• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Senyum Santapan Pagi

Mentari pagi merah bercahaya
Sinarnya mulai panas terasa
Begitu juga dengan sang pencerita
Bila terpandang wajah teruna dara

Ayu dan manja mereka berdua
Bergaya cantik di depan kamera
Hamba tenung cuba meneka
Manakah disembunyi cinta yang ada

Jom Heboh NK promosi
Press preview Gala Nite sekali
Hari Ibu di Singapura tempoh hari
Bolehkah menjawab segala teka teki?

Sang pencerita menatap sehari-hari
Bertanya juga pada cjolimoli
Setiap pertanyaan jawapan di beri
Senyum manis tidak henti

Diminta hamba jangan bertanya lagi
Malu katanya kalau nanti tak jadi
Hamba tanya apakah di tahun ini
Mereka memandang sesama sendiri

Apakah itu di tahun ini
Tanya moli buat-buat tidak mengerti
Hamba pandang ditoleh kanan dan kiri
Tiada jawapan I am sori

Oh Oh mereka main tarik tali
Tidak kenapa tahulah hamba nanti
Mata berdua hamba renung dalam sekali
Dengan harapan jawapan di beri

Tidak puas rasa di hati
Hamba ulang soalan berkali-kali
Janganlah….tanya lagi
Alahai manjanya pujukan cjoli

Kepala terlentuk di bahu moli
Pandangan sipi moli beri
Hampir saja tercium dahi
Cepat-cepat joli mengalih diri

Jari bertaut dilupa kini
Adanya sang pencerita duduk memerhati
Siapa percaya tiada cinta di hati
Meh sini nak ku kerat jari

Pandangan bertemu beriring senyuman
Mata bersinar penuh kemesraan
Jawapan maut yang mereka berikan
Hamba sambut dengan tepukan

Andai jodoh menemukan mereka
Tidak dilupa keluar rencana
Sekarang ini tidak mahu cerita
Kerana masih terlalu awal katanya

Baiklah teruna dara
Tidak akan hamba panjang cerita
Terima kasih kerana sudi di wawancara
Nanti lain kali kita bertemu pula

Hamba belek segala koleksi
Pohon rendang menggamit memori
Masih ada kata Adam dalam the muvi
Tempat kasih suami isteri

Gambar berdua masih ada di tangga
Manja Nur disisi suami tercinta
Adam menggalas tanggungjawab adanya
Sebagai ketua dalam rumahtangga

Hari yang di nanti bakal menjelma
Cerita yang di nanti oleh kita semua
Yang menonton kata berderai airmata
Yang hati kering tiada sedih terasa

Sama-samalah kita tunggu
Jangan pula percaya pada speku
Mari kita lihat terlebih dahulu
Barulah nanti kompang dipalu

Selamat bersarapan wahai teman
Hamba berhenti dari bersiaran
Sila pergi mengambil sarapan
Kerana jam pun dah pukul lapan

Senyum-senyum santapan pagi
Itulah tajuk sang pencerita beri
Sekadar senyuman di pagi hari
Mengenang kisah cjolimoli

Owned and written by : Sanaa 12/05/11

2 Responses

  1. tersenyum juga lah, sang pencerita sudah jadi wartawan kiranya? kalau betul tabik spring saya beri kerana sang pencerita sungguh berani masih mahu bertanyakan soal peribadi ‘rahsia cinta’ teruna dan dara. Nah kan dah kena ‘jangan lah tanya lagi’ biarlah rahsia itu mereka saja yg mengetahui nya.

    • thank you Shelin..hehehe itulah “dah kena” tapi nak cungkil lagi ni…nanti saya menungkan macam mana ya….hope you had a good weekend and wish you a great week ahead

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: