saya nak duduk bersama Intan sedangkan saya ada rumah sendiri di Bangi. Malah, saya tinggal bersama keluarga saya di sana.
HIP: Jika perkara itu tidak benar, takkan orang bercakap mengenainya.

Kamal: Pada saya mereka membuat tanggapan sedemikian kerana sering melihat wajah saya di rumah Intan. Memang benar saya ada ke rumahnya, tapi itupun sekadar tunggu di bawah. Saya ke rumah Intan pun kerana mahu menjemputnya keluar. Dia tak ada pengangkutan jadi kalau kami mahu keluar, sayalah yang akan mengambilnya. Tapi tak adalah sampai naik ke dalam rumah. Mungkin disebabkan itu mereka (jiran) ingat kami tinggal serumah.

HIP: Keluarga tak risau bila gosip seperti ini tersebar?

Kamal: Sudah tentu mereka risau terutama emak saya. Walaupun dia tahu saya tak buat perkara itu kerana dia sendiri tahu yang anaknya ini tinggal bersamanya, tapi sebagai ibu sudah tentu dia tidak selesa apabila perkara seperti ini digembar-gemburkan. Dia ada juga menelefon saya bertanyakan hal itu dan saya memberi penjelasan padanya perkara itu tidak benar sama sekali.

HIP: Kamal juga tak bimbang apabila akan ada pihak menunggu masa untuk mencekup anda berdua gara-gara dakwaan itu?

Kamal: Tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tahu saya tak buat perkara seperti itu. Jika kami keluar pun, jarang kami keluar berdua. Biasanya ada teman bersama-sama kami ketika keluar makan dan tengok wayang. Kalau hendak diikutkan, kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Mujurlah sebelum ini kami ada terbabit dalam filem sama iaitu Kembar Siang, jadi di lokasi sajalah kami boleh berjumpa. Tidak ada apa yang perlu kami risaukan atau sembunyikan. Biarlah orang nak kata apapun, saya malas nak fikir. Buat bodoh sudah. Berani kerana benar.

HIP: Kalau begitu mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berdua menghalalkan hubungan itu supaya tak timbul masalah lagi selepas ini?

Kamal: Buat masa ini, soal perkahwinan masih belum difikirkan lagi. Tunggulah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, masa itu barulah kami bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bagilah kami tempoh untuk membuat persediaan serta mengukuhkan ekonomi. Lagipun, Intan sendiri tidak pernah memaksa saya untuk melamarnya. Takkan kami hendak berkahwin semata-mata kerana tekanan cerita seperti ini.

8 Responses

  1. Ingatkn sebagai ikrar yg tak berbelah bagi sentiasa BERDIRI TEGUH DIBELAKANG cjoli moli ..hihihi

  2. According to ida cjoli’s gown designer, the clutch bag cjoli cari that night was by Marina Mahathir & 40% out of the purchase price of that clutch will go to charity body ‘islam women’ How cool was that !make me proud of cjoli

  3. biarlah san sesetengah wartawan memang bias pon
    btw san sempat tak U view video ketika Remy & Tiz nak masuk kedlm hall mlm tu memang nampak romantik sgt Remy & Tiz mcm pengantin pulak sebab Tiz serba puteh & Remy suite hitam I suka sgt !

    • Thanks Yatty kerana masih sudi ke mari. Alhamdulillah sempat I tengok video tu and ada another video tapi dah di privatekan juga. Ramai yg kata mcm pengantin..semoga ianya juga satu doa.

  4. Salam Cik Sanaa…… tenggah excited ni Cik Sanaa tak ku sangka YOU WERE THERE !!!! So happy to know this. Carpet & teropong jadi realiti!! Dont get me started with wartawan hiburan, they have their own agenda right. Gambar dari ABPBH pun 2 ketol je tu dari Budiey Neway tidur nenyak lah Cik Sanaa selepas dapat lihat cjolimoli in person. Dont know wat my reaction will be if im in yr shoe. Tengok gambar mereka di web je dah timbul mcm mcm perasaan apa lagi kalau dah dii depan mata!! Nangis punya mestI haha kan i ni emo sangat dgn cjolimoli kan wah wah perhatikan mereka dari tangga hingga ketempat duduk eh tapi kan colimoli duduk berasingan mata kanan tengok cjoli dan mata kiri cmoli ke? Lame joke haha. Serus In ur eye are they ok? Hard to see fr 2 ketol gambar tu. You are our eyes.

    • Wassalam Shelin..yes dear I was there and honestly I was there. Duduk berasingan bukan kehendak mereka tapi dah di aturkan begitu barangkali and I was there for a while after the award presentation over to see them walking in the arena to meet fans. I am sure picture prints a thousand words dan begitu jugalah dengan mata ini. I will never want to give false hope kerana soal hati bukan milik I but what i can say the body language and eye contact adalah bukti segalanya bukan lakonan. Itu saja yg boleh I share other than that hanya kedua mereka sahaja yg punya jawabnya. Looking at the pictures for NKTM and the comments I am sure ramai yg teruja dan menumpang bahagia melihat kebahagian mereka. So berdoalah utk mereka dgn hati yg ikhlas seadanya. Take care dear and enjoy your day.

  5. Kekadang sya terfikir, apa jua yg diterbitkan oleh wartawan kebelakangan ini begitu mengelirukan. Tidak dinafikan ada yg semmgnya berat sebelah lbh2 lagi jika ia membabitkan individu yg bersehaluan dgn mereka. Jika diamati, kita sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran seuatu kenyataan itu, tak kisahlah klu bab politik ke, bab artis ke, apa2 ajelah walaupun setelah mendengar drpd kedua-dua pihak untuk kita berlaku adil. Sya dah bosan dan sya dah give up. Kini, prinsip sya adalah apabila ada yg menyampaikan sesuatu berita kpd sya, maka jawapan spontan yg sya beri ialah ‘Ye ke!?’, ‘Betul ke!?’ Coz I don’t even know the truth. It’s better to sit back, relax and go with the flow. Tak payah nak memeningkan kepala. Skrg, yg sya tahu, “THE TRUTH IS OUT THERE”. Juz my personal opinion.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: