• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

“Cerita Hantu”

Entah apa yang teruja di awal pagi
Laman web sang pencerita kunjungi
Kononnya nak tengok wayang hari ini
Mak aiii cerita hantu saja yang memenuhi

Senjakala yang terbaru
Itupun kalau betul pandangan mataku
Kenapa sekarang asyik-asyik cerita hantu
Tayangan di pawagan satu persatu

Lalu hamba duduk menyendiri
Melayar kenangan lalu mengingati
Zaman anak-anak telah dilupai
Penglipur lara yang dikenali

Zaman anak-anak sering bercerita
Oleh atok dan nenek tercinta
Begitu juga dengan bapa saudara
Cerita hantu lagi seram dirasa

Balik mengaji masa dinanti
Untuk mengacau kawan sendiri
Telekong diguna seram berbunyi
Langsuir bergayut di dahan tinggi

Cak lik bot nama diberi
Bila berlari tidak lihat kanan dan kiri
Terlopong ternganga menghayati
Bapa saudara ketawa geli hati

Eeee seramnya cerita tadi
Itulah kupasan yang diberi
Malam nanti mesti tak pergi mengaji
Kerana takut hantu datang nanti

Pokok langsuir nama diberi
Kalau dahulu usik pun tak berani
Namun sekarang ditanam lagi
Penyeri kawasan laman kini

Bersekolah asrama cerita tak kering gusi
Masuk dorm kipas pusing sendiri
Bukak lampu hantu cabut lari
Betul aku nampak..itulah ekpressi

Penglipur lara kini tiada lagi
Lalu pengarah buatlah movi
Kena bayar…hilanglah seri
Segala aksi mesin berbunyi

Rumah kampung atap rembia
Pintu terbuka eeiitt bunyinya
Sebab minyak sudah tiada
Duduk sorang-sorang seram bulu roma

Baca Al Fatihah nenek berpesan
Kumat kamit sepanjang jalan
Andainya ada kawan yang tak kesian
Hantu kom-kom tunggu dipersimpangan

Larilah semuanya lintang pukang
Tak tentu arah jatuh longkong
Jerit pekik terlolong-lolong
Habis heboh satu kampung

Tiada computer gadget terkini
Upih pinang pun menjadi
Terjun sungai setiap hari
Pandai juga kami sekarang ini

Air telaga nyaman sekali
Kalau malam tak berani pergi
Lampu pelita yang menyuluh kami
Ditiup angin padam sendiri

Tutup tingkap dan pintu
Dah senja nanti masuk hantu
Zaman dahulu apalah kami tahu
Ikut saja pesanan nenek moyangku

Kerana itu banyaknya cerita hantu
Zaman sekarang penglipur tiada yang mahu
Mengaji juga bayar ribu-ribu
Terang benderang hantupun takut nak lalu

Sekadar teringat kisah lama
Walaupun tiada apa yang istimewa
Pengalaman indah tiada rupa
Tapi itulah kekuatan jiwa

Susah dahulu penuh makna
Bersyukur kita pada Yang Esa
Zaman berubah hilang sendinya
Tutur kata kasar sahaja

Duduklah hamba dirumah sahaja
Kerana tiada cerita menarik adanya
Red Riding Hood tidak teruja
Tak best…itulah kata Dara

Selamat berhari minggu wahai semua
Apakah hidangan tengahari agaknya
Mungkin ada juga yang istimewa
Marilah kita kongsi bersama-sama

Owned and written by : Sanaa 24/04/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: