• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • April 2011
    M T W T F S S
    « Mar   May »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • Archives

Bermuram Durja

Malam gelap langit kelabu
Tiba-tiba hati menjadi sayu
Lalu datang kabaran padaku
Uda dan Dara di bawah pohon semambu

Hamba ketawa geli hati
Tidak percaya pada berita ini
Carpet dan teropong merajuk diri
Kerana dibilang membohongi

Janganlah begitu wahai sang pencerita
Kami membawa kabaran gembira
Kenapa asyik nak bermuram durja
Kemana hilangnya semangat waja

Semangatku dah lama hilang
Kerana Uda dan Dara asyik berang
Dugaan melanda mereka jadi tegang
Tidak tabah asyik gaduh memanjang

Bergambar juga tak mahu pegang-pegang
Exclusive nak kawin itulah Uda bilang
Haihh tahap bosanku terus datang
Apa sudah jadi dengan ini orang

Lahh baguslah kalau begitu
Tidak ada gosip dan juga speku
Uda dan Dara matang di mataku
Teropong berkata yakin selalu

Rajuk manja pasangan bercinta
Andai tiada hambar sahaja
Jangan di hirau masalah mereka
Tengok ni bila jumpa mulalah mengada-ngada

Wahai kekanda kekasih hatiku
Hmm jawapan diberi mahu tak mahu
Kenapa masam muka selalu
Sehingga berkerut di dahimu

Wahai adinda permaisuri hati
Hatiku amat berduka sekali
Dirimu tidak percaya padaku lagi
Sehingga lapuran tidak menepati

Siapa bilang dinda tidak percaya
Kanda memang suka menuduh sahaja
Garang kini Dara tinggi bersuara
Uda memandang kejutan melanda

Kenapa dinda dipandang begitu
Dara kini sudah naik hantu
Kanda suka tuduh melulu
Terus marah tidak diperiksa dahulu

Uda tersenyum mendengarkan
Kekasih hati mengeluarkan hujahan
Sebelum sempat kata-kata disambungkan
Jari jemari berada dalam genggaman

Bagai orang bisu mereka berdua
Entah kemana khayalan di bawa
Uda memandang sayu di mata
Ditarik tangan diusap manja

Uda memberi sekuntum senyuman
Dara memandang dengan jelingan
Senyumlah kekasih pujaan
Pujuk Uda penuh kelembutan

Muka masam sebagai jawapan
Tangan ditarik kuat genggaman
Erat terpatri tidak Uda lepaskan
Terasa sakit jerit kedengaran

Uda ketawa Dara masam sekali
Aduhai adinda kenapakah begini
Kanda memang suka menyakitkan hati
Tidak dinda…hanya kerana kanda merindui

Pandanglah sini wahai bidadari
Uda memujuk merdu sekali
Masih marah ataupun dah benci
Tanya Uda pada kekasih hati

Bukan marah dan bukan benci
Itulah jawapan yang Dara beri
Habis tu…Uda bertanya lagi
Dara berpaling bertentang mata kini

Bagai malaikat lalu orang tua berkata
Hanya mata menyampaikan rasa
Tidak perlu untuk bersuara
Apakah ada getar di dada?

Pandangan mata menusuk kalbu
Apakah mungkin terlerai rindu
Hanya dirimu dalam hatiku
Uda berkata dengan nada sayu

Terkunci sudah untuk bersuara
Dara diam membisu sahaja
Jari jemari di kucup manja
Tidak selesa ditarik jua

Bagai tarik tali pulak mereka
Masam manis kelat semuanya ada
Itulah dugaan orang bercinta
Pabila ada fitnah dan salah sangka

Semoga mereka tabah menghadapi
Dugaan perjalanan hidup ini
Andai yang sedikit tidak mampu direnangi
Bagaimana bila berumahtangga nanti

Uda dan Dara yang dikasihi
Doa kasih hamba iringi
Baik-baik jaga diri
Semoga perjalanan diberkati

Andai ada sangsi di hati
Leraikan segera dengan pasti
Supaya tiada dendam mengiringi
Ikatan kasih yang termetri

Sekadar pesanan di pagi hari
Untuk pasangan yang dikasihi
Walau kemana arah dan tuju nanti
Janganlah ada marah dendam dan sakit hati

Selamat bersarapan wahai semua
Tenangkan diri dalam bekerja
Ucapkan syukur rezeki diterima
Sedekahkan senyuman tanda bahagia

Owned and written by : Sanaa 27/04/11

7 Responses

  1. salam sanaa & semua..its been a while x dpt baca blog u ni.. ‘akhirnya’ dpt juga drop by..since nktm nak release ni makin macam2 story ye specially wif RI TZ..kindda eh no totally agree wif ms shelin d atas ni reg. ur opinion abt situasi skrg ni..baca paper mention RI TZ as sepasang kekasih/kekasih hatinya bla bla like eh they two dah konfem ke? bile?…like shelin said sumthing fishy kan reporter? like it so wrong for RI to kapel wif TZ? not now man? pointing on TZ (again)! like not a good choice man? mcm dorang kenal je dgn dia dua ni..hmm glad that TZ not a “sweetheart” type for media hiburan..boring la klu “sweet2 ni” x thrilled hehe <-juz an opinion..well at the end of the day, we do hope that "they dont give up on each other" <-copy paste ayat shelin.. cuz separately they r uniq n berpengaruh but together they enhance each other..sila *like* jika setuju hehe

    • wassalam zoey…”like”. hmm itulah org suratkabar sentiasa sensasikan something is not right and i was very upset actually with the rpt. as both of you and shelin highlight to the media or reporters they are not “suitable” for each other. They are not media darling but when they are in media everything is negative. I just hate it.

      thanks for being here and the comments

  2. salam semua, ku nak sambung cerita sanaa
    yg slalu kasi kita ceria
    dgn spin off romantika cjolimoli kita
    eventho kedengaran gaduh juga

    uoolss semua jgn lupa
    dunia hiburan pun ada politiknya
    ‘good rapport’ and ‘connection’ mesti ada
    kabel pulak kena pasang sini sana

    kalu kabel x kuat and goyah
    nak ‘kaw tim’ agak payah
    tambah pulak cjoli yg masih mentah
    confirm di down grade and sesuka ati dibelasah

    juz wait n see saja
    yg berhasad dengki mmg akan terbongkar jua
    ikhlas bekerja pasti ada rewardnya
    yg penting nawaitu and jgn lupa diri dan yg Esa…

    • thank you sup.

      tak berdaya nak berpantun diawal pagi
      namun ucapan terima kasih hamba beri
      pasti satu hari hikmah akan diketahui
      anugerah Allah kepada cjolimoili

      teruskan doa buat mereka semoga mereka tabah sentiasa..thanks again sup

  3. “Semoga mereka tabah menghadapi
    Dugaan perjalanan hidup ini
    Andai yang sedikit tidak mampu direnangi
    Bagaimana bila berumahtangga nanti

    Uda dan Dara yang dikasihi
    Doa kasih hamba iringi
    Baik-baik jaga diri
    Semoga perjalanan diberkati”

    After reading thru forum and lelaman web lately, I think they need this more then ever now. Doa dari kita semua.

    I don’t know if it mere coincidence or a plan since NKTM will make it appearance in 2 weeks time but as we read more and more of Retiz been refered as ‘sepasang kekasih’ dah mula lah juga timbul tulisan2 dari wartawan hiburan yg tak enak di tulis mengenai RI dan TZ macam nak undermine this relationship sahaja dan juga macam nak menjaduhkan career Retiz juga pada fikiran saya, lagi lagi mereka kan main cast dlm NKTM. Rasa saya macam ada orang or wartawan yg nak sabotage je. Maklum lah kita semua sedia maklum wartawan hiburan memang dah lama gigeh sejak Dec2009 lagi nak menjodohkan RI with ‘you know who’ buah hati media hiburan seluruh Malaysia’ untuk ‘Hero Malaya’ siap hu ha sana sini title couple of the year mereka beri, puji serasi tidak terperi mereka sebar dlm khabar dan lelaman sana sini, terserlah di cun wartawn menjaja, review 99% best promote mereka. Tapi timbul lah rumour konon Retiz nak kahwin pulak, SS pun apa lagi berlari nak tanya sendiri dgn Remy dlm ” SOSEHSOSEH: Remy, Tiz rancang kahwin? ” in March25, remember. Siap dgn berbau warrning, RI kan nama tengah naik, tengah hot property, so jangan ya, nanti market turun , tapi kita tahulah kenapa mereka tak sedap hati, ya lah nama MK pun mereka mesti nak selitkan sebagai orang yg RI pernah ‘bercinta’ dlm SS yg sama tu. Kemudian Retiz jalan ‘bercouple’ dlm ABPBH dired carpet, sonyap juga tak dak khabar hu ha sana sin gasmbar pun 2 bji sajai. I think this ‘sepasang kekasih’ reference is the last straw, tak senang hati mereka and it looks to me this wartawan are abusing their power with their pen trying to undermine Retiz not only as ‘sepasang kekasih’ belittling each other characters but also their rice bowl in the industry too. I can only pray Retiz don’t give up on each other but remain stronger together despite pena beracun sesetengah wartawan yang sudah mula bersebar. To believe or not what of what they wrote of RI or TZ is up to individual, for me I find it’s berbau sarbotage.

    • thanks shelin for being here and the support. yes i do agree they need our support now more than ever dan sama-samalah kita berdoa utk kesejahteraan bersama. Insha’Allah dgn keikhlasan hati berdua suatu hari segala fitnah yg melanda akan terbukti juga. maybe reporters tak mampu nak lihat their good chemistry together tanpa payah dipaksa ia hadir secara semula jadi so apa lagi yg nak ditulis selain dari gossip liar. bkn kehebatan mereka tika berdua dlm menghayati watak esp “adam dan nur” tapi keburukan ketika berdua bagai mrk tidak layak bersama.

      thanks again dear…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: