• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Tabuh Berbunyi

Perselisihan faham terjadi apabila dua individu tidak mencapai kata sepakat ataupun adanya fitnah serta cucuk mencucuk melanda. Salah sangka juga terbit apabila hati sering tidak mempercayai dan tiada persefahaman di antara satu sama lain. Begitu jugalah yang mungkin terjadi di antara wartawan dan Remy Ishak yang asyik diperkatakan sepanjang minggu lalu.

Di dalam akhbar Berita Harian semalam Kak Pora telah “menghentam” Remy dengan bahasa halusnya, mengeluarkan segala isi hati dan sehingga menghina Remy pada pandangan saya apabila Kak Pora menyebut sebagai seorang yang tidak habis sekolah. Saya tidak menafikan adanya pergeseran akan tetapi saya merasakan kata-kata Kak Pora amat kesat dan menghina. Sehingga hari ini tiada maklum balas dari Remy. Pasti orang berkata diam Remy adalah kerana bersalah namun kita semua tahu berdiam diri adakalanya lebih baik dari bersuara.

Kisah Remy Ishak bersama wartawan bukanlah perkara baru. Ia pernah kedengaran dahulu dan berhentinya bagai angin yang berlalu. Pada awal cerita dimulakan saya hanya tersenyum sahaja. Selepas itu saya berkata yeahhh Remy Ishak kembali mewarnai arena gosip Malaysia yang sudah ketandusan cerita. Gosip dengan Maya Karin sudah berlalu, bersama Tiz Zaqyah bagai sudah lali lalu apakah gosip yang boleh di isi supaya suratkabar laku?

Mungkin benar Remy kepala angin kerana ini bukanlah pertama kali ia diceritakan. Remy berbahasa kasar dan sekarang laman web seperti twitter dan facebook di jadikan medan perang. Namun apabila saya membaca kembali artikel yang ditulis Kak Pora saya tidak dapat lari dari merasakan bahawa betapa kesat dan kasarnya bahasa seorang wartawan. Tidak ternampak bayangan halusnya budi pekerti Kak Pora ini sebagai penulis dan alasan standard seorang wartawan bila menyentuh hal-hal peribadi “kerana itulah kerja wartawan”. SO WHAT? Kalau itu adalah kerja wartawan artis juga ada kerja mereka, suka hatilah nak jawab atau tidak betul tak Kak Pora? Hairan juga ya, setiap kejadian yang berlaku kepada rakan sekerja, Kak Pora berada di tempat kejadian menyaksikan segalanya depan mata begitu jugalah dengan SS di Harian Metro.

Kak Pora siap tempel apa yg Remy tulis kat twitter. Untuk mengesahkannya saya pun bacalah. Hmm Remy lepas geram entah kepada siapa, yang Kak Pora nak terasa kenapa? Betul ke apa yang Remy tulis tu untuk Kak Pora dan ahli sekutu? Pasti ada yang menyimbah minyak pada api yang sedang menyala. Pasti ada juga kata-kata yang tidak enak didengar bermula. Akan tetapi andainya kita berhemah dalam segala situasi keadaan tidak akan menjadi sekeruh ini. Berulang kali saya membaca tulisan Kak Pora, sedapnya Kak Pora menghina dan Remy pula tidak ada ruang untuk membela diri. Remy membaca dan menerima segala kejian yang dipaparkan tanpa ada tindak balas kerana Kak Pora sendiri mengatakan jangan harap untuk menghubungi rakan-rakan Kak Pora untuk menegak benang yang basah. Itulah amaran Kak Pora kepada Remy.

Hentaman kepada Remy dari wartawan sudah biasa dan selama ini rasanya Remy berdiam saja, menjawab mengenainya hanya ketika diminta. Tidak tahu di mana letak kesalahan sehingga begini tuduhan dilemparkan. Saya berharap Remy membuat kenyataan balas untuk memberhentikan segala cerita namun dari apa yang saya tahu Remy lebih suka berdiam diri dari bersuara. Seperti saya kata di awal tadi berdiam diri bukan maknanya bersalah cuma tidak mahu memanjangkan cerita. Tapi adilkah begitu? Sebagai pembaca dan juga seorang yang mengikuti perkembangan seni Remy rasa ingin tahu kepada perkara sebenar tentu ada. Tidak saya nafikan setiap kali perkara begini keluar saya merasa sedih.

Kejayaan yang Remy raih adalah atas dasar usaha dan titik peluh beliau. Pahit jerih bergelar anak seni tiada siapa yang ketahui. Ketika orang lain diulit mimpi mereka masih lagi bersengkang mata demi mencari rezeki bak kata Khabir Bhatia “It’s so sad when I read the tweets of Malysian actors and Hollywood actors. Malaysian actors are all overworked and going to sleep in the morning”.. Saya percaya Khabir adalah seorang pengarah yang perihatin terhadap anak buahnya.

Sejak awal dahulu saya menyedari Remy bukanlah “media darling”. Liputan mengenai Remy semuanya amat keterlaluan sama ada mengenai interview lakonan Remy ataupun peribadi. Wartawan juga mahu disanjung tinggi oleh insan-insan seni ini kerana merekalah yang kononnya bertanggungjawab menaikan nama artis-artis ini sehingga menjadi pujaan ramai. Permainan begini sudah lama dan lapuk. Tidak keterlaluan juga kalau saya katakan artis-artis yang menjadi “media darling” ini mempunyai sokongan kuat dari orang-orang luar industri seni. Perkara ini saya amati kerana kejadian kali ini tidak menampakan sokongan kepada wartawan. Walaupun masih ramai yang mengecam Remy tapi rata-ratanya juga sudah lali dengan perangai sesetengah wartawan.

Oleh itu media selalu menyebut Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Rosyam Nor seolah-olah mereka “goddess” industri seni. Tiada cacat dan cela terpalit di wajah mereka. Andainya nama-nama ini di gosip saya pasti ada pula nanti wartawan yang hilang punca rezeki kerana mereka sudah berprestij dan dah tak laku juga sebenarnya dalam dunia gosip. Sekarang ini kalau sebut Tiz Zaqyah dan Remy Ishak semua orang nak tahu cerita mereka. Bukan sekadar nak tahu tapi memudahkan mereka mengeluarkan kata-kata hinaan di laman web.

Saya masih percaya perkara ini diperbesarkan oleh golongan tertentu untuk maksud tertentu. Mana mungkin setiap kali perkara berlaku Remy saja yang bersalah, wartawan tidak ada silapnya ke? Apakah saya juga akan dianggap kurang ajar apabila berkata bahawa wartawan makan gaji, so kalau tiada gosip nanti bonus lari. Editor dah bagi assignment dan jerit-jerit dalam meeting pagi mana “excitement” kita minggu ini? So apa lagi…Nur Kasih bakal di tayangkan Remy is a good strategy…betul tak?

Penyakit masyarakat Melayu yang tidak pernah pudar…hasad dengki dan tidak boleh melihat kejayaan orang lain. Itu sebenarnya yang terjadi walaupun saya tidak mampu memberi bukti di sini namun sedikit sebanyak yang pernah terjadi dalam industri seni memberanikan diri saya berkata demikian. Bukan Remy saja yang terpalit dalam perkara ini, ramai lagi diluar sana termasuklah yang veteran. Apa yang pasti nasib anak seni di Malaysia tidak terbela. Apa yang pasti juga mesti ada yang berkata berapa ramaikah anak seni yang hidup mewah dan mampu menampung kehidupan hingga akhir waktu. Idola Remy dalam industri seni adalah Yusof Haslam. Remy mengagumi kejayaan Yusof bukan saja sebagai penerbit filem dan karyawan tetapi sebagai seorang ketua keluarga. Sebagai seorang ayah yang memberi kepercayaan kepada anaknya untuk memulakan sesuatu yang baru.

Apakah nanti semua kepala akan berpaling kepada Remy apabila berjaya menempa kejayaan seperti Yusof Haslam. Atau akan keluar tuduhan-tuduhan seperti di manakah Remy mendapat dana dan sokongan dari siapa misalnya? Alasan apa pula nanti akan Kak Pora beri bila ini terjadi? Apakah hinaan atau pujian di kali ini? Apakah akan ada teori-teori sumbang berbunyi?

Hidup ibarat roda hari ini kita mungkin di atas, esok kita tidak tahu di mana? Dalam usia yang begini saya telah melihat kejatuhan seorang jutawan kerana tamak haloba dan kejayaan seorang petani sehingga bergelar jutawan tani. Seorang tukang jahit yang hanya tahu melukis dasar baju dan tidak tahu membaca dan menulis kini memiliki rangkaian boutique ternama di Kuala Lumpur. Kedai pertamanya masih ada di Campbell Complex.

Saya menerima hakikat yang kita tidak sempurna dan saya tetap merasakan ada sesuatu yang terjadi sehingga tercetusnya keadaan ini. Menuding jari sudah tidak berguna lagi. Kepada Remy ambillah ini sebagai iktibar, kerana baik manapun kita pasti ada orang yang sentiasa menggangu gugat kehidupan kita. Selagi kita bergelar manusia selagi itulah dugaan datang melanda. Andainya kita berada di landasan yang benar Insha’Allah bukti akan terserlah jua.

Owned and written by : Sanaa 02/05/11

*****
Jeling Kak Pora: Remy buat hal lagi

2011/05/01
BUKAN sesuatu yang pelik apabila teman Kak Pora mengadu sikap pelakon lelaki yang perasan diri `aktor kelas A’ macam Remy Ishak.

Sebelum ini, Remy pernah buat hal, jadi sudah dijangka penyakit lamanya menyerang semula. Yalah, nama Remy sekarang tengah meledak popular selepas menang kategori Pelakon TV Lelaki Popular, mungkin dia dah mula rasa besar kepala.
Kak Pora sendiri kebetulan berada di studio ketika Remy dan kekasihnya yang tidak mengaku kekasih, Tiz Zaqyah datang mempromosikan filem terbarunya, Nur Kasih The Movie, baru-baru ini. Remy dan Tiz tak kenal Kak Pora, jadi Kak POra cuma tengok saja perangainya pad hari tu. Pada sesi temu bual bersama teman Kak Pora, daripada jawapannya sudah nampak warna sebenar diri Remy yang sombong!
Jawapan diberinya acuh tak acuh saja. Bersungguh-sungguh teman Kak Pora mahu menaikkan mood Remy, cubalah bergurau dan mengusiknya. Tapi lain yang digurau, lain pula yang difahaminya. Tiba-tiba dia sentap tak tentu pasal. Sensitif sangat ke gurauan ‘suka bermanja di rumah’ yang diperkatakan dalam temubual tu, sampai terus cop teman-teman Kak Pora berfikiran sempit. Hello Remy, faham tak orang bergurau atau bercakap serius, mana perginya deria rasa kau tu?

Yang menariknya apabila ditanya status diri yang nampak lebih dominan dengan watak romantik, terus Remy meloncat sampai mengeluarkan kenyataan “tak fahamlah sesetengah orang yang tak buat research”. Hai Remy, ada juga orang bersekolah tak habis macam kau tapi tetap pandai bawa diri dan boleh juga jadi jutawan. Tapi macam kau ini, soalan senang pun salah tafsir, tak bodoh sombong namanya tu? Konon wartawan tak buat kajian, sedangkan diri sendiri dah beberapa kali wartawan sama menemubualnya pun, dia tak ingat nama wartawan tu, jadi dia sendiri buat research ke?

Alah, Kak Pora sudah masak sangat dengan penyakit pelakon popular macam ni, sengaja nak menunjuk-nunjuk yang dia dalam kelas tersendiri dan kalau sesiapa nak menemubualnya perlu berhati-hati menyusun soalan. Eh, kau ingat kau siapa? Datuk Rahim Razali, Eman Manan, Nasir Bilal Khan atau Rosyam Nor? Tahap Shaheizy Sam pun jauh lagi kau nak kejar!

Aktor senior pun kalau ditemubual masih boleh bergurau dan tak kisah nak menjawab soalan nakal. Orang serius macam M Nasir pun tak buat perangai macam kau ketika ditemubual. Kat mana kau belajar, datang mempromosikan filem, tapi wartawan cuma boleh tanya soal filem itu saja, bukan peribadi? Kau tu artis, jadi kena tanyalah macam-macam pasal diri kau. Biasalah kerja wartawan macam itu.
Kira OK juga kawan Kak Pora tak sentuh soal cinta atau tahap disiplin kau yang selalu dikatakan ‘hancus’. Ada seorang teman pernah merungut, berjanji dengan Remy selalu bermasalah, pernah janji dengan dia jam 11 pagi, tapi munculnya jam 1.30 petang pada hari Jumaat. Selepas tu, tahu pula dia bengang apabila orang nampak dia di pejabat pada masa itu lalu tuduh Remy tak solat Jumaat seperti tertera dalam Twitter.

Sebelum ini, Kak Pora dengar macam-macam hal mengenai Remy, tapi Kak Pora tak nak percaya. Tapi, kejadian ni, Kak Pora nampak depan mata, sakit hati bila tengok pelakon berangan macam ni. Sudahlah datang untuk minta buat publisiti, bila dah datang, perasan diri macam `diva’. Kak Pora yang menunggu kedatangan pelakon lain untuk sesi fotografi tercengang melihat gelagat dan ‘drama’ Remy. Bukan apa, sudahlah tak faham soalan tapi berlagak macam dia saja yang cerdik.

Maaf cakaplah Remy. Bagi Kak Pora, pelakon macam kau ni adalah spesis yang akan cepat pupus dalam industri filem. Yalah, jenis berlagak tak tentu hala. Memanglah sekarang tengah laris tapi kita tunggu sampai bila Remy boleh bertahan sebab filem-filemnya bukan meletup sangat pun, suam-suam kuku saja! Filem Cun pun tak hebat pun kutipannya.

Ingatlah, kat luar sana ramai lagi aktor muda yang berbakat, berhemah, tak sombong dan cerdik. Kalau Remy rasa wartawan cuma pengacau hidupnya, umumkan saja tak perlukan lagi media massa. Noktah! Sebenarnya Kak Pora kagum dengan kawan-kawan kerana mereka tetap sabar melayan kerenah dana perangai jelik Remy. Kalau ikutkan sebelum ni, bukan mereka tak pernah halau pelakon berlagak dan tidak sedar dek untung.

Cuma, agaknya mengenangkan syarikat produksi serta PR yang bersungguh-sungguh melakukan kerja untuk promosi filem Nur Kasih The Movie, sesi temubual terpaksa diteruskan. Kalau kena pada Kak Pora, memang Kak Pora terus angkat kaki tapi sebelum tu, suruh Remy balik rumah cerminkan mukanya dulu. Tak kuasa melayan individu yang diserang penyakit perasan diva macam ini. Remy ingat dia popular sampaikan wartawan terhegeh-hegeh minat padanya, tolonglah sikit!

Kalau kami bertanya macam-macam, itu tuntutan tugas bukan untuk pengetahuan peribadi. Setakat nak tanya pasal filem barunya tu, lebih baik tunggu saja di pawagam. Kak Pora ingat insiden kelakar bodoh itu habis di situ, rupa-rupanya sepeninggalan Kak Pora dari studio, ada lagi kejadian lain. Remy sanggup meninggikan suara apabila disuruh beraksi dalam gaya yang dia tidak sukai.

Kak Pora dapat bayangkan bagaimana sikap keterlaluan Remy ni. Semua orang di studio terkejut. Jurugambar pun dah tak selesa nak ambil gambarnya. Mana budi bahasa yang selalu ditunjuk depan kamera tu. Kalau tak suka, cakap elok-elok. Inilah susahnya cepat sangat naik dan berasakan dirinya dah popular ketika ini. Tu belum dapat gelaran Bintang Paling Popular lagi.

Jadi daripada hati sakit kononnya dipaksa-paksa dan kami pula menahan sakit kepala berdepan ragam ‘pelakon istimewa’ macam kau ni, bukankah senang lain kali tak payah datang untuk buat promosi filem. Ingat, bukan wartawan yang menjemput kau datang, kau yang menyerah diri untuk buat publisiti! Sebagai tuan rumah, kami melayan seelok mungkin.

Lagi satu, janganlah nak menghubungi kawan-kawan Kak Pora yang untuk cuba menjelaskan keadaan dan menegakkan benang basah. Sebab, beberapa jam selepas kejadian itu, kau dalam Twitternya boleh cakap `aku seorang pelakon, bukan penjaga hati orang’. Meluatlah Kak Pora artis macam ini. Jangan sampai wartawan hiburan berpakat untuk boikot kau nanti…

KAK PORA: Kagum dengan sikap Rosyam Nor yang pandai jaga hati wartawan dari dulu sampai sekarang…

5 Responses

  1. Heemmmm…Nmpaknya mcm ada udang disebalik batu. Promsi NKTM cuma ada dlm BHarian jer ari ni. Takder kredit diberikan tentang NKTM. Sbb i baca paper on9 jer. Tak ingin beli paper. Sdngkan Oh Bulan, M.Zul Blog n org2 yang pi preview NKTM semua puji cite ni bagus. Mcm ada konspirasi nak jatuhkn NKTM jer. Takkn setakat remy jwb “narrow minded” bole jadi masalah negara. Saja jer. Tentu ada pihak ketiga disebalik tabir. Entahla…. jus my opinion. Wahai Kak Pora n d gang yg profesional, educated lagi bijaksana. Ini bukan cara org mcm Kak Pora tangni masalah. Kak Pora n d gang ada medium utk fitnah artis yg x disukai. Sedgkan remy tak jwb pun dlm twitter @ fc dia. Mmg tak adil. U abis sekola ker. Mentang2la remy anak org miskin, cmni u all layan. Apa dia tak layak ker utk jadi popular n kaya. Ingatla Kak Pora n d gang rezeki di tgan Allah. Hidup kita adala roda. Kalu Allah x balas kat Kak Pora mungkin Allah akan balas kat anak/cucu cicit u. TOBATla ingat mati yg ada disebelah kita. Apa yg u tulis akn dihisab di Akhirat kelak. Kita semua ada di sana.

    • Salam Atan, Shelin and Ila

      Thank you for all the feedback and sorry for late reply. Apa yang hampir semua org kata adalah sama seolah-olah mahu menjatuhkan NKTM. Dari segi mata kasar begitulah agaknya kerana semua ini dibongkar sebaik saja promo NKTM bermula. Oleh kerana kita juga tidak tahu duduk perkara semoga kebenaran akan terbukti jua. Semoga segala penat lelah Mira dan Kabir bersama pelakon dan crew terbalas apabila filem ini di tayangkan. Kepada Kak Pora janganlah senang mendoakan kejatuhan org lain.

      Thanks again all…have a good day and pleasant weekend

  2. Artikel KPora keterlaluan dan bertujuan untuk menjatuhkan dan mengaib kan Remy. Aneh nya editor bole luluskan artikel sebegini keluar? Motip.
    “KAK PORA: Kagum dengan sikap Rosyam Nor yang PANDAI MENJAGA HATI WARTAWAN dari dulu sampai sekarang…” the key word in cap, want to be media dahling? jaga lah hati wartawan geng KPora, dah pecah tembelang KPora, jadi tak salah lah Remy, dia hanya pelakun saja bukan PENJAGA HATI orang…kelakar juga ya artis bersengkang mata penat lelah menjalankan tugasnya senang2 KPora sebagai wartawan dok interview, bukan pun talent artist yg nak dipertengahkan tapi hal peribadi cinta tak habis2 kemudian nak meraih dari kerja keras artis, senang2 nak dok take the credit dgn kejayaan artis, poh!dah!
    Tidak dinafikan wartawan dan artis perlukan antara satu sama lain, sama2 cari makan tapi wartawan yg sebagai mana. Respect need to be earn not demand. Kalau ditanya dlm interviiw ashik2 benda yg sama saja tak ke menunjukan wartawan itu tak buat research, dah tanya benda peribadi tu berulang2 dan dah pun dijawab berulang ulang tapi kawan2 Kpora masih tak faham, tanya lagi, antara degil , ignorant atau bodoh? Eh sori , mereka sekolah habis la ( tak macam Remy kan) that’s me being sarcastic.

  3. Hi Atan,
    emmm…org dah ber’uri’ nak buat mcm mana…

  4. Wah! mmg kecoh dibuatnya. Komen yg disiarkan dlm beautiful Nara bnyk yg mengutuk Kak Pora. Entahlah nape dia bersikap begitu rupa. Tak tahu apa motifnya. Yg saya tahu, ramai yg mengutuknya dan ada segelintir yg mengutuk Remy. Apa2 pun sya berharap agar artikel seumpama itu tidak akan menjejaskan promosi NKTM yg kini berjalan lancar. Secara peribadi, sya berpendapat mgkin kedua2 pihak ada melakukan kesilapan. Cuma yg membezakan ialah cara Kak Pora mmg mengaibkan Remy dgn kenyataannya yg melulu itu seolah2 nak satu dunia tahu, sedangkan Remy tidak berbuat demikian dan hanya terbatas (jika ada) kpd wartawan2 yg menemubualnya. Kesimpulannya, sama ada Kak Pora ni dah nyanyuk atau berego tinggi atau menyimpan dendam atau frust menonggeng kerana dlm hatinya nak popular mcm Remy tak kesampaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: