• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Kritik atau Komen

Ketika drama bersiri Nur Kasih menemui penonton TV3 pada tahun 2009 ia menjadi buah mulut orang ramai. Mengulangi sejarah Nur Kasih versi drama saya mula menontonnya kerana ibu dan adik saya menjadi pengikut setia. Apabila sesawang Nur Kasih bertapak di platform TV3 saya mencuri pandang isi kandungnya. Dari awal membaca sehinggalah saya mencelah, rata-rata memuji perjalanan cerita sehingga kepada chemistry pelakon utama, Remy Ishak sebagai Adam dan Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina.

Nur Kasih versi drama mencetus fenomena. Sebagaimana ombak melanda dalam kehidupan Adam dan Nur Amina begitu jugalah kuatnya gelombang di alam nyata. Kemana saja kita pergi dan apa saja topic bicara apabila disebut Nur Kasih pasti ada diantara kita yang mempunyai cerita dan sejarah tersendiri. Ini adalah pengalaman saya sendiri yang akhirnya bertemu ramai kenalan melaluinya. Nur Kasih adalah permulaan blog ini bersama perjalanan kasih Adam dan Nur yang saya panjangkan melalui angan-angan sendiri.

Kisah Adam dan Nur tidak berhenti disini. Cerita mereka menjadi bualan sehingga doa dipanjatkan agar pendukung watak Adam dan Nur bertemu jodoh dialam realiti. Amin3x. Chemistry yang terserlah membuat semua terpukau. Ia bukanlah mainan kamera tapi mainan perasaan yang wujud dari sebuah lakonan sehingga menjadi igauan ramai. Nama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah meniti di bibir semua selepas kejayaan drama ini. Oleh kerana fenomena yang tercetus dan ada juga ketidakpuasan hati para penonton serta atas permintaan ramai untuk musim kedua, Kabir dan Mira mengambil keputusan membawa kisah ini ke filem.

Sekitar bulan April 2010 Nur Kasih The Movie telah diwar-warkan. Sejak dari itu sehinggalah pembikinannya selesai dan menemui para wartawan pada 4hb Mei yang lalu peminat-peminat tegar Nur Kasih tertanya-tanya bagaimanakah jalan cerita dan apakah penamatnya. Pastinya ramai yang ternanti-nantikan kisah Adam dan Nur serta Aidil dan Aliya sebagai tunggak utama cerita ini. Setelah menemui wartawan dua hari yang lalu berbagai reaksi diberi dan lapuran ditulis mengenainya. Saya menjadi pembaca setia kepada setiap komen yang diberi. Rata-rata memberikan ulasan yang positive sehingga tak sabar rasanya nak menonton. Dalam pada itu ada juga lapuran rasa tidak puas hati seperti luahan di dalam Berita Harian hari ini.

Ombak dan badai melanda lagi. Kali ini bukan saja kepada Adam dan Nur tapi kepada peminat-peminat setia Nur Kasih. Lapuran demi lapuran yang tidak enak di dengar mengenai pelakon utamanya iaitu Remy Ishak bagai satu siri tajaan. Sudahlah dengan lapuran yang tidak enak dari Kak Pora beserta hinaan ada pula ulasan selari yang diberikan oleh pembaca-pembaca budiman. Yang menyokong kerjaya Remy meminta supaya Remy tabah dan cekal menghadapi dan yang terasa diri bagai malaikat dibumi kata hinaan dan keji diberi. Aduhai Remy apalah salah dan dosa kamu kepada manusia-manusia ini?

Puas juga saya menghidu mencari di manakah sembunyinya perjalanan cerita ini. Namun tidak saya temui kerana saya terlupa ia adalah cerita yang dikunci rapi bukannya buah kuinin, bacang atau durian yang setengah batu boleh diketahui tempat simpanannya. Akan tetapi pencarian saya hari ini membawa kepada artikel yang di tulis bertajuk kurang mengusik jiwa. Alamak…bagaimanakah itu? Setelah membaca saya dapati penulis merasa tidak puas hati dengan frasa pantas yang di lakukan Kabir serta menyebut watak yang pernah mewarnakan Nur Kasih versi drama seperti Sarah dan Katrina telah tiada.

Baca punya baca sekarang saya tahu kenapa Remy Ishak kata wartawan tidak buat research. Hello penulis..Katrina bukan isteri pertama Adam. Isteri pertama Adam ialah Nur Amina. Watak Katrina juga telah di matikan dalam versi drama. Boleh ke orang yang dah mati dihidupkan balik? Nur Kasih The Movie (NKTM) adalah kesinambungan hidup Adam dan Nur tujuh tahun selepas mereka bersama kembali. Research penulis please research.

Walaupun tidak saya ketahui perjalanan cerita akan tetapi dari video clip dan trailer yang ada serta sedikit interview bersama Mira dan Kabir saya amati bahawa plot dan perkembangan watak lebih tertumpu kepada Adam, Aidil dan Nur Amina. Watak sampingan yang diwujudkan dalam NKTM adalah adik Elyas dan Mia Sara Nasuha sebagai anak kepada Aidil serta anak-anak didik Adam dan Nur. Andainya watak sampingan di dalam drama di bawa ke filem saya berpendapat ia akan menjadi hambar kerana ia tidak keluar dari kepompong yang ada. Saya cuba melihat sudut ini dari penerangan Mira. Melihat keadaan ini fikiran saya kembali kepada insiden yang membabit Remy Ishak di saat dan ketika NKTM bakal menemui peminatnya. Apakah permainan wartawan sebenarnya?

Membaca seterusnya artikel yang ditulis saya merasakan bahawa penulis sendiri tidak yakin kepada penulisannya. “Tidak adil rasanya untuk melabelkan filem ini bagus atau sebaliknya kerana pada akhirnya terpulang kepada penerimaan penonton. Cita rasa setiap individu berbeza. Suka atau tidak ia adalah subjektif”. Artikel tersebut ditulis oleh penulis suratkabar yang telah menonton filem NKTM semasa press preview. Apakah pendapat anda sebenarnya? Andainya dari skala 1 hingga 10, berapakah yang akan anda beri? Kenapa penulis harus bermain sentiment pembaca yang belum menonton filem ini? Pada fahaman saya press preview memberi peluang kepada wartawan hiburan ataupun pengkritik untuk menilai dan membuat kupasan keseluruhan cerita. Akan tetapi artikel yang saya lampirkan di bawah ini tidak membawa pengertian filem melalui sinopsis yang diberi.

Terlalu banyak artikel telah ditulis oleh berbagai lapisan penulis sejak dua hari yang lalu. Blog persendirian juga ada yang menulis setelah mereka berpeluang menontonnya. Masih terlalu awal untuk saya memperkatakan sesuatu hanya melalui pembacaan namun dengan komentar yang pelbagai menjadi tarikan untuk mengetahui penghujung cerita. Hari akan berlalu dengan pantas dan akan saya sabarkan hati serta mengenepikan ulasan yang ada. Walau bagaimanapun saya gagal menutup mata tentang artikel dibawah ini. Saya berhenti membacanya ketika menulis ulasan ini dan membayangkan bagaimana Remy Ishak berhadapan dengan situasi begini. Bukan saja Remy tapi rakan-rakan artis yang lain juga. Masih belum dapat melupakan sepenuhnya tulisan Kak Pora, pertanyaan datang lagi…adakah wartawan juga boleh dibeli? Salahkah saya untuk berfikiran begini? Siapakah media darling dalam industri? Ramai barangkali namun apakah layak seorang wartawan menghina dan mengaibkan pelakun ataupun penyanyi tanahair hanya kerana mereka bertegas dalam sesetengah perkara?

Tidak mungkin dapat saya menjawab bagi pihak sesiapa akan tetapi sebagai seorang manusia yang dikurniakan Allah sempurna akal tentu dapat berfikir baik dan buruk budi bicara kita. Begitu juga kepada pelawat-pelawat mortal murai.com yang meninggalkan komen mereka. Janganlah terlalu ghairah menuding jari kepada seseorang tanpa melihat diri sendiri. Belajar menghormati orang lain seperti mana kita hendak dihormati.

“Never look down on anybody, for they may be better than you in Allah’s eyes”

Owned and written by : Sanaa 06/05/11

*****

Kurang mengusik jiwa
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2011/05/06

Nur Kasih The Movie temui penonton 19 Mei

KARYA sentuhan Mira Mustafa yang sering bergandingan dengan suaminya pengarah, Kabir Bhatia sering dinantikan peminat industri perfileman dan drama tempatan. Pendek kata, buah tangan daripada pasangan ini sudah menjadi jenama yang mendapat kepercayaan.

Mereka berada dalam industri sejak awal 2000 tetapi mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem Cinta pada 2006. Selepas Cinta, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian dengan kemunculan drama bersiri Nur Kasih. Jalan cerita yang menyelitkan sedikit nilai keislaman dan kekeluargaan serta sentuhan sinematografi menarik, tanpa disangka menyebabkan drama bersiri itu menjadi sebuah fenomena.

Kejayaan drama Nur Kasih meraih perhatian jutaan penonton membuahkan idea melanjutkan konflik yang berlaku di dalam drama kepada filem. Perancangan itu amat menggembirakan peminat sehingga tidak sabar untuk menyerbu panggung. Tanggal 19 Mei nanti penantian mereka bakal berakhir.

Bagaimanapun bagi peminat Nur Kasih, jangan mengharapkan apa yang mereka lihat dalam drama dapat disaksikan di filem. Jika drama menyaksikan kehadiran ramai watak yang menghidupkan lagi Nur Kasih, namun dalam filem, watak yang mencetuskan warna serta konflik seperti Ummi Nazeera yang sebagai adik Nur dan Sharifah Sofia menjadi isteri pertama Adam ditiadakan dalam filem.

Tidak adil rasanya untuk melabelkan filem ini bagus atau sebaliknya kerana pada akhirnya terpulang kepada penerimaan penonton. Cita rasa setiap individu berbeza. Suka atau tidak ia adalah subjektif.

Apa yang boleh dikatakan selepas menonton filem ini, di awal kisah lagi hati penonton akan diusik dengan perasaan sayu. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sudah bergelar ibu. Ceritanya dimulakan dengan Aidil lakonan Fizz Fairuz yang baru kehilangan isterinya lakonan Ayu Raudhah. Penderitaan yang ditanggung Aidil apabila terpaksa membesarkan dua anaknya secara bersendirian begitu mengusik jiwa.

Sayangnya, hati penonton belum benar-benar terusik, kisah lain pula dibangkitkan, Justeru mereka yang mahu menyaksikan filem ini perlu mempersiapkan minda untuk memahami perjalanan filem Nur Kasih kerana Kabir menggambarkannya dalam frasa yang pantas.

Ada ketikanya apa yang ditonjolkan menimbulkan kekeliruan. Mungkin kerana terlalu banyak yang mahu diceritakan bagi mengejar tempoh masa tayangan selama satu jam setengah dengan mewujudkan pelbagai plot menyebabkan filem itu hilang tumpuan.

Oleh kerana Nur Kasih The Movie bukan filem aksi, kepincangan CGI yang digunakan di dalam berapa babak begitu diberi perhatian oleh penonton. Hingga sedikit menjejaskan mood.

Bagaimanapun dari segi lakonan, setiap pelakon berjaya menghidupkan watak mereka, termasuk dua pelakon kanak-kanak Mohd Ilyas Suhaimi dan Mia Sara yang memberikan lakonan tidak mengecewakan.

Sukar cari titik penamat

MIRA yang ditemui berkata, dia sudah berusaha sedaya upaya menghasilkan sebuah karya terbaik buat peminat dan ia terpulang kepada penonton menilai filem itu setelah mereka menontonnya. Mengadapatasi drama kepada filem, jelasnya, bukan mudah dan kesukaran paling utama adalah untuk mencari titik penamat filem itu.

“Cabaran menghasilkan filem ini lebih kepada mencari bahagian penyudah. Nur Kasih mempunyai penyokong yang kuat. Mereka sangat setia sehingga ada yang mengugut mahu bakar panggung kalau Nur Aminah akhirnya bersama Aidil.

“Saya mengambil kira pandangan penonton hingga terpaksa berkali-kali merombak skrip. Namun apa yang mahu saya gambarkan dalam ini adalah kesinambungan daripada drama. Saya tumpukan kepada perkembangan watak dari drama ke filem dan cuba mengelak daripada memasukkan elemen imbas semula daripada drama kerana tidak mahu disamakan.

“Bagaimanapun, saya masih menggunakan acuan sama kerana tidak mahu peminat mempersoalkannya jika tiada kesinambungan. Saya sudah berusaha menghasilkan skrip sebaik mungkin, jadi terserah pada penonton untuk menilainya,” kata Mira.

Sementara itu, pengarahnya Kabir Bhatia yakin filem yang menelan belanja RM 2.8 juta dan bakal menjengah ke 70 panggung itu akan membuatkan penonton jatuh cinta.

“Kami yakin Nur Kasih The Movie filem hebat kerana berjaya menambat hati ramai orang menerusi sirinya. Bagaimanapun ia cabaran untuk Mira kerana harus menterjemahkan drama bersiri 26 episod dalam sebuah filem. Tugasnya itu memang berat hingga dua tiga kali terpaksa merombak skrip kerana tidak mahu drama episod dan filem dilihat terlalu mempunyai persamaan,” kata Kabir.

Sinopsis

BERKISAR mengenai Adam dan Aidil, dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil anak muda penuh pegangan agama manakala Adam penuh dengan jiwa memberontak. Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta, Adam dan Nur Amina dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.

Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya menyebabkan dia membesarkan dua anak comelnya Ilyas dan Maryam secara sendirian.

Adam dan Nur pula walau bahagia tapi dalam diam bergelut dengan rontaan apabila masih gagal menimang cahaya mata. Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.

Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua. Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini sekali lagi. Di sinilah konflik Nur Kasih the Movie bermula.

Compiled by : Sanaa 06/05/11

6 Responses

  1. Usai menonton filem ini petang tadi saya berkata pada teman “air mata aku sekadar bergenang, belum sempat tuk mengalir”. Jangan letak harapan yang tinggi semasa menonton.

  2. Sori, it’s me again. Buat sup, jgnlah kata “NO BALLS”. Tak ruggedlah. Katalah takde “GUTS”. Kan lbh enak didengar …. hehehehe.

  3. Asskum Sanaa dan Sup,
    Stuju sgt dgn komen awak berdua. Apa yg sya bleh katakan itulah hakikat kehidupan fitrah manusia yg sebenarnya. Ada baik dan ada buruknya. Secara pribadi, sya rasa komen2 yg buruk tu takkan memberi impak negatif kpd penonton. Penonton dah pandai menilai muvi skrg. Apa yg sya rasa ialah muvi ni akan mencipta sejarahnya tersendiri. Bukan sekadar box office filem Melayu of the century malahan terhadap pengarah, penulis skrip dan para pelakonya sendiri. Moga industri perfileman kita akan mengorak langkah ke hadapan dgn adanya filem2 yg berkualiti spt NKTM. Amin.

    • Waalaikomsalam Atan

      Thanks for the feed back. Sy sendiri rasakan demikian namun sedikit sebanyak soseh2 yg ada mungkin akan menenggelamkan cerita ini sendiri. Adam dan Nur bahagia dlm derita…hehehe but lets wait and watch.

  4. salam sanaa…

    Me also manage to catch up reading all the rubbish article last few days…my instinct..they hv HIDDEN AGENDA…the reporter definitely not professional..mixing personal grudges with kerja n not brave enough to reveal their identity (NO BALLS..haha)… n soooo educated n hv PHD..not Doctor of philosophy but Perasaan Hasad Dengki…but if you guys read Beautifulnara blog…u’ll see that ramai post comment yg defend remy and against this dirty reporter Kak Pora who wants all the artists to ‘sembah ratu’ kat dia in order to get good coverage…just look at how reporters in Melodi interview the artist…. mmg soalan ‘kurang cerdik’ and smpi kita yg tgk pun geramm….i totally agree with Ahmad Idham when he slam the reporter who use their ‘kuasa pena’ untuk kutuk2 without basis and even samakan dgn binatang..i saw dlm rncgn apertah last few months…n today..he slam them again in Galaksi when they give negative review before his film starts screening at the cinema coz this will defintely affect the selling of the ticket…

    hopefully dirty reports like in bipop and murai and not-so-honest review like in BH today will not jeopardize our much awaited muvi NKTM. Pls don’t deny the goodness in the muvi just bcoz u hv personal issue with the actor..all i ask is for them who hv the ‘kuasa pena’ to be fair and comment/critic professionally….

    • Wassalam Sup

      Insha’Allah all the gossip will not jeopardize the impact of the story but after the press preview people might have second thought. There are many comments on the net abt it and someone said banyak sgt tragedi mungkin akan buat org bosan. One of the reason org pegi tengok wayang nak keluar from reality. Kononnya ada yg berkata NK terlalu banyak tonjolkan apa yg berlaku di alam nyata. Accident sana sini isteri hilang suami, kandungan keguguran, orang ke3 dan sebagainya.

      Not going to say anything since tak tengok lagi but few points taken. It might the much awaited film since it has been long tak ada cerita2 melayu yg sebegini compared to all cerita hantu off late…marilah kita beramai2 menyokong industri filem tempatan. hehehehe san nak tengok Nk saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: