• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

“Jiwa tak besar”

Salam dan selamat pagi kepada teman, rakan dan pembaca budiman

Di bawah ini saya kepilkan tulisan Abie Abdullah yang di siarkan di Harian Metro Semalam. Tujuan saya adalah untuk kita sama-sama membaca dan merenung tulisan saudara ini tentang industri hiburan tanahair. Mungkin ada di antara rakan-rakan yang terlepas pandang pada artikel ini. Sedikit sebanyak yang di tulis oleh wartawan ini pernah saya sentuh sebelum ini.

Diharapkan dengan tulisan saudara Abie dapat membuka lebih banyak jalan kepada penggiat seni tanahair untuk meneliti kelemahan yang ada dan memperbaiki serta menerima pendapat-pendapat yang diberi.

Terima kasih

Sanaa 26/04/11

*****

Jiwa tak besar
Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

ASSALAMUALAIKUM! Jangan marah kalau secara kasar mata saya melihat tiada perkembangan menarik di dalam industri hiburan kebelakangan ini. Lebih kurang sama saja dengan tahun-tahun sebelumnya – program realiti terus mencari peserta, drama bersiri bersambungan, cerita artis yang naik tangga rumah orang, muzik masih macam itu juga, filem pula kekal dengan prestasi hantu dan begitulah cerita industri kita.

Minggu ini saya ingin sentuh mengenai pencarian bakat di kalangan anak muda yang boleh kita anggap sebagai pelapis untuk kelangsungan industri seni tanah air. Tiada banyak yang berubah walaupun Akademi Fantasia 9 dikatakan musim penutup yang saya mengharapkan sesuatu daripada Astro kali ini.

Harapan itu membuatkan saya meluangkan masa untuk konsert pertama. Ada yang menarik tetapi rata-ratanya membazirkan masa saya sehingga saya tiadakan masa untuk minggu kedua dan ketiga (semalam) konsert budak-budak itu. Entah apa yang dicari produksi atau Astro sebenar, sehingga musim kesembilan masih menampilkan ‘talentime’ sekolah.

Apakah mereka mencari pelajar yang berwajah komersil sesuai untuk TV atau calon yang ada potensi drama untuk menaikkan rating kali ini? Atau saya tersalah mencatur kerana menjangkakan ramai pemegang MyKad berbakat besar walaupun wajah boleh dikategorikan ‘susah untuk dijual’? Sudah lapan musim berlalu, tiada yang mampu kita banggakan selain memeriahkan gelanggang seni dengan dongengan di media.

Terfikir juga, apakah benar warga kita tidak ramai yang ada bakat untuk dikagumi. Bagaimanapun pandangan itu terlalu tohor kerana saya ‘terserempak’ dengan ‘apa itu bakat’ ketika menghadiri pelancaran Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts (ENACT) milik Datin Seri Tiara Jacquelina. Majlis ringkas tanggal 9 April lalu sekurang-kurangnya memberi cerita kepada saya mengenai apa yang cuba saya perkatakan di sini.

Hampir 10 orang mempamerkan kehebatan vokal, membuatkan mulut saya ternganga seketika. Kalau dipejam mata, tidak salah kalau terbayangkan West End atau Broadway. Nilai komersil mereka jelas pada kebolehan kurniaan Tuhan, tidak perlu bersandar pada wajah atau pakej fizikal semata-mata yang menjadi tuntutan utama industri kita hari ini.

Sebenarnya kita ada! Kata Tiara, mereka pernah mengikuti program Starmaker Bootcamp yang diadakan Enfiniti sekitar dua tiga tahun lalu. Musim pertama dikendalikan oleh Sean Ghazi selaku Pengarah Kem dan kumpulan kedua mendapat tunjuk ajar Stephen Rahman-Hughes. Diadakan cuma tiga hujung minggu (sembilan kelas saja), secara sambilan kerana rata-rata mereka mempunyai profesion tetap seperti doktor, akauntan dan peguam.

Mereka menggunakan peluang untuk menggilap bakat dan minat yang bercambah dalam diri. Sayangnya saya tidak lihat artis-artis ternama kita turut mengambil peluang itu, mungkin kerana mereka lebih senang mengunjung spa untuk tambah kolagen, menziarahi bomoh pawang untuk dapatkan khidmat atau menggoda orang kaya untuk bermewah-mewahan.

Artis sedia ada barangkali sudah berpuas hati dengan kelebihan yang ada – cantik dan popular, apa lagi yang pengarah dan produser mahukan? Malah peminat pun bukannya mahu tengok sangat bakat!
Sebab itu industri kita akan beginilah selama-lamanya. Unik! Cuma yang lain, berganti wajah dengan syarat sekadar ada.

Biarpun tidak di ENACT, pelbagai pusat pengajian lagi menawarkan kursus dalam seni persembahan, berapa kerat yang sanggup menggali ilmu di menara gading itu? Aswara, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara antaranya. Kalau di lokasi penggambaran atau produksi pun mereka tidak ambil kisah hal pembikinan, apalah nak dihairankan menambah ilmu seni secara formal. Cukuplah apa yang ada, janji ada dada!

Kebanyakan kita berangan mahu menjadi seperti bintang Hollywood, sesetengah cukup digelar berdasarkan sekadar imej. Orang nak ke Hollywood untuk mempamerkan bakat, sekali gus membawa nama negara. Bukan sekadar berdongeng di media domestik semata-mata untuk publisiti. Murahan!

Mereka tidak mempunyai jiwa besar bagi membesarkan peluang untuk ke Hollywood atau dunia luar sebenar. Memang sukar untuk ke sana, orang kata pelbagai halangan termasuk birokrasi dan diskriminasi. Tetapi manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya.

Ada jalannya seperti adanya jalan untuk artis kita serta pelapis baru membantu industri serentak membantu diri sendiri mempertingkatkan kebolehan dalam kerjaya seni. Tidak cukup kalau kita berpuas hati dengan apa yang ada kerana kita sendiri pun sedar, seni kita tidak pernah berubah!

Wassalam!

Compiled by : Sanaa 26/04/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: