• Thank you friends readers and passers-by for your continuous support to my blog. I will not be able to update often now and many articles and short story left hanging in the draft box due to the pressure of time lately but nevertheless I am trying to cope with it and will post few as time goes by.

    Pleasant day and have a good life.

    Love

    Sanaa

    Good things come to those who wait.
    Better things come to those who try.
    Best things come to those who believe.
    Desired things come to those who pray.

    "Islamic Thinking"

    A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.
    Lao Tzu

  • May 2011
    M T W T F S S
    « Apr   Jun »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Archives

Kisah Hati

Setiap pekerjaan ada garis panduannya tersendiri. Tidak kira dari kumpulan mana dan juga corak kerja. Dunia pekerjaan akan menemukan kita dengan ramai orang. Setiap pertemuan juga ada makna dan hikmah tersendiri. Salah satu keadaan yang akan wujud dari satu pertemuan ialah perasaan ingin mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat dan seterusnya jatuh cinta. Seperti yang sering orang kata, soal hati kena ditafsir sendiri dan hak peribadi. Apabila sudah bekerja satu pejabat, berjumpa setiap hari dan terbatasnya pertemuan teruna dara dari kelompok ataupun puak yang lain, maka pasti akan wujud cinta di tempat kerja. Dalam sesetengah organisasi terselit juga larangan jangan jatuh cinta sesama rakan sekerja. Sejauh mana perkara ini boleh dielakan? Tidak dinafikan pasti akan ada percanggahan atau perselisihan pendapat apabila hubungan professional di bawa kepada hubungan peribadi. Rajuk, cemburu dan berbagai perasaan yang elok dan tidak elok akan timbul apabila melihat pasangan masing-masing mungkin bergurau senda dengan rakan sekerja yang lainnya.

Kemungkinan kerja juga terabai di sebabkan ingin keluar bersama tengok wayang, makan dan sebagainya apabila seorang lagi masih belum menyelesaikan tugasnya. Ponteng, cuti sakit dan cuti terkejut menjadi lumrah. Ini bukan lagi professional tapi menyusahkan syarikat dan rakan kerja yang lain. Hati orang bercinta bukan mudah untuk dikawal. Kebiasaannya mereka mengikut kata hati dan bila diberi nasihat barangkali ada yang kata penasihat itu cemburu atau dengki hati.

Kisah begini juga menjalar di dalam industri seni. Setelah membaca sedikit keratan akhbar , laman web seperti facebook dan twitter berita tidak enak didengar dari peminat-peminat Tiz Zaqyah dan juga Remy Ishak. Sejauh mana betulnya tidaklah saya ketahui akan tetapi soseh-soseh yang berbunyi mengatakan peminat-peminat ini kurang senang dengan aksi Remy bersama Alyah dalam video Kisah Hati iaitu lagu terbaru Alyah. Di awal berita tersebar saya hanya membaca sekali lalu. Ruangan pojok dalam suratkabar yang menyampaikan berita kurang senang peminat-peminat Remy dan Tiz, tidak pula berlarutan. Namun apakah puncanya? Saya hanya mampu menggelengkan kepala apabila dikata yang Alyah suka berada dalam pelukan Remy dan Remy pula dikatakan tidak sensitive terhadap perasaan Tiz. Benarkah begitu? Inikah punca kemarahan peminat?

Puas saya memerhati video klip berkenaan. Tanpa memihak kepada sesiapa pada saya ia sekadar video satu persembahan lagu bersama lakonan. Pemandangan yang indah dan dua insan seni yang melakukan tugas masing-masing. Belum sempat nak cari chemistry Alyah dan Remy, lagupun habis. Agaknya inilah bahana gosip. Cerita disebarkan melalui akhbar sebaik saja video Kisah Hati dilancarkan. Jujurnya saya membaca berita tersebut tapi tidak pula “peperangan” yang wujud antara peminat Tiz dan Remy ini begitu hangat. Saya sendiri hanya dengar gitu-gitu saja, akan tetapi ianya menjadi lebar dan makin besar apabila disiarkan di dalam satu ruangan di Melodi pada hari Ahad lepas. Sekali lagi saya ingin bertanya betulkah peminat-peminat Tiz dan Remy membuat kenyataan seperti di atas? Atau ianya hanya gosip liar yang tersebar di forum cari? Apakah pentingnya isu ini dibahas di dalam kaca tv dan Alyah sendiri di interview untuk mendapat kata pasti.

Andainya pendengaran saya betul, Alyah sendiri tidak tahu mengapa cerita begini tersebar. Menurut kata Alyah dia tidak mengambil pusing hal ini sebab dia mengeluarkan wang sendiri untuk mengeluarkan video tersebut demi kerjayanya dan penerbit video tersebut telah mencalonkan Remy untuk berganding dengannya. Mereka melakukan penggambaran video atas dasar kerja dan Alyah mengakui meminati lakonan Remy dan tidak lebih dari itu. Soalnya sekarang adakah krew-krew Melodi ini sudah ketandusan idea ataupun mereka menggunakan penonton dan peminat sebagai alasan untuk menaikan rating? Sudah tentu peminat Tiz dan Remy naik berang dan akan tonton rancangan ini untuk mendengar penjelasan diberi. Akan tetapi Remy dan Tiz tidak ada di dalam segmen ini untuk kita dengar cerita dari pihak mereka dan tiada juga wakil-wakil dari kelab peminat Remy dan Tiz untuk menerangkan duduk perkara.

Seingat saya Alyah juga ada menyebut dia sendiri sebenarnya tidak tahu status hubungan Remy dan Tiz sebenarnya tapi mengakui mendengar cerita-cerita yang dihebahkan wartawan melalui ruangan gosip. Tidak usahlah kita pertikaikan kenyataan Alyah tapi sebagai manusia yang berfikiran waras apakah tujuan gosip ini sebenarnya? Mungkin akibatnya kita pandang remeh sebab yang terlibat adalah orang-orang industri seni yang dunia mereka sentiasa bergelumang dengan gosip. Akan tetapi adakah kita berfikir akibat dari berita sebegini sebenarnya memecahbelahkan ramai pihak, lebih-lebih lagi hubungan Remy dengan Tiz. Tidak kiralah apa tahap hubungan yang ada di antara mereka berdua, mereka tetap individu yang punyai maruah dan harga diri. Andainya mereka bercinta sekalipun bukan hak kita untuk mempertikaikannya. Adakah isu ini timbul hanya kerana sesetengah wartawan hiburan gagal mendapat kata pasti dari Remy dan Tiz tentang status hubungan mereka? Adakah ia ditimbulkan hanya untuk mencalit arang di muka Remy, Tiz, Alyah dan juga kelab peminat? Apakah mungkin nanti terbit perbalahan di antara mereka?

Alasan yang paling senang akan diberikan nanti ialah, ini adalah kerja wartawan. Secara tidak langsung cuba memberitahu kita bahawa oleh kerana mereka adalah wartawan bermakna mereka berhak menulis, menyiar dan bertanya apa saja dan akibat di sebaliknya bukan lagi tanggungan mereka. Pasti ada yang berkata pandai-pandailah bagaimana para artis atau peminat nak jawab. Apabila kejadian yang baru berlaku di antara Remy dan wartawan, segala apa yang dilapurkan seolah-olah wartawanlah raja dan artis semua kena tunduk dan sembah mereka. Berhak nak boikot dan kata apa saja lebih-lebih lagi diruangan Kak Pora yang sudah hilang segala tata susila. Tapi kita kurang sedar kepada cause and effect dalam hal kehidupan. Prinsip yang saya pegang adalah mudah, satu jari tuju kepada orang lain empat lagi akan mengena diri sendiri.

Misalannya sekarang Remy dan Tiz menjalin hubungan lebih dari seorang kawan, apakah nanti akibat dari berita sebegini? Sebelum apa-apa saya pasti ramai di antara kita akan berkata alah biasalah dunia artis, kalau tak sanggup gosip jangan jadi artis. Tanggapan saya kalau kedua-dua insan yang sedang bercinta adalah dari kalangan artis bermakna mereka kena faham dan terima saja, adakah begitu? Tidak perlu langsung kita menghormati hati dua insan inikah? Seperti yang saya kata awal tadi, macam mana faham sekali pun yang terlibat adalah individu yang dikurnia Allah lengkap dengan perasaan kasih, sayang, rajuk, cemburu, marah, dengki dan sebagainya.

Fitnah adalah perkara yang amat dilaknati Allah namum perkara inilah yang menular dalam kehidupan kita sekarang ini. Fitnah menghancurkan kehidupan insan dan kenapalah kita sanggup menjadi sebahagian dari manusia yang sering menaburkan fitnah. Atas apa alasan sekalipun bak kata Remy baru-baru ini dalam agenda daily, sekadar gosip masih lagi boleh di terima walaupun kebenarannya tiada tapi jangan sampai menfitnah. Remy berkata begitu ketika diminta mengulas kenyataan dan lapuran mengenai beliau tinggal serumah dengan Tiz Zaqyah.

Tidak dinafikan kepercayaan, jujur dan menghormati pasangan masing-masing adalah tunggak utama dalam sesebuah hubungan tapi sejauh mana tembok pertahanan mampu di tahan andainya diasak bertubi-tubi oleh pengkhianat? Kalau tembok yang dibina kukuh bersama geriji-geriji besi mampu tumpang oleh ledakan bom, inikan pula sekeping hati yang rapuh bersama gelodak rasa dan kata-kata nista yang tersebar dari lidah yang bercabang yang lebih tajam dari hulu pedang.

Adanya peralatan moden dan canggih kita dikatakan boleh berhubung tanpa batasan, begitu juga dengan berita yang disebarkan. Dengan nilai-nilai kemodenan yang kita perolehi secara tidak langsung kita hilang jati diri dan rasa hormat sesama sendiri. Hubungan kemanusian bagaikan tiada erti lalu menjadikan kita manusia sebagai mesin-mesin yang dibeli ie Ipad.

Saya sekadar meluah rasa diruangan ini dalam usaha memperbaiki diri. Tidak mungkin mampu memberi syarahan kerana ia di luar bidang kuasa saya. Pemergian Allahyarham Aimi Jarr mengingatkan saya bahawa tata susila penulisan juga sudah hilang serinya. Kekesalan yang ada sebagai seorang manusia biasa bahawa hidup sebenar bercahaya tapi penghuni alam yang mencemarkannya.

Owned and written by : Sanaa 16/05/11

*****

Saya tidak tinggal serumah dengan Tiz…

Khamis, 12 Mei 2011 23:04
SAODAH ISMAIL

BENARKAH Remy Ishak dan Tiz Zakyah sudah beli rumah bersama dan kini tinggal serumah? Inilah cerita terbaru yang berligar tentang hero, tall dark and handsome, itu yang sekarang ini menjadi jurucakap bagi Dashing Malaysia, selama dua tahun.

Remy sewaktu dihubungi Khamis petang, menganggap cerita-cerita yang keterlaluan tentang dia dan heroin Nur Kasih itu sudah agak keterlaluan sehingga menjadi fitnah pula pada mereka berdua.

‘Gosip pun mestilah ada batasnya. Tapi tolonglah, berhenti tabor fitnah.Saya tahu sejauh mana berita itu dikatakan sebagai gossip dan saya sedar ini berlaku dalam dunia hiburan, tetapi usahlah sampai melampau batas dan mencemarkan nama baik kerana kami masing-masing punya keluarga,” katanya.

“Memang ada pelbagai cerita tentang kami, kononnya kami sudah beli rumah bersama dan akan berkahwin. Itu boleh diterima, walaupun tidak benar, tapi kalau kata kami tinggal serumah, ia sudah keterlaluan,” cerita Remy yang menganggap cerita seumpama itu bukan saja menjejaskan reputasi mereka bahkan mengaibkan keluarga masing-masing.

Menurut Remy, dia minta supaya mereka yang menulis cerita berbentuk fitnah itu menghentikannya kerana ia sudah tentu menjejaskan maruah dan nama baik keluarga dia dan Tiz.

“Keluarga saya selalu datang dan duduk dengan saya. Emak saya pun sering duduk dengan saya bila saya ada shooting atau tidak. Sebab itu cerita-cerita seperti itu tidak mengganggu keluarga saya kerana mereka tahu saya. Tapi bayangkan bagaimana keluarga Tiz menerima cerita seperti itu,” ujarnya.

“Saya bukannya tidak berakal. Saya sudah masuk bidang ini, orang kenal saya. Saya rasa sudah tiba masa orang melihat keraj saya, bukan bercakap tentang benda-benda yang tidak berasas,” tambahnya.

Khabarnya, ada beberapa wartawan hiburan memboikotnya ketika ini. Bila ditanya soal boikot itu Remy kata dia tidak tahu. Boikot atau tidak, Remy sekarang ini, mempunyai kelab peminat, melalui facebook yang dikendalikan oleh peminatnya. Kelab itu baru-baru ini mengadakan sambutan harijadinya ke 29 yang jaruh oada 11 April lalu.

“Tentang boikot, tidak tahulah, rasanya tidak ada boikot. Kalau ada saya tidak tahu sebab saya rasa biasa saja. Selama ini pun bila wartawan tanya, saya jawab dan saya pun tak pernah larid ari wartawan. Saya ni jenis fokus pada kerja lakon,” ujarnya yang ketika ini sedang ‘standby” untuk promosi filem terbaru lakonannya, Nur Kasih The Movie yang berada di pawagam beberapa hari lagi.

Kata Remy, sekalipun menyedari ia adalah warna-warni dalam industri hiburan, tetapi ada kalanya dia rimas bila kerap diajukan soalan tentang gossip dengan artis wanita. Sebelum ini Maya Karin dan terdahulu Umi Nazeerah.

“Saya tidak boleh halang mereka nak tanya apapun, tapi ye, memang merimaskan, tapi selalunya saya terima secara positif. Saya tahu bila kita popular, semua yang dilakukan jadi perhatian, tapi janganlah sampai jadi fitnah,” katanya.-12/5/2011

3 Responses

  1. salam san § sha, biasalah bila tembok cjolimoli tak dapat di tembusi, why not terjah saja konon fans yg marah…bab laga laga ne mmg they are specialist mengalahkan pakar bedah otak..dan mengalahkan PST Gila Gila…Alyah pun gelak kena aju soalan mcm tu…minggu dpn tengok lah mana tau ada versi lain lagi…putar sekian alam…setau alam…so org melekat dpn screen…layaaaannnn….

    mungkin guna pendekatan CIA….

    Happy watching NKTM…’Nur utk Adam, Adam utk Nur’ selama lamanya dunia akhirat…

  2. I agreed with you 101%. I’m a stalker I must admit I did read TZ twit to RI in early March when RI was otw to Kedah by air to shoot this MV and she twit “have a save and pleasant flight”. RI knows what’s his role was in this MV 2 weeks before shoting and we know RI/TZ have admitted before they share many thing together especially in their career so I’m very sure TZ knows about adegan in Kisah hati too. I think she knows the demand of an artist, she is one, it’s the media who’s trying to paint her as not being understanding for artist work with gosip ‘TZ jeles dgn adenga Alyah dan Remy’…boo. What bothers me too was when the SS article was brought by media to RI attention for comment and I read RI defending Alyah position. I’m happy RI defending Alyah but the main question remain was it really true that RI/TZ fans attacked Alyah in her facebook and twit. Who appeared bad here, the TZ/RI fans or TZ whom they accused as being jeles of the adegan. I did read some comment at cari (like you I don’t follow alyah facebook or twit ) about the ‘adengan intim’ but it’s tegoran as general (dosa) not attacked on individual as SS claimed but the ‘actiion’ so I too don’t know how true the claim SS make in regards to ‘attack’ makes by TZ/RI fans on Alyah. So funny not only do media trying to soil TZ/RI but their fans also and I agree with ” Akan tetapi adakah kita berfikir akibat dari berita sebegini sebenarnya memecah belahkan ramai pihak, lebih-lebih lagi hubungan Remy dengan Tiz”, my personal opinion is THAT IS their agenda to see RI/TZ give-up and I pray they stay stronger together.

    • hi shelin

      thanks for being here and lets pray for RI/TZ stay stronger together because I do believe they will make the change in the industry and their waves as though frighten others in the industry. They have been gone through a lot especially lately and when the promotion of NK started but I do believe with their faith and strength they can pull it through. good day dear

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: