• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Rojak

Waktu kini sudah dinihari
Hamba masih gagal tidur lagi
Lalu teringat blog belum diisi
Cubalah hamba menulis kini

Tiada apa yang ada sebenarnya
Cuma cerita biasa sahaja
Kisah cinta dan anak muda
Bila digegar ombak melanda

Adat berkasih memang begitu
Tiba masanya menanggung rindu
Rajuk dan marah bersulam selalu
Hanya keikhlasan dapat membantu

Bila berkasih biarlah satu
Sahabat pula biarlah seribu
Jangan disulam tipu dan nafsu
Kerana ia akan merugikan dirimu

Dunia ini penuh dengan pancaroba
Khianat dan dengki juga merata
Zaman moden yang tiada jadi ada
Sehingga tidak mengenal dosa pahala

Janganlah kita tamak haloba
Merebut hak yang kita tak punya
Kerana hidup tidak akan bahagia
Walaupun harta melimpah adanya

Carilah rezeki dengan sendiri
Bekerja kuat sehari-hari
Mintalah doa jangan di lupai
Semoga hasil diberkati

Dalam hamba melayar hati
Teringat pula pada cjolimoli
Apakah kabar mereka sekarang ini?
Senyap dan sunyi tiada berita terkini

Mungkin lebih baik begini
Supaya tiada sebarang spekulasi
Kerana promo NK akan bermula nanti
Aduhai tentu manis mereka berdua ini

Sebentar tadi hamba layari
Gambar berdua di anugerah baru-baru ini
Lagi ditatap lagi berseri
Bagai pengantin disanding tadi

Semoga berdua tabah menghadapi
Andai ada dugaan melanda diri
Baik-baik dalam mengharungi
Alam percintaan yang berliku ini

Eh eh tiba-tiba pesanan diberi
Pada kedua cjolimoli
Cinta mereka bagai terpatri
Terkunci mati tiada siapa mengetahui

Sekiranya ada cerita mereka
Bagai ada seri dan cahaya
Naskah akhbar habis semua
Kerana semua ingin membaca

Terlanjur kita bercerita
Kisah kasih Uda dan Dara
Izinkan hamba berpesan pada berdua
Jangan asyik marah dan merajuk sahaja

Gerak geri bakal di hidu
Oleh wartawan akan di speku
Kerana cinta tidak mengaku
Namun ada bau-bau cemburu

Sang pencerita berangan lagi
Hilang sudah gundah di hati
Terima kasih wahai cjolimoli
Kerana senyuman yang kamu beri

Sejak pagi hingga senja kini
Pantun sang pencerita tak siap-siap lagi
Kisah cinta yang ingin di layari
Bercampur aduk nasihat diberi

Sememangnya sang pencerita hilang idea
Oleh kerana keletihan melanda
Kerja yang banyak tak habis adanya
Hujung minggu tak duduk juga

Aduhai apa sudah jadi
Kepala tak gatal digaru kini
Sabar sabar hamba memujuk hati
Akhirnya rojak nama pantun ku beri

Senja juga sudah hampir tiba
Azan di surau berkumandang jua
Berhenti hamba di sini sahaja
Tugas wajib hendak di sempurna

Esok hari kita bekerja
Selamat bertugas kepada semua
Ada masa esok bercerita
Topic masih belum ada

Bye bye good nite wahai teman
Rehatkan minda dan juga badan
Tidur awal jangan nanti kesiangan
Sepanjang hari hidup tak keruan

Owned and written by : Sanaa 17/04/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: